Thursday, May 16, 2013

PERCUTIAN KE SINGAPORE DAY 1

24 April 2013 - Rabu

Syukur kerana akhirnya apa yang dirancang berjalan dengan lancar..semuanya atas izin Yang Maha Esa.
Percutian yang sepatutnya hanya kami berdua sahaja akhirnya turut serta bersama anak2 saudara yang pastinya akan menceriakan lagi percutian ini. 
Kesemua kami yang pergi adalah seramai [ramai ke....hihihi] 6 orang. 2 ratu dan 4 orang hero yang akan menjaga kami.

Seawal jam 6.45 pagi..kami bertolak dari rumah [rumah abang saya] ke KLIA kerana penerbangan kami jam 8.45 pagi. Abang dan kakak ipar saya menghantar kami ke airport....sekaligus utk melihat anak2 mereka sekali kannn....hihihi
Selepas segala urusan check in beg dan pengambilan tiket yang kami tempah secara online..kami terus bersarapan sebelum terus mendaftar diri untuk check in penerbangan.

 Anak-anak saudaraku...Geng Bas Sekolah


 Syukur alhamdulillah...akhirnya kami selamat sampai ke Changi airport dimana penerbangan hanya memakan masa selama 50 minit sahaja [tersangatlah singkatttkan best kalau nak ke mana2 tempat yang jauh2 tu...duduk dalam kapal terbang sekejap je.... hihihiii..dalam mimpi je la kannnn....].

KAMI di Changi Airport

Selepas mengambil beg dan urusan emigration [untuk pengetahuan...kalau kemana-mana pun..kita perlu mengisi borang departure form...jadi..kami pergi ber 6..so..en suami perlu mengisi 6 form... dan perlu diserahkan kepada imgration..dan mereka sangat tegas....dimana...mereka akan menyemak satu persatu]. Isi form dalam flight....cukup2 habis isi form dah sampai....sekejapnye rasa.....bak kata abang ipar saya...penerbangan dot dot... [penerbangan singkat].

Selepas melepasi emigration... menariknya di sini [Changi Airport] kami perlu beratur untuk mengambil taxi atau limo. Petugas di situ akan bertanyakan kepada kami berapa orang dan akan mengarahkan kami pergi ke limo yang berkenaan yang sedia menanti kami di pintu2 keluar terminal. Akhirnya..dengan mudah kami diberi limo khas untuk 6 orang dan terus dibawa ke Sentosa Island yang mana jarak perjalanan kami memakan masa selama lebih kurang setengah jam perjalanan. Untuk memasuki Sentosa Island, kita memerlukan pass pengesahan dimana nilai yang perlu dibayar..[jika tiada pass] adalah USG20 = RM50. 
Dan pastinya bagi sesiapa yang menginap di Sentosa Island..pasti akan diberi pass berkenaan...kami menyerahkan kepada pemandu limo dan kami tidak dikenakan bayaran. Jumlah yang perlu dibayar dari Changi Airport ke Sentosa Island mengikut bacaan meter yang tertera..iaitu USG23 = RM57.50 [lebih kurang macam tula pengiraannya..sebab matawang mereka lebih besar dari kita kannn...]

KAMI di dalam limo yang akan membawa kami ke Sentosa Island

Akhirnya..kami tiba di Equarius Hotel Resort World Sentosa. En suami terus ke Receptionist dan menyerahkan salinan tempahan yang telah dibuat beserta dengan tiket2 yang ditempah secara online.
Sekali lagi Allah memudahkan urusan kami dimana kami dibenarkan untuk check in hotel seawal jam 10.45 pagi... [watu sepatutnya check in bilik jam 3.00 petang]. En suami diminta untuk meletakkan deposit sebanyak USG200 untuk satu bilik...maksudnya 2 bilik USG400 = RM1000. So...segala tiket, pass keluar dan masuk ke Sentosa Island juga diberikan kepada en suami. Kami dapat bilik yang bertentangan diantara satu sama lain.


Masuk sahaja bilik..apalagi...budak2 semuanya seronok tak ingat dunia...terus menghubungi ibu dan ayah mereka memberitahu yang mereka dah selamat sampai..Masing2 berebut2 untuk bercakap dengan ayah mereka... Apa yang membuatkan saya tertawa..mereka masih sempat beraksi seperti samurai...dan lebih parah...en suami turut serta bersama mereka melakonkan aksi berkenaan.... hahahaa....[senget betul la bebudak nih...]

Masing-masing berebut nak hantar info dekat ayah mereka.
 
Pemandangan Equarius Hotel dari Adventure Cove



Dalam bilik air pun ada TV...sambil mandi boleh tgk tv okeh...



Buat perangai

Sila guna air mineral ini kalau nak masak air..sebab air paip disana menggunakan air yang dikitar semula...



 Geng samurai hantamsajalah... hihihihiii

Saya terus mengarahkan mereka untuk menyalin pakaian mandi untuk ke Water Park yang letaknye bersebelahan dengan hotel kediaman kami.  

Kami di beri special entrance dan ikut suka la...nak keluar masuk berapa kali pun. Terdapat bermacam2 permainan yang menarik. Kita boleh melihat persembahan dolphin... tetapi..ketika kami sampai...tempat itu masih belum dibuka kepada orang ramai. Dolphin itu masih di dalam training..kami hanya boleh melihat dari jarak yang jauh. Bermacam2 permainan yang dicuba oleh anak2 saudara saya. Termasuklah en suami. Saya hanya melihat dari jauh... tak de lah keinginan untuk mandi...... Dari pemerhatian saya..petugas yang menjaga keselamatan pengujung di water park ini sangat efficient dalam menjalankan tugas mereka. Dari semasa ke semasa mereka akan diuji oleh ketua mereka bagi memastikan samaada petugas ini alert atau tidak sekiranya berlaku sesuatu kecemasan. 



Lepak santai bersama anak2 saudara saya...

Dating bersama cinta hati saya








Sebelum siren berbunyi menandakan datangnya tsunami


Selepas datangnya tsunami...ombak yang sangat kuat tetapi anak saudara saya kata seronok sangat... hihihii.. wajib pakai pelampung tu... kalau tak kena tegur dengan security...




En suami membawa anak saudara saya menyusuri river nih..



Anak2 saudara saya yang seronok snorkeling... 


 Bermain dengan ikan pari ni

Kami lunch dengan roti sosage serta ice lemon tea. Hanya terdapat 1 gerai sahaja yang menjual makanan halal di dalam water park tersebut. Untuk pengetahuan...di sana agak susah untuk mendapatkan makanan halal. Mudah sahaja...apabila gerai itu menjual makanan halal..mereka akan meletakkan sijil pengesahan halal yang dikeluarkan oleh kerajaan mereka di hadapan gerai mereka. Dan atas keyakinan itulah..kami menikmati makan tengah hari kami dengan sosage dan roti serta iced lemon tea setiap seorang...lepas tu sambung balik mandi dan manda.


  Hampir 3 jam berada di dalam water park tersebut..kami akhirnya naik semula ke bilik membersihkan diri dan berehat kerana di sebelah petang kami akan menjelajah Sentosa Island. 

Jam 5.00 petang.. kami meronda di sekitar Sentosa Island. bas shuttle disediakan untuk kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Stop terakhir adalah Michael Hotel [hotel yang paling hampir dengan USS. 

Bermacam-macam aktiviti yang kami lakukan di Sentosa Island...antaranya..kami bermain go cart...[wajib cuba] tersangatlah best.... dan terdapat tempat2 yang istimewa juga untuk dilawati di sekitar sentosa Island.

 Misi untuk menjelajah Sentosa Island..hihihii
 tiru gaya..macam2 la anak2 saudara saya nih...


 melihat keindahan di Sentosa Island

Deretan gerai yang terdapat di sekitar Sentosa Island
Saya tak pasti ni gerai apa..rasanya gerai menjual souvenir la kot...[pepandai je ni]


Merlion Park Sentosa Island..boleh naik ke atas sebenarnya..tapi kami kesuntukan masa..sebab buat aktiviti lain
Jom go cart... wajib cuba sebab sangat best
ni la go cart..tak ada enjin.... bila dah turun ke bawah..kami naik atas menggunakan flying cable nih... sangat jauh jugaklah...dan agak gayat...kalau di Korea... tak la sejauh ini...huhuhu...



Last..sebelum balik semula ke hotel..kami suka suki berposing di kedai Candylicious 
Dan..disebabkan USS ni hanya berada berhampiran situ.... saya dan suami ambik kesempatan je la bergambar di globe USS nih.... :))))

Sebenarnya..sangat mudah bagi kita sebagai pengunjung untuk keluar dari Sentosa Island..pelbagai kemudahan disediakan antaranya cable car, kemudahan taxi dan juga bas. Dengan menggunakan pas yang diberikan oleh pihak hotel... charge USG20 tidak perlu kita bayar dan hanya membayar mengikut meter yang ditetapkan. 

Ok.. kami menghabiskan masa2 kami diwaktu malam dengan melepak di sekitar hotel yang sangat indah sambil menikmati panorama alam di bumi Singapura. 

Esok...kami akan masuk ke USS... jom baca entry seterusnya..... =))

2 comments:

  1. Salam.
    Nak tny. Mcmana awk booking pakej pelancongan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Nazira Baba

      En suami saya booking terus dari Resort World Sentosa Singapore. :))

      Delete