Wednesday, November 11, 2015

LUNCH @ CELADON ROYAL THAI CUISINE PAVILION

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Ni special entry untuk lunch kitaorang masa ke KL yang diceritakan di post sebelum ni:
 Simple Gathering With Cousins

On the way dari KL Central, kami berbincang dalam kete nak makan kat mana...dan akhirnya kata putus nya....abang saya bawak kami ni semua makan di Celadon Royal Thai Cuisine Pavilion.

Restaurant ni sangat eksklusif yang menyediakan hidangan2 makanan Thailand.
Selain itu, ianya berkonsepkan bar dan cafe sama macam di Chilli's, Victoria Station dan sebagainya.

Yang pastinya, penyediaan makanannya adalah dari sumber yang halal kata abang saya yang dah beberapa kali ke Restaurant nih.... gamaknya dia dah buat penyelidikan dulu kot....tu yang bawak kitaorang ke sini dengan penuh yakin nya........InshaaAllah....

Jom tengok gambar2 yang sempat saya ambil.

Sebenarnya....memang agak ramai jugaklah orang yang lunch disini..... so..saya nak ambik gambar lebih2 pun sebenarnya segan jugak kan.....

Yang buat pesanan....abang dengan kakak saya....saya cuma order air minuman dan dessert sahaja.


 
Dipintu masuk, kami disambut oleh seorang penyambut tetamu wanita yang sangat sopan tutur katanya dan terus membawa kami ke tempat duduk. Sebelum tu dia tanya berapa orang....dan bagi kami memilih sendiri tempat duduk yang kami rasa selesa.



Kami ambik tempat di bahagian tepi yang agak selesa juga untuk kami bersembang.




Oleh kerana suasana dalam restoran ni macam gelap sikit......jadi kebanyakkan gambar pun macam kelam jugakkk.......hehehe...



Susunan cushion yang bewarna warni...menarik...

Ni yang tulis dalam menu.....dan harganya juga agak berpatutan.


Coconut shake yang sangat sedap.

Tom yum seafood...order 2 set
Kalau ke sini wajib order tom yam nih...
memang sangat2 terbaik... bagi sesiapa yang gemar pedas....
yang ni sangat2 recommended...rasa tom yam original dari Thailand... =))


Beef in sizzling hot plate
Hidangan ni abang saya order 2 set
masa ianya dihantar ke meja...
memang boleh dengar daging2 ni mengelegak di dalam hot plate ni
dan mengeluarkan aroma bau yang sangat menyelerakan.....
yang ni pun wajib cuba...
memang sangat sedap dan terbaik....
Dagingnya sangat lembut dan dicicah dengan air asam yang sangat awesome....
Hancur diet.....uwaaa....

Ikan siakap masak sambal.... tak silap saya.
atau dalam bahasa thailand nya
Pla Gao Preaw wann
Juga sangat sedap...


Kerabu mangga yang juga sangat spicy dan sedap...boleh di makan macam tu je....bagi penggemar sayur ulaman macam kitaorang yang berada disekeliling meja tu....hehehe....

Coconut shake ini memang saya recommended.....
Nama di menu
Ice blanded coconut juice...
Tapiii kita panggil coconut shake la ye.... hehee
sangat2 sedap.... kalau dah rasa sekali....
harus nak lagi...


Ini dessert pilihan saya.
Namanya water chestnut and jackfruit
dimakan dengan isi kelapa muda...memang sangat2 terbaik...
Menghayati betul saya makan dessert nih....
Tak pernah2 habis.... saya boleh habiskan....


Ni pilihan kakak saya, sepupu dan abang saya.
Sticky Rice with manggo...
senang bahasa kita....
pulut mangga...
juga sangat terbaik...
rasa lemak yang cukup...dan kemanisan semulajadi mangga tu
menambahkan lagi kelazatan pencuci mulut ini....


Untuk kesemua sekali hidangan lunch kami beharga RM520.00.



Kata abang saya...ianya berpatutan dengan tempat, suasana dan hidangan yang disediakan...
sangat2 berbaloi....katanya.....yaaa...saya setuju.....hehehe....


Secara keseluruhan....makanan disini sangat yammylicious....



Baiklah...Celadon Royal Thai Cuisine
yang kami pergi ni
terletak di

Lot 6-37,
Level 6, Pavilion KL
Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur

Tel: 03-21488708





Selamat mencuba =))










Terima kasih kerana membaca entry ini =))

4 comments: