Monday, December 24, 2012

QUILLING BIRTHDAY CARD FOR MY BEST FRIEND - ERYN

Entry kali ni...masih lagiii dengan hasil kerja tangan saya. Tapi kali ni saya buatkan kad ni khas untuk office mate saya...azrin..merangkap sahabat saya jugeee.... kami memang gila2 sikit... kiranya ni sahabat bertepuk bertampar dan lempang jugaklah.... hahaha...

Memula kenal eryn ni...nampak mcm serius sangat.... tapii rupanya dia ni jenis gila2 jugak... [sama mcm sayalah..org akan tgk...alamak mcm sombong je minah ni....soo..tak kenal maka tak cinta...wahhhhh gituuu....]..memang boleh masuk lah..orang kata sekepala.... boleh berkongsi cerita suka dan duka bersama...tapii selalunya kalau kami2 [geng] ni dapat berjumpa dan berkumpul [walaupun satu jabatan..tapii selalunya sibuk dengan tugasan memasing....] memang riuh rendah lah.... selalunya kami2 ni membiasakan diri memasing sebagai makciks.... hehehee... disebabkan masing2 sibuk dgn tugasan...kalau ada berita terkini hiburan sensasi...selalunya whatsapp je... sampai ke malam... mmg terbaik lahkan... kadang2 sampai ketawa sensorang mengadap hp..sampai suami pun naik pelik.... tapii dia tahu saya berwhatsapp dengan siapa....hehehe...

Selain suka bercerita between kami.... disebabkan makcik ni tinggi kurus [walau dah anak 2 uollss]... soo..setiap kali makcik ni mengenakan skirt/dress labuh... memang nampak cantik sangat...soo....makcik ni selalulah jadi model kami.... mmg jeles tauuu sebab saya ni ketot.... sebab makcik ni pakai skirt / dress mmg kena je dgn gayanya.... yang penting sangat cantik.... [kalau lah makcik ni baca.... perasan habis nih..... hehehehe....]...

Lagi satu...kami2 ni jenis suka komen tu seikhlas hati [nasib la kan....hehehe]...kalau burukss tu...akan terus je la cakap...."ermmm...rasa mcm ada tak kena".... [kan best macam tu....] tak perlu nak berpura2 antara satu sama lain... selalunya..kalau nak bergosip ke..nak shopping sesama ke...mesti hari jumaat...sebab rehatnya panjang kan.... soo..masa tulah makcik2 ni nak melepak ke..nak bershopping ke.... nak bergosip ke..nak meluahkan apa yang terpendam ke...selalunya hari jumaat.... [pasti menjadi kenangan yang sangat indah......]

So...bersempena dengan birthday makcik ni... saya buatkan kad untuknya. Hope makcik suka dengan hasil kerja tangan saya ni..... thanks for being my bestfriend ;))



Simple kad for my bestfriend







Harus ada lukisan kan....dan tulisan yang hemhemhem sangat tuuuu....ahahahaaa....

Harap makcik sukaaa dan happy dapat kad ni.....walau tak la seberapa kan...janji...saya buat dengan kasih sayang.....hehehe....



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

QUILLING CARD FOR PRACTICAL STUDENT - WANI

Saya nak share hasil quilling card saya yang saya buat khas untuk student practical.

Jom tengok kad yang saya hasilkan...



alamak....dah terpenyek2 sikit....huhuhu...







Walaupun dah ketandusan idea...tapi sedaya upaya jugaklah menggunakan pembantu yang senantiasa membantu iaitu en google.....hehehe....







Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

CONGRATULATION QUILLING CARD

Kad Quilling ini saya buat khas untuk dua orang adik / sahabat saya yang akan bertukar ke tempat yang berhampiran dengan kediaman mereka.

Sedih la jugak kerana terpaksa berjauhan dengan 2 orang ini. Azira dan Salina.

Azira dah macam adik sendiri... even masa dia bertunang..saya jadi pengapit bidan terjun kepada zira ni... haisshhhh....bila ingatkan balik rasa macam...alamakk..layak ke pun.... hehehe... dah tu pulak... masa zira bersanding....dia dah siap chopppp saya setahun....sooo... mmg kena jadi pengapit....masa tu... hamboiii..makcik ni pun....bukan main lagi lah menjadi pengapitnya.... hehehee.... kedua2 belah pihak le pulak tuhh.... siap jadi penasihat tak rasmi....segala tipss nasihat semua bagai la diturunkan...ala-ala pakar tak bertauliah la pulakss.... hehehe... apa2 pun sebenarnya banyak kenangan yang indah bersama zira nih.... dia ni seorang yang sangat lemah lembut...dari dia single..sampai dah kawin...sampai la dah zira dapat baby yang comel..hasif..... memang tersangat rapat..mcm adik dan kakak....sampai ke saat akhir tu... mmg menangis la jugak walaupun dah cuba tahan dari menangis depan dia.... sob sob sob.... apa2 pun.....doa yang terbaik untuk zira..... will miss u la zira.... :'(

Kad untuk Azira









Tulisan yang hemhemhemmmm sangat....ahahahaaa...


Salina pulak adalah dari unit yang berlainan...kami selalu berjumpa di surau. Kalau berjumpa tu...ada jelah cerita yang nak di story morrykan... hehehe... kadang2 tu gelak bagai tak ingat dunia... mesti ada cerita..tak pernah tak ada....kecoh je lah makcik2 ni dalam surau tu.....sambil bercerita sambil ketawa...wahhh...sangat best... memang jenis sekepala...main cakap lepas je... tapii yang pasti tak adalah nak terasa2 ni...sebab kami2 ni bukan jenis wanita yang mengada2..[hamboih...lancang betul la tangan ni menaip....hehehee...] disebabkan itulah..kami menjadi semakin rapat. Seronok sangat dapat kenal dengan ina.. dia seorang yang simple...dan sangat baikk.... So.. saya ambil kesempatan ini membuatkan ina sekeping card yang tak lah de boomm sangatkan..tapii hope sangat2 ina happy menerima kad yang simple ini.

Kad khas untuk Salina









Untuk dua orang budak comel ini... semoga berjaya k.... doa yang terbaik senantiasa mengiringi perjalanan zira dan ina... will miss both of you soo much....;p





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

AIDILADHA QUILLING CARD

Assalammualaikum dan salam ceria semua....

Rasanya dah lama dah tak post pasal hasil2 kreativiti sendiri di blog ni. Sebenarnya.....saya masih teruja membuat kad2 ini untuk sahabat-sahabat semua. 

Bersempena dengan hari raya aidiladha yang lepas... saya berkesempatan membuat sekeping kad khas untuk kak lily [rakan sekerja saya]...kad sebagai kenangan oleh kerana kad hari raya aidilfitri saya tak sempat nak buat untuk semua... jadi terpaksalah memilih hari2 yang istimewa untuk dikongsikan hasil kerja tangan saya nih.... lagipun masa terlalu mencemburui saya...hope kak lily gembira menerima kad yang tak seberapa dari saya... :))))

Kad hari raya aidiladha untuk kak Lily








Kalau hari raya je mesti nak buat ketupat kannn.....apa nak buat...tu je yang saya tahu setakat ini.....lepas ni nak try belajar buat yang lain pulakkk.....yang penting kena rajin belajar lahh....hehehe...

Hmmm...sebenarnya kak lily nilah yang bagi saya pavlova dan kek indulgence... dalam post sebelum ini. Kad yang sangat sederhana...dibalas dengan 2 kek yang sangat sedap..really appreciate it.... ;))



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, December 3, 2012

CUTI SEKOLAH DATANG LAGIII....KRINGGGG

Assalammualaikum dan salam ceria...salam penuh kasih sayang...semoga hari kita senantiasa diiringi dengan keindahan dan keceriaan. 
Jangan sedih2 ok.. 
Jom kita hayati kata-kata dibawah ini...

Carilah nikmat dalam kesedihanmu itu,
kerana tiada yang kekal di dunia ini,
termasuklah kesedihan itu sendiri...

Syukur alhamdulillah... kerana diberikan kesihatan yang baik...dan sihat.... Sesungguhnya kesakitan itu untuk menguji tahap kekuatan kita dalam menghadapi ujian dan dugaan Allah...

Bersempena dengan cuti persekolahan tahun ini.. saya yakin ramai dikalangan kita semua telah membuat perancangan untuk pergi bercuti samada di dalam negara mahupun ke luar negara. Sesungguhnya.. percutian itu sangat menyeronokkan selain dapat menenangkan fikiran....kita juga akan rasa enjoy dan happy... saya.... dah lama tak bercuti.... sangat rindu untuk bercuti...ber enjoy...bergembira dan ber ber ber lagiii lah.....

Yang lebih gembira pastilah anak2 abang saya..mereka akan bercuti ke Itali dan German pada awal bulan Disember itu nanti. [wahhhh...sangat seronok ye.... haikal, uwais, izzah dan qayyim... kecil2 dah pergi melancong di pelbagai negara....] Satu part yang saya suka sangat bila anak2 saudara saya yang dibawa melancong ni.... bila ada cerita di tv [selalunya cerita movie ke apa ke] bila ada je scene kat tempat yang pernah diaorang jejaki......pasti akan terkeluar dari mulut kecil mereka....

"ehh...kita dah pergi dah kat sini..... kan ayah....." dan bla..bla..bla... diaorg bercerita akan kecantikan tempat tu.... saya.... mendengar sambil mulut terngangaaa....

Apa yang lebih menggembirakan..sepatutnya, saya dan suami akan turut serta dalam percutian ini.. namun sejujurnya... saya dan suami terpaksa menolak untuk ke sana. Kenapa? alamak ruginyee...!!! [sambil garu-garu kepala.....huhuhuu]

Alasan yang terpaksa diterima oleh abang saya ialah... Oleh kerana percutian itu akan mengambil masa selama 15 hari..maka... dengan berat hati..saya perlu memberitahu kepada abang saya bahawa cuti AL saya dan en suami hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk tahun ini... [huuuu...sedih...]. Jadi..saya terpaksa menolak pelawaannnya itu untuk bercuti sekali. [Sebenarnya memang tak ada rezeki lagii untuk ke sana...](statement ini hanya utk menyedapkan hati saja ok)

Syukur alhamdulillah... kerana dengan limpah rahmatNya dan dengan keizinanNya jua... InsyaAllah panjang umur, murah rezeki saya dan suami akan pergi ke satu destinasi yang menjadi pilihan kami berdua...dimana? bila? tunggu entry saya ya......saya akan menceritakan perjalanan saya dan suami ke destinasi tersebut day by day.

Berbalik kepada cuti persekolahan.

Sekarang...rumah emak dan abah dah riuh rendah dengan suara-suara nyaring anak-anak saudara saya. Maka bergemalah lagi alunan suara saya yang merdu bak buluh perindu ini menegur mereka itu dan ini...bermainlah lagii sudit dan kuali memasak apa sahaja makanan minum petang dan bermain ligatlah didalam otak fikiran saya untuk menu2 hi-tea mereka semua.... setakat ni...en suami yang banyak memasak di waktu pagiii untuk saya dan mereka.... [sambil senyum manja... blink..blink...].... Dan kesimpulan dari kesemuanya itu...saya sangat teruja dengan kehadiran mereka..riuh rendah bagikan kenduri...dan akan senyap bila mereka semua dah masuk tidur..dan masa itu...en tabby yang notty tapii domeiii akan bermaharajalela di dalam rumah...dan dia pulak akan minta dibelai....tabby tabby.... hehehe...

Untuk cuti persekolahan tahun ni.....yang lelaki hanya Ican sahaja yang tinggal sebab anak2 abang saya terpaksa menguruskan hal utk pelancongan mereka... tapii... saya yakin dan pasti hati mereka melonjak2 untuk pulang ke kampung...dapat pulang sehari pun dah cukup...[alololoo...kesian...pegi je la melancong ya... rasanya melancong lagii best tauu....]. Ican asyik berkepit je dgn en suami saya....bagaikan gam uhu yang melekat kuat... asyik berduaan..namun saya masih bersyukur kerana..apabila en suami ke masjid..dia juga akan turut serta dan apabila en suami masuk tournament... dia juga akan turut serta..sekurang2nya... dia boleh improve kan lagi kemahiran beliau dalam chess.....

Semoga di cuti persekolahan ini membawa seribu cerita kegembiraan buat kita semua sebagai kenangan yang sangat indah.

Selamat bercuti... ;))



bersama2 anak2 saudara..semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..aminnn...








Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, November 26, 2012

MUSIM RAMBUTAN DATANG LAGI

Assalammualaikum...salam kasih sayang...salam ceria semua...

Pejam celik pejam celik... kita telah pun memasuki 12 Muharram 1434Hijrah
Dan syukur alhamdulillah kerana saya telahpun pulih dari D E M A M dan B A T U K
[fuhhhhh....tersangat lega setelah hampir beberapa minggu memuntahkan kahak yang terlalu banyak yg tersendat di dada...syukur kerana tiada infection]
Jom layan cerita hujung minggu saya bersama keluarga saya... ;)))

Berbalik kepada tajuk... Musim Rambutan... ermmm... orang kata buah rambutan adalah pengubat batuk...[konon2 lah... jangan percaya ok... hahahaa]...Kebetulan kat kawasan dapur rumah saya...ada sepokok rambutan yang buahnya sangat lebat dan dah masak ranum....isinya tebal dan rasanya seperti rasa buah laici....[terliur jugak nih....]. Hampir setiap minggu kakak2 saya balik dan di porch dapur la tempat kami melepak sambil menikmati buah rambutan yang sangat sedap... Malangnya...saya hanya boleh membantu mereka mengambil dan meletakkannya di dalam bakul... melihat betapa sedapnya mereka menikmati buah yang manis tu... batuk saya tidak pulih sepenuhnya... jadi terpaksalah saya menjadi pemerhati kepada mereka2 yang sedang menikmati buah rambutan itu...[time2 mcm nilah nak batuk nye pun.... huhuhuhu.... tapii tak pe...en suami dah pujuk kata... lepas dah baik batuk sepenuhnya....satu lori dia akan belikan buah rambutan untuk saya..... hahahaaa.... mood saya masa dia cakap mcm tu...bukan nak selori.....nak satu kontena boleh........melampau sangat kannn.....ahahahaa].

Di sebelah petang...kakak saya dan en suami saya bersemangat mencantas dahan dan ranting pokok rambutan [hanya dengan bantuan tangga kerana pokok rambutan tu tak la tinggi mana].. saya membantu meleraikan buahnya dan memasukkannya ke dalam bakul... termasuklah budak2 sekalian yang ada..turut sama membantu...sambil membantu..sambil makan.... saya.... bising suruh anak2 itu masukkan kulit rambutan dalam plastik yang disediakan.... [sebenarnya jeles tgk diaorg makan.... hehehee....]

Walaupun hanya sepokok sahaja buah rambutan yang ada...[tak la sedusun dan berpokok2 rambutan yang ada... hihihiii], apa yang pasti... sepokok buah rambutan itu..mencetuskan suasana yang harmoni di petang yang sangat indah.... walaupun saya tidak dapat menikmati buah rambutan yang sedap dan manis itu [pokok pun dah hampir botak dicantas]..namun...saya dapat menikmati susasana itu.... thank you Allah.... ;)))



Gaya en suami memetik buah rambutan...saya cadangkan en suami memetik buah durian seperti ini... ok jugak kan.... hehehee...



Masih sempat berposing... cakkkk cakkk dengan saya.......



