Thursday, May 16, 2013

PERCUTIAN KE SINGAPORE DAY 1

24 April 2013 - Rabu

Syukur kerana akhirnya apa yang dirancang berjalan dengan lancar..semuanya atas izin Yang Maha Esa.
Percutian yang sepatutnya hanya kami berdua sahaja akhirnya turut serta bersama anak2 saudara yang pastinya akan menceriakan lagi percutian ini. 
Kesemua kami yang pergi adalah seramai [ramai ke....hihihi] 6 orang. 2 ratu dan 4 orang hero yang akan menjaga kami.

Seawal jam 6.45 pagi..kami bertolak dari rumah [rumah abang saya] ke KLIA kerana penerbangan kami jam 8.45 pagi. Abang dan kakak ipar saya menghantar kami ke airport....sekaligus utk melihat anak2 mereka sekali kannn....hihihi
Selepas segala urusan check in beg dan pengambilan tiket yang kami tempah secara online..kami terus bersarapan sebelum terus mendaftar diri untuk check in penerbangan.

 Anak-anak saudaraku...Geng Bas Sekolah


 Syukur alhamdulillah...akhirnya kami selamat sampai ke Changi airport dimana penerbangan hanya memakan masa selama 50 minit sahaja [tersangatlah singkatttkan best kalau nak ke mana2 tempat yang jauh2 tu...duduk dalam kapal terbang sekejap je.... hihihiii..dalam mimpi je la kannnn....].

KAMI di Changi Airport

Selepas mengambil beg dan urusan emigration [untuk pengetahuan...kalau kemana-mana pun..kita perlu mengisi borang departure form...jadi..kami pergi ber 6..so..en suami perlu mengisi 6 form... dan perlu diserahkan kepada imgration..dan mereka sangat tegas....dimana...mereka akan menyemak satu persatu]. Isi form dalam flight....cukup2 habis isi form dah sampai....sekejapnye rasa.....bak kata abang ipar saya...penerbangan dot dot... [penerbangan singkat].

Selepas melepasi emigration... menariknya di sini [Changi Airport] kami perlu beratur untuk mengambil taxi atau limo. Petugas di situ akan bertanyakan kepada kami berapa orang dan akan mengarahkan kami pergi ke limo yang berkenaan yang sedia menanti kami di pintu2 keluar terminal. Akhirnya..dengan mudah kami diberi limo khas untuk 6 orang dan terus dibawa ke Sentosa Island yang mana jarak perjalanan kami memakan masa selama lebih kurang setengah jam perjalanan. Untuk memasuki Sentosa Island, kita memerlukan pass pengesahan dimana nilai yang perlu dibayar..[jika tiada pass] adalah USG20 = RM50. 
Dan pastinya bagi sesiapa yang menginap di Sentosa Island..pasti akan diberi pass berkenaan...kami menyerahkan kepada pemandu limo dan kami tidak dikenakan bayaran. Jumlah yang perlu dibayar dari Changi Airport ke Sentosa Island mengikut bacaan meter yang tertera..iaitu USG23 = RM57.50 [lebih kurang macam tula pengiraannya..sebab matawang mereka lebih besar dari kita kannn...]

KAMI di dalam limo yang akan membawa kami ke Sentosa Island

Akhirnya..kami tiba di Equarius Hotel Resort World Sentosa. En suami terus ke Receptionist dan menyerahkan salinan tempahan yang telah dibuat beserta dengan tiket2 yang ditempah secara online.
Sekali lagi Allah memudahkan urusan kami dimana kami dibenarkan untuk check in hotel seawal jam 10.45 pagi... [watu sepatutnya check in bilik jam 3.00 petang]. En suami diminta untuk meletakkan deposit sebanyak USG200 untuk satu bilik...maksudnya 2 bilik USG400 = RM1000. So...segala tiket, pass keluar dan masuk ke Sentosa Island juga diberikan kepada en suami. Kami dapat bilik yang bertentangan diantara satu sama lain.


Masuk sahaja bilik..apalagi...budak2 semuanya seronok tak ingat dunia...terus menghubungi ibu dan ayah mereka memberitahu yang mereka dah selamat sampai..Masing2 berebut2 untuk bercakap dengan ayah mereka... Apa yang membuatkan saya tertawa..mereka masih sempat beraksi seperti samurai...dan lebih parah...en suami turut serta bersama mereka melakonkan aksi berkenaan.... hahahaa....[senget betul la bebudak nih...]

Masing-masing berebut nak hantar info dekat ayah mereka.
 
Pemandangan Equarius Hotel dari Adventure Cove



Dalam bilik air pun ada TV...sambil mandi boleh tgk tv okeh...



Buat perangai

Sila guna air mineral ini kalau nak masak air..sebab air paip disana menggunakan air yang dikitar semula...



 Geng samurai hantamsajalah... hihihihiii

Saya terus mengarahkan mereka untuk menyalin pakaian mandi untuk ke Water Park yang letaknye bersebelahan dengan hotel kediaman kami.  

Kami di beri special entrance dan ikut suka la...nak keluar masuk berapa kali pun. Terdapat bermacam2 permainan yang menarik. Kita boleh melihat persembahan dolphin... tetapi..ketika kami sampai...tempat itu masih belum dibuka kepada orang ramai. Dolphin itu masih di dalam training..kami hanya boleh melihat dari jarak yang jauh. Bermacam2 permainan yang dicuba oleh anak2 saudara saya. Termasuklah en suami. Saya hanya melihat dari jauh... tak de lah keinginan untuk mandi...... Dari pemerhatian saya..petugas yang menjaga keselamatan pengujung di water park ini sangat efficient dalam menjalankan tugas mereka. Dari semasa ke semasa mereka akan diuji oleh ketua mereka bagi memastikan samaada petugas ini alert atau tidak sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. 



Lepak santai bersama anak2 saudara saya...

Dating bersama cinta hati saya








Sebelum siren berbunyi menandakan datangnya tsunami


Selepas datangnya tsunami...ombak yang sangat kuat tetapi anak saudara saya kata seronok sangat... hihihii.. wajib pakai pelampung tu... kalau tak kena tegur dengan security...




En suami membawa anak saudara saya menyusuri river nih..



Anak2 saudara saya yang seronok snorkeling... 


 Bermain dengan ikan pari ni

Kami lunch dengan roti sosage serta ice lemon tea. Hanya terdapat 1 gerai sahaja yang menjual makanan halal di dalam water park tersebut. Untuk pengetahuan...di sana agak susah untuk mendapatkan makanan halal. Mudah sahaja...apabila gerai itu menjual makanan halal..mereka akan meletakkan sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka di hadapan gerai mereka. Dan atas keyakinan itulah..kami menikmati makan tengah hari kami dengan sosage dan roti serta iced lemon tea setiap seorang...lepas tu sambung balik mandi dan manda.


  Hampir 3 jam berada di dalam water park tersebut..kami akhirnya naik semula ke bilik membersihkan diri dan berehat kerana di sebelah petang kami akan menjelajah Sentosa Island. 

Jam 5.00 petang.. kami meronda di sekitar Sentosa Island. bas shuttle disediakan untuk kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Stop terakhir adalah Michael Hotel [hotel yang paling hampir dengan USS. 

Bermacam-macam aktiviti yang kami lakukan di Sentosa Island...antaranya..kami bermain go cart...[wajib cuba] tersangatlah best.... dan terdapat tempat2 yang istimewa juga untuk dilawati di sekitar sentosa Island.

 Misi untuk menjelajah Sentosa Island..hihihii
 tiru gaya..macam2 la anak2 saudara saya nih...


 melihat keindahan di Sentosa Island

Deretan gerai yang terdapat di sekitar Sentosa Island
Saya tak pasti ni gerai apa..rasanya gerai menjual souvenir la kot...[pepandai je ni]


Merlion Park Sentosa Island..boleh naik ke atas sebenarnya..tapi kami kesuntukan masa..sebab buat aktiviti lain
Jom go cart... wajib cuba sebab sangat best
ni la go cart..tak ada enjin.... bila dah turun ke bawah..kami naik atas menggunakan flying cable nih... sangat jauh jugaklah...dan agak gayat...kalau di Korea... tak la sejauh ini...huhuhu...



Last..sebelum balik semula ke hotel..kami suka suki berposing di kedai Candylicious 
Dan..disebabkan USS ni hanya berada berhampiran situ.... saya dan suami ambik kesempatan je la bergambar di globe USS nih.... :))))

Sebenarnya..sangat mudah bagi kita sebagai pengunjung untuk keluar dari Sentosa Island..pelbagai kemudahan disediakan antaranya cable car, kemudahan taxi dan juga bas. Dengan menggunakan pas yang diberikan oleh pihak hotel... charge USG20 tidak perlu kita bayar dan hanya membayar mengikut meter yang ditetapkan. 

Ok.. kami menghabiskan masa2 kami diwaktu malam dengan melepak di sekitar hotel yang sangat indah sambil menikmati panorama alam di bumi Singapura. 

Esok...kami akan masuk ke USS... jom baca entry seterusnya..... =))

PERCUTIAN KE SINGAPORE

Assalammualaikum dan salam ceria..salam penuh kasih sayang. Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas dibumi Ilahi ini. Sebelum kita memulakan hari yang sangat indah ini..jom kita hayati kata motivasi dibawah ini ya...
Kita akan gembira hari ini jika kita bersyukur semalam.
Jika kita bersyukur hari ini InsyaAllah kita akan bahagia esok hari
-Prof Dr Muhaya-
Seperti yang saya janjikan...saya akan menceritakan perjalanan percutian saya ke Singapore day by day. 
Ok pertama sekali saya nak jelaskan..percutian ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke 4 [tahun lepas 2012] oleh ibu mertua saya. Jadi sepatutnya kami pergi pada hujung tahun lepas.. namun disebabkan kami ni sibuk mengalahkan menteri.....[hehehee] dan sebenarnya....nak simpan cuti.... kami terpaksa menundakan percutian ini ke tahun ini...[2013]. Namun...syukur alhamdulillah..ianya berjalan seperti yang dirancang...
Pada awal tahun lagii...[sebelum ke umrah] saya dan suami telah merancang untuk ke Singapore USS setelah balik sahaja dari umrah. Dan tidak sangka..ada pulak yang nak ikut. Kata hadiah anniversary..mestilah nak berduaan.... tapiii..setelah di timbang...di tolak..ditambah...di darab dan dibahagi serta dikuasa dua dan tigakan....[hehehehe]..akhirnya kami bersetuju untuk membawa bersama anak2 saudara saya....[apa tidaknyeee.... hari2 asyikkk itu je yang dizikirkan kat mulut depe.... "acuuu..nak ikutsssss pg USS tauuu...." tak cukup dengan itu...siap call...message...dan paling parah...ibu dan ayah mereka menjadi mangsa.... hahahaa.....leeeeee..... letih tau dengarnye.....].
Ok la..disebabkan mereka2 juga sangat rapat dengan en suami saya...makanya dengan mudah jugalah en suami bersetuju mereka ikut sekali walaupun pada hakikatnya..kami tidak pergi pada hari cuti sekolah..mereka terpaksa memberi surat kepada guru kelas mereka. Ermmm... lebih parah jugakkk... kesemua anak2 saudara saya nak turut serta... masa tu saya dan suami tampar kepala...hihihiii... tu bukan percutian lagi namanya...itu rombongan makcik alia..... hahaha...
Akhirnya, yang ikut serta anak saudara yang sulung dan 3 orang anak2 abang saya. Yang sulung tu diberi keistimewaan walaupun dah pernah pergi tetapi..disebabkan dia sangat rapat dengan suami saya...dah mcm geng.... en suami sangat bersetuju jika dia ikut dan 3 orang anak abang saya [sama geng]. Anak2 saudara yang lain..mereka semua telahpun pergi bersama2 ibu dan ayah mereka... jadinya anak2 abang saya yang tak pernah pergi ni akan turut serta bersama kami.

Setelah meneliti pakej mana yang sesuai...akhirnya kami sangat2 bersetuju untuk memilih Resort World Sentosa Island sebagai pakej pilihan kami beserta dengan tiket2 ke taman-taman tema yang berhampiran. Kami menempah 2 buah bilik sekali dengan tiket2 masuk ke Water Park, USS dan SEA Aquarium + Maritime Museum. Tarikh yang paling sesuai untuk saya dan en suami adalah pada 24.04.2013 - 26.04.2013 (3D2N)

Tiket kapal terbang juga kami tempah secara online dan syukur kerana segala urusan berjalan dengan lancar.

Saya dan en suami  beserta anak saudara yang sulung bergerak ke Kuala lumpur pada 23.04.2013 (Selasa). Seperti biasa kami terpaksa angkut sekali dengan en Tabby dan Pn Kitty ke rumah abang saya (hihihii...).

Sooo...kesemuanya termasuk la saya kan...memang tak sabar untuk ke Singapore.... 
jom baca entry seterusnya.... ;))))

Pemilik2 kaki yang akan pergi ke Singapore!!!

Thursday, March 21, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - HARI TERAKHIR

7 Mac 2013 - Khamis

Hari ini hari terakhir kami berada di Kota Mekkah. Subuh ini..subuh terakhir saya, emak dan suami bersolat di masjidilharamMu ya Allah. Terasa tersangat sedih untuk meninggalkan Masjidilharam... terlalu sayu dan sedih. Selesai subuh, saya, emak dan suami melakukan tawaf wida'. Kebetulan terlalu ramai umat manusia yang melakukan tawaf. Kami melakukan tawaf hampir 1 setengah jam. Disetiap langkah, hati semakin sebak. Ya Allah... kuatkan semangatku....kuatkan semangatku.....

Selesai tawaf..kami melakukan solat sunat tawaf. Untuk kali yang ke 3, kami dapat bersolat berhadapan dengan multazam... Maha SuciMu Ya Allah. Lama kami berdoa. Berat hati untuk meninggalkan kaabah. Kelihatan burung juga turut sama bertawaf mengagungkan kebesaran Yang Maha Pencipta. Air mata sekali lagi dengan mudah tertumpah di sini.

Selesai minum air zam-zam...sekali lagi saya memandang kaabah... semoga ianya terpahat kukuh di dalam hati dan fikiran saya.

"Moga ini bukan yang terakhir aku ke mari ya Allah... jemputlah aku semula untuk menjadi tetamuMu ya Allah.... kerana..di saat ini...aku mula merindui jejak langkah tawaf dan saie ku...."

Lambaian terakhir terlalu sayu....air mata memang tak usah cakaplah....mencurah turun macam air hujan..... Mata suami turut berkaca...Semua yang pernah ke sini saya percaya pasti akan mengalami perasaan yang sama. Bukan mudah untuk kita berpisah dengan sesuatu yang kita cintai. Disini kita seolah berada dekat dengan Allah. Hati kita berbicara terus denganNya. Doa kita dimakbulkan pada saat itu juga...[semua itu kehendakNya dan kekuasaanNya]..dan Allah tidak pernah menghampakan kita...sebaliknya..hati kita senantiasa tenang dan yakin disini...Disini kita lupa segala tugasan kita...yang kita tahu..kita nak kejar waktu solat...kita nak senantiasa melihat kaabah....kita nak senantiasa beribadat kepadaNya.... kita lupa hal-hal duniawi yang menyesakkan pikiran...tapiiii itulah hakikatnya...kita kena kembali memikul tanggungjawab itu...kembali ke tempat asal kita......

Dan hari ini..saya akan meninggalkan kota ini dengan sejuta kenangan yang sangat indah.

Saya mohon untuk melihat sendiri hajar aswad... walaupun tidak berkesempatan untuk menciumnya..dan melihatnya pada jarak yang sangat dekat....namun, Allah tidak menghampakan saya. Allah hadirkan ia didalam mimpi saya di malam terakhir saya berada di kota suci ini. Ya Allah.... begitu sayangnya Engkau padaku....dalam mimpi itu....saya ditemani suami duduk di hadapan kaabah. Tiba-tiba..Allah membuka ruang kepada saya untuk melihat hajaratul aswad dengan jelas dimata saya. Ketika itu, saya pelik..kenapa tiada seorang pun yang datang untuk mencium hajar aswad itu sebaliknya mereka berpusu2 ke pintu kaabah lalu memegang2 pintu kaabah tersebut. Saya melihat sambil tersenyum dan beberapa saat kemudian..orang mula kembali ramai mengkerumuni hajaratul aswad.... subhanallah... benar..saya puas dan terus tersenyum dengan kuasa Ilahi. Dia sememangnya tidak akan menghampakan harapan hambaNya. Semoga suatu hari nanti saya boleh dan diberi kesempatan untuk mencium batu dari syurga ini.

Lambaian terakhir saya pada kaabah menamatkan episod kami di Masjidilharam. Semoga ianya terukir indah di hati dan fikiran saya. Saya meninggalkan baitullah dengan sejuta kesedihan dan kesayuan. Semoga saya menjadi tetamuNya lagi...

**************

Kami kembali semula ke hotel untuk menyalin pakaian dan bersiap untuk pulang. Beg telah pun diturunkan seawal pukul 4.30 pagi tadi. Selesai urusan mengemas diri dan bersedia untuk pulang, kami menanti bas yang akan membawa kami di lobi hotel. Masih boleh bergambar bersama-sama jemaah2 yang lain di hotel sebagai kenangan. Cumanya..selepas melakukan tawaf wida', kita tidak dibenarkan untuk mengeluarkan wang dan bersedekah kepada si peminta sedekah [kita mencari peminta sedekah dan bersedekah]. Sebenarnya ujian selepas tawaf wida' lagi besar. Kita tidak dibenarkan untuk membeli belah melainkan membeli barangan keperluan kita seperti makanan dan minuman sahaja. Naik ke hotel, dan terus bersiap. Tidak dibenarkan untuk baring dan beristirehat. Itulah antara pantang larang yang perlu diikut selepas melakukan tawaf wida'. Syukur, Allah mudahkan segala-galanya.


bergambar kenangan bersama ustazah Fatimah juga teman sebilik emak. Dah jadi macam emak ke 2 saya... banyak bagi nasihat....anak ustazah ni senasib dengan saya.....dan katanya....usaha dan tawakal....selebihnya biar Allah yang tentukan....dia sebaik2 perancang.....

oh ya...nampak tak jubah saya dan mak sama....nilah jubah yang saya dan mak beli kat Madinah.....kenangan dari sana......alhamdulillah.... ;)))


Bersama mutawif yang banyak memberi info dan ilmu yang bermanfaat ketika di kota Madinah dan Mekkah


En suami bersama sahabatnya ketika berada di Kota Madinah dan Mekkah. Insan ini membawa ibu dan ayahnya dan saya kagum dengan sifat mulianya yang turut mengambil berat pada satu keluarga lagi dan di kota inilah mereka menjadi satu keluarga yang besar...subhanallah.... lebih istimewanya, nama kami bertiga hampir sama... =D


En suami masih sempat membelikan saya minuman tin ini.

Tepat jam 9.30 pagi - kami meninggalkan kota yang barakah ini dan terus menuju ke Jeddah.

Disepanjang perjalanan, kami melihat pembangunan yang pesat di Kota Jeddah. Di setiap beberapa meter, pasti terdapatnya masjid2 yang terbina kukuh menunjukkan betapa berkembangnya agama islam. Seronoknya kalau macam tu kan.

Kami dibawa untuk makan tengahari di Grand Saha Hotel di Jeddah. Apa yang menariknya tentang hotel ini, untuk ke tandas. kaum wanita diberi keistimewaan untuk naik ke tingkat 1 dan masuk di mana2 bilik hotel yang disediakan selain boleh mengambil wudu' di dalam bilik2 hotel berkenaan. Kaum lelaki tidak dibenarkan masuk.


Di lobby Grand Saha Hotel Jeddah

Selepas menikmati makan tengahari di hotel ini, kami akhirnya dibawa ke Terminal al-hajj King Abdul Aziz airport. Kami sempat menunaikan solat zohor dan asar [jamak takdim]. Tempatnya agak selesa dan tandasnya sangat bersih.


Buat perangai di Terminal Hajj... hihihii


Masa pergi kami bawa 3 beg [sorang 1 beg] masa balik pun masih 3 beg... memang tak shopping... masa banyak habis untuk beribadat padaNya.... syukur sangat... =D

Alhamdulillah..selesai segala urusan imigresen kami akhirnya berlepas dari Jeddah ke Malaysia tepat jam 5.30 petang dan tiba di Malaysia pada hari Jumaat jam 8.00 pagi [waktu Malaysia].




Penerbangan MAS CATAR MH 8003






Menu makan malam kami di dalam flight. Masa ni mmg dah tak ada selera langsung nak makan. huhuhuu...






Ini pula menu sarapan kami di dalam flight. Makan pagi jam 6.30 pagi...memang la tak ada selera langsung...

Abang dan anak saudara saya sedia menanti kami di KLIA. Cuaca di Kuala Lumpur ketika itu sangat panas dan terik..dan kerana itu juga lah akhirnya...seperti biasa..kalau balik je dari mana2 negara..saya pasti akan demam kan...so..mmg demam tak hingat dunia la... hehehe... kata emak...demam dan sakit itu menghapus dosa.. saya redha...

Sesungguhnya kenangan di sana masih terpahat kuat di dalam sanubari saya. Dan percayalah..disaat saya menulis blog ini..hati kuat merindui untuk ke sana lagi... setiap detik yang berlaku di Mekkah dan Madinah masih jelas terbayang di mata saya.... Ya Allah... biarlah kenangan indah ini senantiasa berada di hati sanubari saya sehingga ke nafas terakhir saya.

Kini barulah saya mengerti dan memahami kenapa setiap kali insan mengunjungi baitullah...mereka akan merindui untuk mengunjunginya lagiii...dan perasan itulah yang saya rasai sekarang ini...betapa saya amat amat merindui untuk ke sana lagiii..ingin berada dekat dengan Nabi Muhammad saw...ingin berada di baitullah....ingin melakukan tawaf dan saie.... Allah hu Akhbar....

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menggerakkan hati kita semua untuk ke sana...

Saya hanya pohon satu perkara sahaja.. pada sesiapa yang membaca cerita perjalanan umrah ini dan akan ke sana... tolong doakan agar saya dan suami serta keluarga dapat menjejakkan kaki ke sana semula... Sesungguhnya tiada tempat yang paling indah dan mendamaikan melainkan tempat yang suci ini....



Salam sayang dari saya..terima kasih kerana membaca entry2 yang panjang lebar ini... ... ;)))