Saturday, November 23, 2013

ALPHABET QUILLING (F)

Assalammualaikum...mulakan hari yang indah ini dengan penuh rasa syukur kepadaNya.

Hari ni sekali lagi saya nak share hasil kerja tangan saya...tempahan daripada sahabat saya. Katanya nak huruf "F"...

Type: Alphabet Quilling
Size: A4
Background Color: White Pearl
Decoration color: purple and pink



Sahabat saya ni memilih huruf "F" untuk dihadiahkan kepada seseorang katanya. Tak pasti la sesiapa. Siapa pun dia..yang pasti..saya tetap akan membuat yang terbaik untuknya.

Kombinasi warna dipilih oleh sahabat saya sendiri iaitu pink dan purple.. memang sangat sesuai dan cantik. Saya padankan dengan background paper yang terang untuk menyerlahkan color purple yang agak gelap.

Seperti biasa..ketelitian yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan sesuatu yang cantik dan berkualiti. Cuma saya tidak menerima tempahan sekali dengan frame. Memandangkan saya agak sukar untuk bergerak ke sana dan kemari yang hanya ada masa di hari sabtu atau ahad...jadinya..saya tidak boleh menerima sekali tempahan bersama dengan frame... InshaaAllah..jika diberi kesempatan dan kelapangan..mungkin satu hari nanti saya juga akan turut mengambil tempahan beserta dengan frame. Kalau diletakkan hasil ini di dalam frame yang ditempah khas..pastinya akan lagi menyerlah dan kelihatan cantik.





































Syukur kerana respond yang diberikan sangat sangatlah melegakan hati saya. Sahabat saya tu sukaa dan cantikk katanya.... Alhamdulillah...bila menerima respond yang positif dari sahabat sendiri..terasa lebih yakin unuk mencuba yang lebih menarik...

InshaaAllah..saya akan cuba dari semasa ke semasa untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik lagi..

 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Wednesday, November 20, 2013

ALPHABET QUILLING

Assalammualaikum dan selamat pagi Rabu... Pagi ni cuaca agak mendung.... kadang kala..cuaca...situasi dan suasana juga memainkan peranan penting dalam mood kita... so...ceria2kan diri anda dan bersyukur diatas setiap anugerah yang dikurniakan kepada kita.

Saya nak mencuri masa sedikit untuk memasukkan hasil kerja tangan saya yang pertama kali saya buat sepanjang saya membuat quilling ni. Menggulung dan terus menggulung kertas bukanlah sesuatu yang membosankan kalau kita terlalu minat dengan benda tu. Pelbagai benda sebenarnya yang boleh kita cipta daripada hasil gulungan kertas tersebut...cumanya rajin dengan tidak je kan...

Syukur alhamdulillah kerana saya diberi kepercayaan untuk membuat quilling alphabet dan number.

Pada awalnya rasa mcm "ehhh..boleh ke saya buat niii"... tapii seperti yang pernah saya katakan sebelum ini...saya suka mencabar diri saya sendiri... kalau tak cuba tak tahu kan... kalau dah cuba dan berusaha namun hasilnya kurang memuaskan..saya terima seadanya.

Jenuh jugaklah saya google mencari bahan dan sesuatu yang boleh dijadikan contoh... namun segala bagai contoh yang ada dalam en google tu semuanya macam dah master dan PHD jee... saya ni baru nak pra je punn... hehehee... tapii tak pe... just tgk dan teliti mcm mana depe tu buat.

Agak lama juga saya mencari mood untuk memulakannya [tak caya tanyalah orang yang menempah tu...] sabar je la kan... ikut mood bukan ikut permintaan orang yang menempah.... hehehehee....[sorry tauuu...sebab ini pertama kali buat...jadinya... kena ambik mood betoi-betoii barulah hasilnya menarik...]

Bila mood rajin dah sampai...saya pun buatlah step by step dengan penuh teliti. Bila satu step dah berjaya dan menjadi..dengan perasaan gembira saya pergi ke step seterusnya dan seterusnya...dan sehinggalah ianya menjadi satu alphabet yang berbentuk "S" dan number "5" seperti yang diminta oleh pelanggan saya.

Type: Number Quilling
Size: A4
Background Color: White Pearl
Decoration color: White























Hasil kerja saya untuk number berbentuk 5

Pelanggan meminta untuk menggunakan color hitam dan putih. Bila saya membuat draft.. ternyata ianya sangat-sangat lah plain.. so..sudah pastinya..kalau tak cantik kat mata saya....mestilah orang lain pun akan kata tak cantik kan... apa lagii....saya menambahkan color merah ditengah2 color putih... selalunya..apabila kita menggunakan color hitam sebagai backgroundnya...color2 striking memang sangat sesuai untuk menyerlahkan lagi hasil kerja sesuatu even kalau kita berpakaian pun...perlu ada color yang contra bagi menyerlahkan lagi penampilan.....tak delah bila kita pakai baju hitam...tudung hitam..kasut pun hitam....dah nampak mcm burung gagak la pulak kan.... so..contrakan dengan color merah umpamanya..dan kasut merah..soo..kita akan nampak terserlah disitu...[wahhhh dah mcm pakar fesyen le pulak... tapii kalau bercorak...tu lain citee okeh....] Merah adalah color yang terserlah yang akan mencantikkan lagi sesuatu hasil kerja kita. dan ternyata...ianya tidak menghampakan... memang sesuai.


Type: Alphabet Quilling
Size: A4
Background Color: white
Decoration color: black















Ni alphabet berbentuk "S" seperti yang diminta oleh customer saya.

Nampak macam mudah je cara pembuatannya..tetapi sebenarnya memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi untuk orang yang kurang sabar macam saya ni. Part yang paling susah adalah ketika nak gam quilling tu... Haiyooo...sangat2 la kan....kena sangat teliti... Namun..minat punya pasal.... boleh je kannn.... hehehee....

Seperti decoration color putih tadi... saya juga meletakkan bunga quilling bewarna merah bagi menyerlahkan lagi hasil kerja tangan saya ni supaya ianya lebih menarik dan kelihatan cantik.





Alhamdulillah..inilah hasil 5S dari hasil kerja tangan saya untuk memenuhi permintaan pelanggan saya. Syukur kerana lebih menggembirakan saya...pelanggan saya berpuas hati dengan hasil kerja saya.

Jutaan terima kasih kepada pelanggan yang menempah quilling dengan saya serta memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Mana yang terkurang tu saya mohon jutaan kemaafan dan akan cuba untuk memperbaikinya menjadi lebih baik dan kemas dimasa akan datang.




Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Friday, November 8, 2013

RAINBOW QUILLING CARD AND BOOKMARKS

Hari ni dah terlebih rajin nak update blog ni dengan hasil kerja tangan saya.

Sebenarnya..inilah salah satu cara saya mengatasi stress... Bila gulung2 kertas buat bentuk bunga..daun..gunting sana sini...gam dan sewaktu dengannya...terus rasa macam bahagia sangat dengan dunia sendiri. [dah mcm mereng je ayat nih.... hehehee...]. Hakikatnya... saya memang suka sangat2 buat benda alah niii..... Bila terhasilnya sesuatu yang cantikk... seolah benda tu boleh merangsang minda untuk buat lagi dan lagii... terus jadi seronok tak hingat dunia...ada pulak yang menempah...so.. ianya terus merangsang minda untuk membuat sesuatu yang lebih menarik...

Saya suka mencabar diri saya untuk mencuba..kalau orang lain boleh buat lebih cantik dari saya...pastinya saya pun boleh kan... syukur dengan anugerah Ilahi....

Ok..kali ni saya nak share kan hasil kerja saya..tempahan dari customer saya. Kad dan bookmarks....



Kad ni request dari customer saya...[custom made]. Customer rangka sendiri bentuk macam mana nak susun bunga dan customer memilih sendiri color yang disukainya.

Kali ni customer saya suka pada warna pelangi. Gigih la makcik nih menyambung nyambungkan color supaya ada tujuh kesemua color pelangi. Saya mencorak dan membentuk serta menyusun mengikut permintaan pelanggan.













Alhamdulillah..hasilnya tidaklah menghampakan. Sekali lagii saya boleh menghembus nafas lega apabila customer memberi respond yang sangat menggembirakan. Cantik katanya.... [memang mata saya tgk pun cantikk]. Syukur dan lega kerana ini kali pertama saya membuat bunga quilling ini dengan kombinasi 7 warna pelangi [pada bunga yang besar].

Selain card, customer juga menempah 2 bookmarks untuk sahabatnya.





Customer saya ni suka sangat dengan color pelangi... tapii secara jujurnya...memang cantik bila dah dilekatkan ke kertas untuk card dan bookmarks ni... nampak ceria kan....

















 
Kad dan bookmarks sedia dihantar kepada pelanggan saya.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat card dan bookmark nih.. ;))

Sesiapa yang berminat..bolehlah emailkan kepada saya: alia1602@yahoo.com






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))