Saturday, November 23, 2013

ALPHABET QUILLING (F)

Assalammualaikum...mulakan hari yang indah ini dengan penuh rasa syukur kepadaNya.

Hari ni sekali lagi saya nak share hasil kerja tangan saya...tempahan daripada sahabat saya. Katanya nak huruf "F"...

Type: Alphabet Quilling
Size: A4
Background Color: White Pearl
Decoration color: purple and pink



Sahabat saya ni memilih huruf "F" untuk dihadiahkan kepada seseorang katanya. Tak pasti la sesiapa. Siapa pun dia..yang pasti..saya tetap akan membuat yang terbaik untuknya.

Kombinasi warna dipilih oleh sahabat saya sendiri iaitu pink dan purple.. memang sangat sesuai dan cantik. Saya padankan dengan background paper yang terang untuk menyerlahkan color purple yang agak gelap.

Seperti biasa..ketelitian yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan sesuatu yang cantik dan berkualiti. Cuma saya tidak menerima tempahan sekali dengan frame. Memandangkan saya agak sukar untuk bergerak ke sana dan kemari yang hanya ada masa di hari sabtu atau ahad...jadinya..saya tidak boleh menerima sekali tempahan bersama dengan frame... InshaaAllah..jika diberi kesempatan dan kelapangan..mungkin satu hari nanti saya juga akan turut mengambil tempahan beserta dengan frame. Kalau diletakkan hasil ini di dalam frame yang ditempah khas..pastinya akan lagi menyerlah dan kelihatan cantik.





































Syukur kerana respond yang diberikan sangat sangatlah melegakan hati saya. Sahabat saya tu sukaa dan cantikk katanya.... Alhamdulillah...bila menerima respond yang positif dari sahabat sendiri..terasa lebih yakin unuk mencuba yang lebih menarik...

InshaaAllah..saya akan cuba dari semasa ke semasa untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik lagi..

 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment