Friday, November 8, 2013

RAINBOW QUILLING CARD AND BOOKMARKS

Hari ni dah terlebih rajin nak update blog ni dengan hasil kerja tangan saya.

Sebenarnya..inilah salah satu cara saya mengatasi stress... Bila gulung2 kertas buat bentuk bunga..daun..gunting sana sini...gam dan sewaktu dengannya...terus rasa macam bahagia sangat dengan dunia sendiri. [dah mcm mereng je ayat nih.... hehehee...]. Hakikatnya... saya memang suka sangat2 buat benda alah niii..... Bila terhasilnya sesuatu yang cantikk... seolah benda tu boleh merangsang minda untuk buat lagi dan lagii... terus jadi seronok tak hingat dunia...ada pulak yang menempah...so.. ianya terus merangsang minda untuk membuat sesuatu yang lebih menarik...

Saya suka mencabar diri saya untuk mencuba..kalau orang lain boleh buat lebih cantik dari saya...pastinya saya pun boleh kan... syukur dengan anugerah Ilahi....

Ok..kali ni saya nak share kan hasil kerja saya..tempahan dari customer saya. Kad dan bookmarks....



Kad ni request dari customer saya...[custom made]. Customer rangka sendiri bentuk macam mana nak susun bunga dan customer memilih sendiri color yang disukainya.

Kali ni customer saya suka pada warna pelangi. Gigih la makcik nih menyambung nyambungkan color supaya ada tujuh kesemua color pelangi. Saya mencorak dan membentuk serta menyusun mengikut permintaan pelanggan.













Alhamdulillah..hasilnya tidaklah menghampakan. Sekali lagii saya boleh menghembus nafas lega apabila customer memberi respond yang sangat menggembirakan. Cantik katanya.... [memang mata saya tgk pun cantikk]. Syukur dan lega kerana ini kali pertama saya membuat bunga quilling ini dengan kombinasi 7 warna pelangi [pada bunga yang besar].

Selain card, customer juga menempah 2 bookmarks untuk sahabatnya.





Customer saya ni suka sangat dengan color pelangi... tapii secara jujurnya...memang cantik bila dah dilekatkan ke kertas untuk card dan bookmarks ni... nampak ceria kan....

















 
Kad dan bookmarks sedia dihantar kepada pelanggan saya.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membuat card dan bookmark nih.. ;))

Sesiapa yang berminat..bolehlah emailkan kepada saya: alia1602@yahoo.com






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

No comments:

Post a Comment