Wednesday, August 3, 2016

SPAGHETTI BOLOGNESE SIMPLE


Hye...
Hari ni nak share resepi spaghetti bolognese simple dari saya.



Kisahnya, raya ke 6, saya masih bercuti dan tetiba mood kerajinan datang. Masa tu memang terlebih rajin kengkonon nak jadi suri rumah paling mithali nak masakkan untuk en suami hehehe [setahun sekali masak okkk takk....mithali sangatlahhh]...padahal en suami pun sama terjebak cuti sekali dengan saya.... so..nak tunjuk skill masak la konon.....[ehhh beria sangatlah semua nak bgtahu kan....masak pun masakan yang paling senang dalam dunia.......[sambil gelak2 kecik] ]

Sebelum2 ni pernah masak [spaghetti melayu style] .....memang marbeles kata en suami....so..oleh kerana terperasan lebih...jadinya....isteri terlebih rajin masak lah spaghetti nih sekali lagi....gigih la isteri beli barang2 yang diperlukan sambil di temani suami [romantik sangat....haih....ngengada.....]

Ni resepi simple dari saya

Bahan-bahan semuanya main agak2 je tauuu.....
kalau rasa tak cukup boleh lah tambah....kalau rasa banyak...boleh la kurangkan.....

Bahan-bahannya

Sepeket spaghetti [saya guna brand Kimball]
1 peket daging lembu cincang / mincemeat [saya beli jenama ramly] - saya basuh daging tu dan tapis
1 botol besar prego [traditional flavor]


[kredit : google image]

1 tin mushroom [saya guna ayam brand] -basuh dan belah dua ke empat ke ikut suka lah



Kredit: Google image

3 biji tomato - dipotong dadu [nak kurang pun boleh nak tambah pun boleh]
Sedikit Ikan bilis - dikisar halus
Kalau malas, boleh guna je
*1 kiub ikan bilis
* ada setengah tu taruh kiub daging sebab guna daging cincang tu kan, saya tak nak guna...sebab nantiiii...lagi kuat bau lembu.....[itu hidung dan rasa di lidah saya....hidung & deria rasa orang saya tak tauuuu.....nak guna pun boleh....hewhewhew]

Garam / gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
[saya guna minyak jagung, sebab tak ada minyak zaitun...kesian tauu...lupa nak beli]


Bahan-bahan untuk dikisar halus/ditumbuk

4 biji bawang kecil [nak guna bawang besar pun boleh]
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
[Nak pedas boleh tambah/nak kurang pedas boleh kurangkan]

Cara2 menyediakannya

Panaskan air dalam periuk dan masukkan sesudu kecil minyak masak / olive oil dan secubit garam ke dalam air dan masak hingga mendidih

Kemudian masukkan tangan spaghetti dalam air yang mendidih, tunggu hingga spaghetti lembut, kemudian basuh dengan air lalu je dan makan tapiskan spaghetti tadi dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Jangan taruh banyak sangat minyak...agak2 dengan bahan yang dikisar tadi je sebab nak goreng daging cincang tu kan.....masa menggoreng tu...daging tu sendiri akan keluarkan minyak.

Bila minyak dah panas, masukkan bahan2 yang dikisar tadi, bila agak2 nak garing, masukkan daging dan gorengkan sehingga daging betul2 masak.

Bila daging agak2 dah garing tu masukkan cendawan dan kacau rata.Dalam 3 minit macam tu, masukkan prego. Tambah air setengah botol prego tu dan tuang ke dalam kuali. Biar menggelegak. Sambil2 tu kacau lah bagi rata.

Masukkan hirisan tomato dan kiub ikan bilis. Kacau rata.

Dalam 5-6 minit macam tu, dah boleh tutup api dan tuangkan ke dalam mulut mangkuk.

Dah boleh dihidangkan dan sedia untuk di makan nyum nyum nyum.

Oh ya...kalau rasa tu macam tak cukup masin...barulah masukkan garam dan gula...kalau dah cukup rasa tak payah taruh garam / gula sebab kiub ikan bilis tu sendiri dah cukup rasanya.



Tak ada pulak daun parsley untuk hiasan....hehehe....

Yang ni memang rasa lidah orang melayu jugaklah....sebab ada pedas2 sikit...alah...tak lah hebat sangat.....taruh cili padi je kalau nak pedas.....hehehee....yang penting habis dan en suami yang tak suka spaghetti pun kata sedap dan makan bertambah tambah.....[kalau dia tak suka....nak ambik hati...mesti rasa sepinggan je...lepas tu dah lah kan.....ni boleh tambah lagi dan lagi.....] =)))



Selamat mencuba.....mudah dan ringkas.




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment