Tuesday, October 11, 2016

TEMPAHAN QUILLING CARD - CARTOON / DOLL

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Hari ni nak share tentang tempahan kad quilling.
Kali ni memenuhi permintaan customer untuk buat cartoon/doll.
Siap bagi contoh gambar kad dan nak macam kad contoh tu.....
 [kredit to: Pinterest - paper - dolls]

Honestly, memang tak reti nak buat...tapiiii selalu cabar diri sendiri.....kalau tak cuba tak tahu.
Dengan contoh yang di beri dan seperti yang dikehendaki oleh customer, akhirnya berjaya jugak siapkan kad tersebut.

Jom tengok hasilnya...



Inilah hasil kad permintaan customer saya.
Mengikut contoh gambar yang diberi.....tapiiii saya tambahkan ribbon di bahagian pemeggang tali balloon tu....tak de la nampak janggal sangat....tangan jauh dari tali....hehehe...



Part yang paling susah untuk saya kat doll nih ialah...di bahagian rambut dia tu..... yang berjuntai juntai tu.....
ambik masa jugak saya nak belit2kan rambut tu....ahahaha.....
cuba punya cuba.....akhirnya jadi lah jugakkk......walaupun tak la perfect sangat.....hehe



Atas permintaan customer, katanya nak kad color pink.
So...nak sesuaikan dengan color pink tu.... utk quilling doll tu saya sesuaikan dengan color dark purple.

Dan....kad ni katanya untuk anak sedaranya......
Harap customer berpuas hati..... =)))




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment