Monday, January 28, 2019

PROGRAM COMMUNITY RIDE KE CAMERON HIGHLAND

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

13.12.2018 - Khamis

Sesaja join program community ride ke Cameron Highland anjuran Kelab Jabatan.

Saya dengan 3 lagi sahabat yang lain, naik kenderaan jabatan manakala yang lain semuanya bermotosikal. Ramai jugaklah staff lelaki dan ada juga yang perempuan yang naik motorsikal ke Cameron Highland. 

Jom tgk gambar2 kami..... 

Ni antara aktiviti yang terbaik yang menyimpan jutaan kenangan manis buat kami.....

Sebelum kita bergerak ke Cameron....jom bergambar beramai ramai

Sebelum tu ada la sedikit taklimat untuk semua yang bermotosikal

Bos melepaskan semua riders =)))

Kami naik van sajooo.....

Sepanjang jalan asyiklah ketawa je kalo dengan encik nih......memang tak ngantuk.....tak bosan....

Ni first time saya masuk ke perkampungan orang asli nih.....
Masa ni mmg excited sesangat tgk rumah2 orang asli yang kebanyakkannya nampak sangat la klasiknya.....

Anak2 orang asli yang sedia menyambut kedatangan kami semua.


Kami semua wanita ber 7 orang termasuk bos ber 8 =))



Masa tengah nak posing, nampak sorang anak orang asli nih...dia dok panjat sana sini.... dah la lantai tu diperbuat dari buluh...kalo melompat, berlari mmg ada rasa bergegar lah kannn.....

Dia dok tutup muka macam batman....ahahaha....lari sana sini..... memang kakak terpegun sekejap......=)))

Sesambil dengar bos bagi ucapan dan buat penyampaian sumbangan kepada penduduk orang2 asli disitu....sempat lah menggedik gini....=)))

Cantik pembuatan tangan mereka....kagum...


Bersimpuh berdua =)))

Bukan senang nak dapat view macam ni kannn..... 
memang unik dan kakak macam orang jakun okeh....

Sempat bergambar dengan salah seorang anak penduduk disini. 
Lelawa kot bebudak nih.....

Turunkan sumbangan sumbangan dari ahli kelab di jabatan saya.
Antara yang kami bagi adalah pakaian, keperluan dapur dan sedikit hamper.

Bergambar kenangan bersama penduduk2 islam orang asli di Kampung Pos Raya

Sebelum kami bergerak ke tempat seterusnya, kita ambil gambar kenangan di sini.

Kami meneruskan perjalanan ke Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highland.
Kami membuat kunjungan disini sambil lunch dan solat.
Terima kasih atas layanan daripada PDT Cameron Highland.
Menikmati hidangan tengah hari dalam cuaca yang sangat2 nyaman dan dingin.....bestnyaaaaa
Tapi air paip dia.....aduhaiiii....memang sejuk ya amat kooo....

Seterusnya, kami singgah pula di Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highland.
Tak lama pun disini.




Gini caranya cameraman ambik gambar kitaorang hahahahaaa....




Kalau ikut plan asal, perjalanan seterusnya, nak ke Ladang Boh dan Mossy.
Tapi disebabkan dah agak lewat, maka kami menyinggah la ke Kea Farm.
Orang kata, kalau ke Cameron Highland ni, kalau tak menyinggah ke Kea Farm memang tak sah kan..... So..moh le kita membeli belah disini.
Cuaca pulak tu sepanjang hari mendung dan memang sejuk ya amat.


Dan yang terakhir, sebelum bergerak balik, kami singgah di ladang teh Cameron Valley.
Oleh kerana bos kitaorang suka hiking, maka, kami mendakilah ladang teh yang agak tinggi tu untuk sampai ke separa puncak untuk bergambar kenangan.
Jenuh jugak uiiii....... termengah mengah kakak tauuu......ahahahaa....

Dan akhirnya berjaya jugaklahhh.......
Jom kita abadikan kenangan disini.

Antara jejaka yang pergi...dan mereka memang penunggang motor yang berjaya....ahahahaa....

Dan yang ni wanita2 pulak bergambar....Termasuk lah bos.

Keterujaan =))))


Dengan bos. Sporting je semuanyaa....=)))


Dah turun dari ladang tu.....kita pekena teh tarik dgn scone....
Ya tuhan.....tak tipu....teh tarik dia memang sedap.....
Scone tu memang kakak tak boleh nak habiskan sensorang...jadi kami share berdua...tu pun tak habis....
Yang penting......memang sedap.....
Kee....sebab kitaorang penat mendaki ladang tu tadi....ahahahaaa...

Ni aktiviti masa perjalanan balik.
Disebabkan kami je yang naik van...memang agak senang je lah nak menyinggah sana sini kan.
Nampak tak keterujaan mereka2 dengan petai2 fresh tu.....ahahahaa...

Mereka memborong rebung dan petai....
kakak tak borong apa2 pun...sebab memang tak reti nak masak rebung tu dan kurang jugak makan petai......so...memang tak beli....
Harga petai tu memang murah....dan rebung....kalau dulu la...harga dia rm5 sebungkus tu...sekarang dah rm10 okeh....

Kenapa tetiba ada sorang bekoyok kat dahi tu......ahahahaa....[gelak dulu]
Tetiba dia request nak bergambar sekali....maka kita layankan je lah....kemain ko kannn.....=))))

Sampai di bawah dalam pkl 7.00 malam. En suami ambik saya manakala mereka yang lain meneruskan perjalanan ke Batu Gajah.

Alhamdulillah untuk pengalaman ini.

Kalau ada rezeki, ada lagi program macam ni...boleh lah kita join lagi.....sangat2 menarik!!!

Best moment di penghujung tahun 2018!







Terima kasih kerana membaca entry ini.






Doakan yang baik2 untuk mereka yang telah pergi mendahului kita....semoga roh abah saya dan mereka semua yang telah pergi ditempatkan di taman2 syurgaNya....Aminnn.....Allahumma Aminn....







No comments:

Post a Comment