Sebakul rambutan...entah bakul yang ke berapa.... ;))

Jom makan rambutan..... [sambil batuk batuk....hehehee....] =)))



Terima kasih kerana membaca entry ini =)))



Wednesday, November 14, 2012

BENTO DARI AIR TANGAN EN SUAMI

Assalammualaikum dan salam ceriaaa...

Mulakan hari-hari yang indah dengan senantiasa mensyukuri nikmat anugerahNya kerana, tanpaNya.. kita tidak dapat menikmati kehidupan ini sepenuhnya... ;))

Cinta adalah anugerah yang terindah dari Allah.
Setiap insan berhak untuk dicintai dan mencintai
Namun cinta Allah kepada hamba-hambaNya jualah yang kekal abadi

-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Hari ni saya HAPPPYYYY sangat...... kerana apa... hmmm... en suami bangun seawal 5.30pagi..[dikejutkan oleh jam locengnya..iaitu en tabby...hehehe...terus pg masjid untuk solat subuh, balik dari masjid, terus ke dapur menyediakan breakfast untuk saya. dan anak2 saudara saya.... wahhhh...mmg nampak mcm mr mama sangat kannn.....hehehe

Malam tadi keluar dengan en suami ke Aeon untuk mencari sedikit barangan dapur. En suami terus mengambil bakul dan memilih barangan yang dikehendaki. Antaranya, cili merah, daging kisar, olive oil, black paper sauce, sunflower oil, perencah cili Thai, sebuku roti yang bersaiz besar dan bermacam-macam lagi... dan sedikit barangan keperluan saya...

Sampai sahaja di rumah, en suami terus menyusun kesemua barangan yang dibelinya tadi diatas meja kecil untuk memudahkannya esok pagi...tak lama lepas tu, saya lihat, en suami terus mula memotong bawang dan sebagainya dan di letak kan di dalam peti sejuk... hmmmm.... saya hanya menjadi pemerhati kerana en suami tidak izinkan saya untuk membantunya...katanya... nanti lari rasa kesemua masakannya kalau campur dengan air tangan saya.... huhuhuu.... sabar je la tau.... tak kan lah nak tolong potong bawang pun boleh lari rasa.... kan... huhuhuu..... [rasakan diri ini sangat2 dimanjakan.... hehehee...]

Selepas solat subuh di masjid... en suami terus sahaja salin baju dan meluru ke dapur dan kedengaran periuk dan sudit berirama memecah kesunyian pagi ini. Saya masih sempat menjenguk dan kelihatan en suami sedang asyik memasak. Saya meninggalkannya dengan aroma bau yang sangat menyelerakan dan terus bersiap untuk ke tempat kerja.

Selesai bersiap..saya menjenguk semula ke dapur... wahhh kali ini saya nampak..en suami membalut roti dengan daging kisar yang dimasaknya tadi....owhhh sangat kretif tentang masak memasak ni ye awakkkk.... hehehee.... selesai en suami membungkus roti dan daging kisar... roti itu dicelupkan ke dalam adunan telur dan terus menggorengkannya...
Roti special untuk saya..dimasukkan ke dalam tipuware [yang dibeli khas oleh en suami untuk saya membawa bekalan masakannya - kata en suami saya lah.... hewhewhewhew...] dan sos di tuangkan ke dalam satu ruang yang tersedia....

En suami sempat menyediakan hidangan itu untuk ke semua anak2 saudara yang ada dirumah emak saya.... 

Di pejabat - saya rasa masakan en suami saya... Ya Allah....sangat sedap okeh.... daging yang di goreng dengan black paper sauce dan di tambah dengan olive oil dan sedikit cili......sangat-sangat-sangatlahhh lazattttnyaaaa....... kekenyangan makan masakan en suami hari tu....perut pun rasa riang......hehehee....





Bekal saya untuk pagi ni....
Nampak tak cantik.....tapiii bila makan....sangatlah lazatttt.....hehehe
tq untuk ke seribu seratus kaliii utk roommate saya.... =))))








Terima kasih kerana membaca entry ini =)))