Tuesday, July 25, 2017

QUILLING CARD - HARI RAYA KAD

Hola!

Hari ni kakak nak share kad hari raya yang kakak buat khas untuk mak dan pak mertua.
Ni je satu satunya kad raya yang kakak buat tahun nih. Itu pun untuk mama dan pakcik.



Memula sesaja cuba2 je nak buat bunga quilling tu.... sekali jadi daaa.....cantik le pulak tu [ehhhh].....

Lepas tu terus terfikir nak buat kad.

Kebetulan pulak, kakak terima banyak tempahan cookies. So...sekali harung kakak buatkan untuk mak mertua cookies tu....memang every year...kakak akan buatkan sebalang besar untuk mak kakak dan sebalang besar untuk mak mertua....

Ingatkan tahun ni tak berbuka puasa di KL...so...ingat nak pos sekali cookies dengan kad tu....

Aturan Allah itu juga yang sangat sempurna....kebetulan mak kakak buat major operation utk cyst.... terlanjur dah ke sana....haruslah singgah ke rumah mertua....kita bagi by hand....dan memang nampak terpancar wajah kegembiraan mak mertua menerima cookies dan kad raya.....

Pernah bagi sebelum ni kad....lepas tu skip...beberapa tahun lepas tu baru bagi....ni yang kedua.....hehehe....

Terus mak mertua kata...

"kad yang lia bagi dulu....baru je mama tengok balik semalam.....hari ni...dapat lagi kad dari lia......terima kasih...mama sukaa..... cantik sangat.....mama akan simpan elok2....."

ececeecee...terus menantu tersenyum riang....
Mak mertua kakak nih....dapat macam gitu pun dia sangat2 appreciate...buat kakak terharuuu sgt........dan...mak mertua dan bapa mertua saya antara peminat cookies & kek oren no 1 saya.....=)))

Jom tengok kad yang kakak buat khas untuk mertua kakak.


Memula buat bunga nih seketoi macam gini..... terasa macam cantik sangat..... kakak terus decide nak buat kad raya..... semangat sangat bila nampak benda cantik.....=)))








Dan inilah kejadian kad raya nih untuk mak dan pak mertua kakak.

Alhamdulillah...mereka suka...
Tanda ingatan anak menantu pada mereka...

"Selamat hari raya mak dan pak mertua....maaf zahir & batin....." 😘



Terima kasih kerana membaca entry ini!



Monday, July 24, 2017

PEMBEDAHAN PEMBUANGAN OVARIAN CYST

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.



Ubat ni sentiasa ada dengan mak saya dari selepas pembedahan hingga sehari selepas masuk ke wad biasa. Bila terasa sakit...mak akan picit satu punat disediakan dan ubat ni akan masuk terus ke dalam darah mak....
Doktor yang merawat emak....sangat2 friendly
Dannnnn cantikkk jugakkk....hehehe...

Hari ni saya nak share tentang penyakit yang dihidapi oleh emak saya yang menyebabkan kepada major operation pada bulan ramadhan baru ni.

Sejak beberapa bulan sebelum....[mungkin ini antara tanda2 / symptom]

Emak saya mengalami bengkak kaki yang amat menyakitkan. Sehingga saya dan kakak membawa emak ke Pantai Hospital Ipoh untuk rawatan. Pada awalnya...kita sangkakan gout..... bila di buat pemeriksaan darah dan beberapa prosedur oleh Doktor pakar, laporan menunjukkan emak saya tak ada gout dan cuma berlaku radang sendi dan urat saraf sahaja. Pemeriksaan ini dilakukan 2 kali [2 kali buat pemeriksaan darah] dan alhamdulillah.....result darah mak saya sangat baik mengikut kata doktor [sebab kami pegi ke pakar urat saraf dan sendi / gout]

Sebulan selepas itu, emak mengalami sakit perut semacam gastrik.
Keadaan mak menjadi teruk pada awal ramadhan. Namun semangat beliau kuat. Dalam keadaan macam tu pun...mak saya masih boleh mengikuti tadarus al quran anjuran penduduk setempat selain sembahyang sunat terawih sampai habis.

Bila balik tu....selalunya mengadu sakit perut dan sayalah yang akan urut perut mak...[urut perlahan lahan]. Masa ni memang tak tahu yang mak saya ada cyst. Tapiii itulah antara petanda yang ditunjukkan. Kami tak benarkan mak berpuasa sebab ingat gastrik....dan memang mak saya tak larat berpuasa kerana sakit yang amat sangat katanya.

Kebetulan kakak yang sulung balik untuk sambut awal ramadhan bersama.
Melihat keadaan mak yang tak berapa nak sihat tu.... akhirnya kakak saya bawa mak dan abah balik ke KL untuk rawatan di sana. Sebab...mak saya ni bukan sejenis yang suka duduk diam..... tambahan awal ramadhan.....memacam kerja dia nak buat...antaranya nak tanggalkan langsir lah....bersihkan laman laa....memacam laahhh....padahal...boleh je kalau nak upah orang....dan dah ada pun orang yang diupah tu.......hmmm....

Keadaan mak semakin teruk kerana sakit perutnya berpanjangan. Kakak saya membawa emak ke klinik dan Dr. mengesahkan ada ketumbuhan kat bahagian perut mak saya dan sarankan supaya membawa mak ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Esoknya, mak di bawa ke Pantai Hospital Pandan Indah untuk rawatan selanjutnya dari Dr yang memang pakar dalam sakit puan ni especially cyst.

Beberapa kaedah dilakukan untuk pemeriksaan, antaranya CT Scan dan beberapa prosedur lain. Disebabkan mak saya ada masalah jantung dan pernah buat bypass, jadi benda ni semua berkait antara satu sama lain. Mak saya juga perlu menjalani prosedur stress test. Di prosedur ini, mak saya gagal disebabkan kakinya yang tak berapa nak kuat, jadi Dr terpaksa membuat pemeriksaan lanjutan.

Mak saya juga perlu melakukan biopsy [prosedur untuk pemeriksaan kanser] bagi memastikan samaada ketumbuhan tersebut kanser atau hanya sekadar cyst yang mana di dalamnya ketumbuhan tersebut penuh dengan air....jadinya perlu di buang dengan kadar segera. Cyst tu berukuran 5 bulan baby dalam kandungan. [memang besar]. Emak saya tidak dibenarkan untuk banyak bergerak atau melakukan kerja2 berat.

3 hari result mak dah keluar, dan alhamdulillah, bukan cancer tetapi ketumbuhan/cyst...namun....selepas pembedahan dan setelah cyst dikeluarkan.....ianya akan di bawa juga ke makmal untuk memastikan yang ianya benar2 bukan cancer [procerdur biasa].

Pembedahan perlu segera dilakukan kerana bimbang cyst tu akan pecah. Tetapi disebabkan mak saya makan ubat jantung dan antara ubat yang mak saya ambil adalah ubat cair darah....setelah Dr berbincang dengan Pakar2 bius dan pakar jantung terutamanya, jadinya...mak saya dibenarkan untuk sementara stop ambil segala jenis ubat jantung selama seminggu. Dan sementara itu, Dr sarankan mak saya untuk memakai stoking khas [tak pasti la nama dia...tapi banyak ada kat pharmacy]...Tujuannya....untuk memastikan peredaran darah mak saya berjalan lancar.

16.06.2017 -Jumaat
Mak admitted untuk persediaan major operation esoknya.
Semuanya Dr jelaskan kepada abang dan kakak ipar saya.

Dr jelaskan, semua bahagian ovari dan cyst tu akan dibuang kesemuanya memandangkan faktor usia mak saya.
 Dan 2 hari selepas pembedahan, barulah mak saya dibenarkan untuk bangun. Semuanya kerana faktor usia - Ini semua dijelaskan oleh Dr sebelum melakukan pembedahan esoknya.

17.06.2017 - Sabtu

Seawal pagi - Sebelum masuk OT, kami adik beradik berkumpul di bilik mak. Sempat juga berbual ringkas dengan mak. Seperti biasa, wajah mak tenang je. Mungkin sebelum2 ni mak saya dah pernah menjalani pembedahan yang lebih teruk...maka...kali ni mak lebih redha dan tawakal.

Pada awalnya, pembedahan di jangka mengambil masa 6 jam.

Rezeki mak, Dr yang merawat emak meminta bantuan dari sahabatnya yang juga pakar serta berpengalaman dalam pembedahan pembungan cyst ni [yang sanggup datang dari Johor semata2 untuk pembedahan emak] untuk sama2 memabantu dalam pembedahan tersebut [Dr jelaskan kepada kami semua......salah satu sebab...ketumbuhan emak saya besar.... keduanya....faktor usia emak saya dan lebih utama, risiko ketika pembedahan kerana emak saya pengidap sakit jantung] Jadinya, pembedahan pembuangan cyst tu hanya berlangsung selama 2 jam setengah.

Alhamdulillah....Allah mudahkan segalanya....semuanya berjalan lancar dan keadaan mak pun stabil. Syukur sangat2.

Emak saya di letakkan di ICU untuk pemantauan.

15 minit lepas berada di ICU, mak saya dah sedar...alhamdulillah.....
kami bergilir2 masuk melihat keadaan mak.

Malam tu...mak dah sedar sepenuhnya dan dalam keadaan stabil.

Nurse menunjukkan cyst yang dikeluarkan tapi saya tak dibenarkan untuk tunjuk kat medium sosial nih.....cukup untuk keluarga je tengok..... memang besar...adoiyaiii....ngeri pulak tengoknya.... mak saya sendiri pun macam terkejut tgk ketumbuhan sebesar itu dalam perut dia.....alhamdulillah....dah di keluarkan pun....dan harap tak kena pada kita.....

18.06.2017 - Ahad

Pagi
Saya di benarkan masuk dan melihat keadaan mak yang semakin ok.
Katanya tengah hari tu dah boleh di tukarkan ke wad biasa.

Memang semangat mak saya kuat. Mak saya dah boleh bangun dan berjalan sambil dipimpin oleh nurse yang bertugas. Alhamdulillah.

Mungkin kerana semangat mak....dan tak ada patient pun dalam ICU tu melainkan mak saya sorang je....jadinya mak semacam disayangi oleh nurse2 tu....siap peluk2 mak lagi sebelum mak dipindahkan ke wad biasa....kata mereka....mak saya ni antara pesakit yang berumur tetapi sangat kuat semangat.

Tengah hari tu juga mak saya dipindahkan ke wad biasa.
Alhamdulillah...perkembangan mak sangat excellent.

Dr yang merawat hanya akan benarkan mak discharge pada hari Selasa untuk pastikan emak benar2 berada dalam keadaan yang sihat.

20.06.2017 - Selasa

Mak saya dibenarkan discharge dan akan ada rawatan susulan pada 23.06.2017 (Jumaat) 2 hari sebelum raya.

Mak saya tidak dibenarkan untuk makan pati ikan haruan atau gamat ke atau apa2 product yang dikeluarkan untuk penyembuhan segera pembedahan. Tidak dibenarkan juga untuk makan makanan yang menyebabkan kegatalan contohnya ayam, udang, sotong dan sebagainya.

Seperti biasa, mak hanya makan sayuran segar yang direbus dan ikan serta buah-buahan segar.

28.06.2017 - Rabu

Sebelum mak balik ke Ipoh, last appointment dgn Dr yang merawat emak.
Jahitan mak semuanya ok.

Sekali lagi Dr pesan supaya mak saya tidak mengambil pati ikan haruan atau gamat....menurut Doktor....ianya tidak baik untuk luka dalaman pembedahan dan ianya tidak disarankan langsung.
Dan result makmal untuk ketumbuhan yang dikeluarkan itu confirm bukan cancer. Alhamdulillah.

Selepas ini, rawatan susulan pada Disember 2017 dan setahun sekali perlu menjalani rawatan selanjutnya di hospital mengikut tarikh yang diberi.

Saya tidak arif sangat untuk memberi penjelasan kerana sepanjang prosedur dari awal, hanya kakak ipar, abang saya dan anak sedara yang sulung yang berjumpa Dr dan mendengar penjelasan doctor secara detail. Saya cuma menjaga emak hanya selepas pembedahan sehingga keadaan emak dah beransur pulih [luka jahitan pulih sepenuhnya manakala luka dalaman mungkin mengambil masa 2 bulan utk pulih sepenuhnya kerana faktor usia emak saya]

Perkara yang saya suka tentang Hospital Pantai Pandan Indah ni.

- Dekat dengan rumah abang dan kakak saya...5 minit dah sampai....so...senang nak ulang alik tak payah nak tempuh jem.

- Dr dan nurse yang semuanya sangat2 friendly

- Mungkin kerana tak ramai pesakit yang admitted, maka segalanya cepat.

- Di ICU hanya mak saya sorang je pesakit di dalamnya, jadi perhatian sepenuhnya tertumpu pada emak saya. Masa nak masuk dalam ICU juga diberi kelonggaran kerana emak sorang.....saya dan adik beradik adalah pelawat tetap =))) [tapiii tidak setiap hari dibenarkan masuk sesuka hati....masih mengikut prosedur jugakk...]

- Di wad juga, tidak dibenarkan untuk bermalam disitu, kerana nurse mampu memberi perhatian sepenuhnya terhadap pesakit.

Alhamdulillah..... Allah mudahkan segala-galanya urusan mak dan kami sekeluarga. Sungguh aturannya itu sangat sempurna....

Kos yang dikenakan secara keseluruhannya [sebab mak saya tak ada medical insurance jadi semuanya kena bayar cash] lebih kurang RM30k [termasuk rawatan CT Scan dan biopsy serta rawatan susulan].

Rawatan akhir, Doktor bagi percuma =)))
Dan emak saya diberi keutamaan...kerana patient yang baru melakukan pembedahan tidak dibenarkan duduk lelama.....[soo..kami memang tak tunggu lama untuk dapatkan rawatan Doctor....tqqqq doctor.....=)))]

Boleh rujuk di sini: Ovarian Cyst (Dr Zubaidi)
Boleh juga rujuk disini: Womens Health A-Z Topics Ovarian Cysts
Terima kasih kerana membaca entry ini!

Thursday, June 22, 2017

MACAM2 CERITA

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Sedar tak sedar...kita dah nak sampai ke penghujung Ramadhan dah. Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita.

Dah nak penghujung Ramadhan ni.....ada banyak urusan2 yang nak diselesaikan......
Ya ampun...penatnya tuhan sajalah yang tahu......tak pe...semoga Allah gantikan kepenatan tu dengan sesuatu yang lebih baik....=)))

Dalam bulan Ramadhan ni....Sekali lagi Allah menguji kami sekeluarga.
Kita sambut ujian itu dengan hati yang redha. Alhamdulillah.....Allah menguji kerana DIA sayang....PASTI ada ganjaran yang lebih baik untuk setiap ujianNya itu....yakin dan terus yakin.....tambahan....Allah menguji dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.....jadi...jangan berhenti berdoa dan berharap pada DIA.....

Alhamdulillah kerana kami dapat menempuhi ujian itu dengan kesepakatan kami adik beradik.....

Kadang kala....dalam tawa...tersembunyi kedukaan yang sukar untuk di ceritakan..... ada orang suka bila melihat kita berduka......ada orang tak suka melihat kita gembira.....itu lumrah kehidupan.....namun....saya bersyukur kerana dalam menghadapi ujian ini.....Allah tiupkan keredhaan dalam hati kami semua......dan kerana itu....Allah permudahka segala-galanya.....tanpa kita sedar......segalanya berlaku dengan begitu pantas...dan alhamdulillah.....sekarang dalam proses pemulihan sepenuhnya.

Hidup ni simple.... tak perlu nak balas membalas.... tak perlu nak ambil hati sangat......sapa yang bertanya khabar dan siapa yang tak.... kami ni bukan sejenis yang nak kutip semua benda....awak tanya....kami cerita....awak tak tanya.....tak perlu cerita....tu je....hehehe...tak tu pun.... orang yang sakit tetap sakit dan perlu melalui procedure yang di tetapkan oleh Doctor...no excuse....so...awak ambil tahu ke tidak ke.....that procedure tetap perlu diteruskan.......tawakal je lah.....

Kita teruskan je dengan kehidupan kita dan jalankan tanggungjawab kita pada yang sewajibnya....yang penting...kita berharap hanya pada DIA.

Alhamdulillah....Allah mudahkan segala urusan kami semua.......

InshaaAllah....nanti saya kongsikan sedikit info atau maklumat tentang penyakit tersebut yang Allah uji kepada insan tersayang...iaitu EMAK saya......

Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak raya....

Segala persiapan semuanya dibuat last minit.....tak la last minit sangat.....kali ni segala kelengkapan semuanya beli terus dari kedai....tak sempat nak beli online.....untungnya boleh fitting......tak payah nak return ke apa ke....sesuai...terus je ambik....so..sekali harung.....sambil menjaga orang sakit....sambil kita tengok2 kelengkapan raya......seronok sangat sebab apa yang diidamkan.....akhirnya dapat jua.......

Kuih muih....kali ni buat satu jenis je....tak de buat macam tahun2 lepas berjenis jenis...sebab tak ada geng nak buat biskut raya....geng saya...iaitu EMAK saya dah tak sihat......Kakak saya pula dah seronok buat biskut raya......alhamdulillah.....biskut raya dia berpuluh2 botol jugak orang order....presentation dia cantik.....dan haruslah isi dalam pun sedap......hehehe...

Tahun ni....saya ambil tempahan buat berpuluh puluh botol goodies dari satu syarikat ni......jenuh jugak nak siapkan cookies, tart nanas [kakak saya yg buat] dan goodies....Alhamdulillah....semuanya dah siap dan dah pun diedarkan mengikut tempoh yang ditetapkan.....dan tak ganggu masa saya untuk menjaga EMAK saya......rezeki datang tanpa diduga.....dan Allah mudahkan segalanya....mungkin...inilah ganjaran yang Allah beri atas ujian yang DIA turunkan......alhamdulillah....


Ni goodies yang saya buat untuk tempahan.....
alhamdulillah....customer sukaaa....

Saya tak pernah ceritakan tentang cookies saya......sebenar benarnya....saya ni ambil tempahan cookies.....memula buat biasa2 je.....lepas tu ada banyak permintaan.....kekadang tak cukup masa nak buat....tapiii sedaya upaya cuba penuhi permintaan....selalu akan siapkan tempahan weekend sahaja....sebab itu sahaja masa yang saya ada......hehehe.....InshaaAllah....ada kesempatan...nanti saya akan ceritakan di sini.....

Harap Allah mudahkan perjalanan kita semua.... yang nak pulang ke kampung halaman....sila berhati-hati dalam pemanduan.....macam saya.....saya ni pulang ke bandar......InshaaAllah....raya pertama akan beraya di PJ.....

Semoga Allah mudahkan segalanya urusan kita semua dan moga di hari2 terakhir ramadhan...kita pertingkatkan lagi amalan kita dan berharap agar....kita dapat bertemu dengan malam lailatul qadar..... dan semoga kita dapat bertemu kembali di ramadhan yang akan datang dengan izinNya.....Jom kita kejar redha Allah......PASTI kita tidak akan dikecewakan.......Allahumma Amin....


Terima kasih kerana membaca enrty ini!

Monday, June 5, 2017

KUIH NONA MANIS TANPA TELUR

Hye uolls

Hari ni nak share resepi Kuih Nona Manis Tanpa Telur.


First time buat...memang nampak sangat kehodohannya ituuu......kat mana nampak manisnya pun entahlahh......hehehe...
saya mengaku....saya memang failed buat kuih muih lembut2 nih.....
tapii masih mahu mencuba....=)))


dah nampak dah di mana silapnya.....yang bancuhan putih tu dah terlebih masak....berketul2 pulak dia kat dalam acuan tu......hahahahaaa...

Sebelum tu nak cerita dulu.

First time buat....memang hodoh sangatlah rupa kuih nona manis saya nih....nak tergelak pun ada....tapiii boleh dimaafkanlah...sebab baru pertama kali cuba kann...... ada je orang yang sekali cuba dah cantik kejadiannya......tapiii tidaklah saya....untuk kuih yang lembut2 macam gitu.....memang bukan kemahiran saya lah....

Disebabkan mendapat pujian sedappppp walaupun hodoh rupanyaaa.....terus rasa teruja nak buat lagi. Kali ni buat sekali 2 bancuhan....dan akhirnyaaa menjadi dengan jayanya......
Tapiiiii agak pucat sikit...sebab saya tak guna pewarna untuk naikkan seri dia....=)))

Actually saya kurang suka nak taruh telur untuk kuih2 yang lembut2 macam gitu...

Tapiiii kebanyakkan nya elok je guna telur.....sedap je rasa dia....cuma saya ni tak pandai bab2 macam tu.......kebetulan dalam adik beradik saya....ada sorang yang pelik...tak makan telur.....so..kita layan kan aje kepelikkan dia dengan buat kuih muih basah macam ni tanpa telur...ada sorang lagi peliknya tak makan susu....so....terpaksa melayan kerenah 2 orang pelik2 dalam adik beradik saya......ahahahaaa....kuih ni tak taruh susu....dia taruh santan je...

Ni resepinya
Resepi daripada : masam manis
[saya olah tak taruh telur ok]

Bahan A

1/2 cawan gula halus
1 cawan santan.
[Saya guna santan kotak jenama KARA- campur air sikit jadikan 1 cawan]
1 cawan tepung gandum

Satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Bila dah siap ketepikan


Campuran tu akan jadi macam dalam gambar ni.


Bahan B

1/2 cawan santan pekat
[saya guna santan kotak jenama KARA]
1/2 cawan air pandan
[5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis]
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple (saya tak guna pun)
sedikit emalco pandan (optional)

Ambil 5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil. Dalam kes ni...saya tak guna pewarna....mmg originally perahan pati pandan sahaja.


Campuran bahan2 tadi akan jadi begini....

Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat


Campuran tu akan jadi berkilat macam ni.... nampak macam jem kaya pulak....roti mana roti.....hahahaa


Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

 
Bila dah di campur, bancuhan akan jadi seperti nih.
Kalau nak senang guna blander jerr....



Bahan C

1 cawan santan pekat
[saya guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan]
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam


Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat


Bancuhan yang dikacau atas api sederhana tadi akan jadi pekat begini.


Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.


Sebelum di kukus


Selepas di kukus.

Rasa kuih ni memang sangat sedap... tak caya......boleh cuba ok...

Selamat mencuba!!!

P/S: Tq pada makcik [sahabat saya] yang memula bagi saya rasa kuih yang sedap nih.... makcik buat pakai telur....tapii saya makan rasa ok je......sedap jugakkk......hehehe...




Terima kasih kerana membaca entry ini!

Thursday, March 30, 2017

CUTI CUTI MALAYSIA CAMERON HIGHLAND [PART 3]

Hello Cameron Highland!

 Cuti Cuti Malaysia Cameron Highland [Part 1]
Cuti Cuti Malaysia Cameron Highland [Part 2] - Review Copthorne Hotel

Lepas breakfast.... mak dan abah nak berehat kat hotel katanya.....
Saya suami dan bibik keluar nak cari Kampung Taman Sedia [perkampungan melayu yang pertama di Cameron]. Niatnya nak mencari jem keluaran muslim.

Jumpalah jugak....sebab guna google map.


Tak masuk pun Time Tunnel nih...tapiiii sempat jugaklah posing kat kaunter bayaran dia....hehehe...

Sebelum tu....ingat nak masuk time tunnel....sekali belum buka daa....dia buka jam 9.00 pagi....kitaorang sampai jam 8.30 pagi....tetiba pulak hari hujan....so..en suami ajak masuk kete dan terus ke Taman Sedia.


Ni lah Taman Sedia nya.... jalan ke depan sikit....jumpa lah kebun2 dan restoran2 melayu



Ramai sangat pengunjung pepagi nih.....oh yaa......kat sini ada homestay ok....so...sesiapa yang datang dalam jumlah yang ramai....boleh je sewa homestay kat sini...kedai makan pun depan mata je....=)))

Memang ada Taman orang2 melayu kat situ....jalan depan sikit.....ada ladang strawberry..... ada kedai2 makan.....banyak pilihan...kalau nak sarapan kat situ pun boleh sebenarnya....ada je abang strawberry merata rata..... tapiii masa kitaorang sampai tu.....kebanyakkannya masih tutup.... so..tak boleh nak petik strawberry......tak pe lah...bukan tak pernah petik pun........

Nasib ada satu kedai ni buka dan menjual jem strawberry dan sambal strawberry....tapiii saya tak beli sambal tu.....nanti beli tak de siapa nak makan....so...kita beli jem...dengan niat nak bagi je lah kat orang2 tertentu je.... especially adik beradik saya lah tapiii....masa saya pergi ni...sebotol harga dia RM9, 3 botol dia bagi rm25...so saya ambil 6 botol...cukupkan rm50...ok lah...



Selain tu....kedai tu ada jual buah strawberry yang besar2.....satu paket tu rm20....saya beli 2 paket...memang berbaloi la beli...sebab selain banyak......buah dia besar2..... sesetengah yang jual kat Kea Farm tu......agak mahal jugak lah harga dia.....sepeket kalau besar macam tu harga dia rm28.... dan lagiii...masa saya pergi tu....tak ada pasar malam pun [kee saya yang tak tahu.....sebab rasa bercinta pulak kalau sesaja nak pergi tgk....jalan beria ria beno jem nyaa......kita makan jem strawberry je lah......muehahahaaaa....]
Kalau ada...beli kat pasar malam pun dah ok dah.....ehh tapii kakak puas hatilah beli kat situ.....manis tau strawberry nya.....yang kakak dapat lah.....orang lain saya tak tahu......hehehe....[jawapan selamat]



Selesai dah dapat apa yang diingini......kami terus gerak ke Agro Farm MARDI....tiket masuk rm5 seorang.

Masa sampai tu....ada 2 buah bas rombongan baru sampai..... so...agak ramai jugaklah.....bila saya tgk gambar2 dalam blog2 yang dah sampai sana....macam menarik....tapiii bile sendiri masuk....macam biasa2 je......hahahaa...tak tahulah kot pandangan mata saya je yang kata begitu....mata orang lain nampak menarik.....lantaklah...dah masuk dah pun....so..kita explore je lah.....




Sempatlah menggedik...ahahaa


Ni kat taman cactus dia....






Sempat jugak buah filem tamil kat sini......hehehehe...

Tak sampai sejam....kami dah keluar..........
Terus kami plan nak balik ke hotel balik.....

Sesambil tu nak singgah ke Kea Farm..... on the way nak balik ke hotel tu....jalan dah start jem.....ya ampun......dekat sejam pulak nak sampai ke hotel....niat nak singgah sekejap ke time tunnel pun terpaksa di batalkan....sebab jalan dah mula sesak...kiri dan kanan......

Kitaorang parking kete di hotel...dan jalan kaki ke Kea Farm...tak terasa sangatlah kepenatannya sebab jalan dalam kedinginan yang sangat2 sejuk dan nyaman....sekejap je dah sampai Kea Farm....terus cari apa yang dihajati....saya beli asparagus dan beli capsicum & eggplant....tu je yang saya beli...lepas tu beli strawberry kat satu gerai melayu ni untuk tambahan dari yang ada tu.....sebab anak sedara pesan suruh beli bebanyak....dia nak buat jem kot....ahahaha....murah dan besar jugaklah buah dia....saya tak beli banyak sangat buah strawberry.... selalu beli...kering dan kecut macam tu je kat dalam peti ais.....so...kita beli apa yang patut je lah.....

Tak lupa....beli ubi madu goreng......memang terbaik.....makan panas2....memang sangat2 sedap.....terus belikan sekali untuk mak yang gemar sangat makan ubi....=)))


Dalam kawasan hotel

Dah beli apa yang patut....kitaorang balik semula ke hotel....kemas2 baju semua terus check out.

Memang tak ada niat nak makan lunch kat atas.....memang niat nak terus makan kat Ipoh je....sebab.....jalan nak naik atas tu....hari Jumaat tu....sangat2 sesak...... kemain sangatlah...karang satu hal pulak nak redah jem lagi....ohhh tidak....



On the way nak turun tu..... singgah pulak ke Lavender Garden. Punyalah banyak kereta....nak parking pun susah....biasalah orang ramai kan...memang begitulah.....so..terpaksa parking jauh sikit. Abah dan bibik duduk dalam kereta...manakala mak ikut kitaorang.....tu pun dah tak lalu nak jalan....kesian mak....sebab kena jalan jauh. Lepas tu bila dah sampai ke pintu masuk....mak tak nak masuk pulakk....katanya...tak lalu nak naik bukit tu.....kena pulak tunggu kat luar.....sabar je lah.....kalau tahu baik suruh tunggu dalam kete je.....kesian pulak nak jalan jejauh mcm gitu.....saya dan suami masuk.....dapatlah tgk pelbagai jenis bungaaaa......cecantik semuanya....terhibur sekejap.....Lavender Garden ni best....Nak masuk ke Lavender Garden ni....harga tiket dia RM8 sorang......






Cecantik sangat bunga diaa.....teruja kakak....


Geram tgk bunga2 nih.....Ya Allah...cantik sangat....


comel kasut2 ni dibuat pasu...




Orang sebelah saya ni dah penat sebab meredah jem...so...bila masuk ke sini....dia dah macam tak ada mood....dalam tak de mood tu.....banyak jugaklah gambar2 saya yang dia ambil... dan ni satu2nya gambar berdua kat dalam Lavender Garden nih =)))


Bersama ibunda tercinta


Dalam kedai souvenir dia.....comel2 semuanya....

Selesai menjelajah ke Lavender Garden,
Kitaorang terus balik ke Ipoh....on the way nak turun tu pun.....punyalah banyak kereta........ semuanya bergerak perlahan.....adoiyaiii...sabar je lah....adalah beberapa tempat.....dia punya kabus sangat2lah tebalnya......nasib en suami nampak jalan.....kalau saya...tak tahu lah kannn.....hehehe...

Kat tepi2 jalan nak turun tu..... memang nak sangat beli rebung...hasil orang asli.....dulu....banyak saya borong rebung..... sekarang macam susah je nak dapat....kalau ada pun......memang usah haraplah nak singgah.....tapiii sempat lah singgah ke satu perhentian nih......sebab mak nak beli petai....tu pun mahal jugak....mungkin sebab bukan musim dia......


Yang ni orang melayu kita yang punya.....


Melihat indahnya ciptaan Ilahi.....Allahu Akhbar....terlalu indah....=)))

Alhamdulillah....dalam pkl 2.00pm...kami dah selamat sampai ke Simpang Pulai.... Memang niat nak makan kat Ipoh....terus cari kedai makan....en suami nak makan di Restoran Tasek Raban Station 18.....so..terus ke sana....dalam 20 minit dah sampai......terus ambik makanan apa yanng kita nak....terus rasa macam....hmmmm puasnya dapat makanan yang betul2 masakan dia...... dengan harga yang sangat2 berpatutan....hehehee.....

Sampai rumah dalam pkl 4.00pm macam tu.....

Alhamdulillah....walau tak banyak tempat yang kami pergi....tapiii rasa puas jugaklah...dapat bagi mak dan abah rehat rehat santai di Cameron....cuma jem je....kalau tak..... mesti lagi best...... tak pe.... ni semua pengajaran....yang penting dapat happykan mak dan abah....

InshaaAllah....lepas ni dah boleh pergi berduaan pulak......nak ingatkan diri sendiri....

Jangan pergi time cuti sekolah.....!!!



Terima kasih kerana membaca entry ini !!!

Wednesday, March 29, 2017

CUTI CUTI MALAYSIA CAMERON HIGHLAND [PART 2] - REVIEW COPTHORNE HOTEL

Hye uolls...

Ok hari ni.....ada masa terluang di rumah......sesambil menunggu en suami habis layan chess dia....kita curi2 masa buat entry cuti cuti Malaysia Cameron Highland.

Dah beberapa tahun jugaklah tak menjejakkan kaki ke Cameron highland ni.

Last pergi masa tu balik hari....saya berdua dgn suami celebrate birthday suami kat sana........memula niat nak jalan2 Ipoh je....sekali terus terlajak sampai ke sana......masa tu en suami nak gamble je tido kat sana......dengan baju semua tak bawak.......tapiiii saya mati2 tak mahu.......hehehehe.........seingat saya...masa turun je dari Cameron.....terus dapat call...kata kakak saya admitted..... terus kitaorang ke hospital pantai......terus saya ambil cuti EL sebab nak jaga anak sedara.......hehhh....dah beria2 pulak nak mengimbas nyaaaa......

Ok...lupakan cerita lamaaa tuuu.......

Kalau dulu...memula pg dengan suami [baru2 kawin dedulu...].....kami tido di Heritage Hotel.... kali ni kitaorang nak try bermalam di Copthorne Hotel pulak.......

Entry sebelum
Cuti Cuti Malaysia Cameron Highland [Part 1]



Ok.... check in hotel sepatutnya pukul 3.00pm....tapiiii disebabkan jem.....kitaorang sampai agak lewat ke hotel...lebih kurang dalam pukul 4.00pm.

Elok sampai2 je ke hotel..... terus check in......nasib baik urusan di kaunter sangat2 cepat dan pantas...[kebetulan orang tak ramai yang check in masa tu] tak de lama abah dan mak menunggu.... Saya booking online dan bila sampai ke kaunter staff tu check semua dan mintak ic nak buat salinan dan deposit rm100. Kebetulan masa tu....ternampak pulak ada promosi breakfast untuk early booking dapat rm25 seorang.....saya terus tanya kat staff tu.....lepas tu terus booking untuk bibik sorang...sebab bilik.... saya ambik sekali dengan breakfast [booking online sekali].....kecuali untuk bibik sebab memang niat nak bayar untuk dia sorang masa turun breakfast tu....tapi disebabkan ada promosi....kita booking terus lahhh...hehehe.....murah lah jugak...

Memang molek sangatlah....seolah olah sangat2 memahami.... kitaorang dapat bilik sebelah menyebelah....dan satu lagi yang rasa bestnya....sebab bilik kitaorang betul2 dekat dengan lift....so...memudahkan abah saya....tak payah nak jalan jejauh.

Jom tgk bilik2 kitaorang.

Ni bilik saya dan suami....








Secara keseluruhan.....bilik dia simple but nice....




Ni bilik air dia.... tak ada paip...air dia keluar dari bawah....tapiii jangan complicated kan keadaan....tarik je shower dari tempat mandi tu.... dah settle....ahahaha.....


Bilik mak dan abah almari ni betul2 kat pintu masuk


Dan ada bangku untuk beristirehat....memang sesuai lah....tapii bilik kitaorang tak de bangku ni


View bilik kitaorang mengadap NOVA....


View dari bilik jugak.......Nampak tak...berderet deret kereta......mmg jem..

Ok lah....saya ambik Superior room untuk 2 bilik....bezanya...bilik mak dan abah ada bangku untuk beristirehat....manakala bilik saya dan suami tak ada...tu je lah bezanya...yang lain sama je....tapiii puas hati lah....sebab bilik dia sangat2 selesa.....dan luas lah jugak......

Next day....




view waktu pagi....sejuk dan nyaman....masa ni....suhu 17 darjah celsius


Alhamdulillah....besar2 logo halal....so...yakin 100% dengan makanan dia...

Kitaorang turun awal masa tu.... pukul 7.30am dah turun breakfast....masa tu memang tak ramai sangat orang....tapiii dalam pkl 8.00am macam tu...orang dah ramai turun......
So...masa tak ramai orang niii.....sakan jugak kakak ambik gambar sana sini.....heheheee...


Ruang makan dia...














Ada banyak pilihan makanan. Rasa berbaloi jugaklah.....
Tapiiii setakat mana pun kita boleh makan semua ni kannn......hehehe....tapiii ok lah....banyak....


Harus ada.....=)))


Pilihan saya...


Yang ni pun saya punya
Jadilah....tak dapat makan scone yang kita nak sangat tu.....kita makan je waffles nih kat hotel.... ahahaaa.... [kesian kat saya.......huhuhuuu]


Pau kaya....kesukaan abah...=)))

Dan....seriously....makanan dia sedap2.... mak dan abah pun suka....banyak jugaklah abah makan....selalu kalau macam2 tu....saya yang akan ambikkan makanan untuk abah.......tu tugas saya dan suami.....sebab saya tahu lah selera abah saya.....kebetulan ada pau...... memang kesukaan abah......terus ambik 2 ketoi untuk abah....suka sangat abah makan....


Kitaorang ambik tempat duduk di luar.....rasa sangat nyaman dan dingin....sambil makan sambil menikmati kedamaian suasana di sana....




Bersama mereka....
Bibik yang geng dengan mak dan abah......dia panggil saya kakak.....sebab dia ni masih adik2 lagi rupanya....soo...cakap kat diri sendiri....jangan nak perasan muda sangat....ahahahaa.....

So far....saya sangat2 berpuas hati dengan hotel ni.....cumanya...dari hotel nak ke Tanah Rata agak jauh sikit...sebab nak ke Tanah Rata kena naik ke atas......tapiii berbaloi jugaklah saya bawa mak dan abah....sebab mak dan abah rasa sangat2 selesa.....alhamdulillah...

Tq Copthorne hotel kerana menyediakan hospitality yang sangat selesa.....

Saya bagi 4.5 bintang dari 5 bintang =)))

Jumpa di next entry tentang sambungan perjalanan kami di Cameron Highland ...

Terima kasih kerana membaca entry ini!!