Thursday, January 21, 2016

QUILLING TQ TAG

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.
Hari ni nak share tentang tempahan quilling saya.

Alhamdulillah....awal Bulan Januari....saya menerima tempahan TQ tag dari seorang kakak ni.
Memula ingatkan nak suruh buat kad jemputan untuk Majlis Kesyukuran atas kelahiran cucu sulungnya.
Bila dah tanya itu dan ini...rupanya kakak tu nak letak as tagging kat door gift untuk tetamu2 VIP katanya. Tema color untuk goodies atau door gift adalah purple.


Memula saya buat beberapa ayat yang sesuai untuk diletakkan di kad tersebut. Ada beberapa contoh ayat yang saya sediakan untuk kakak tu pilih dan kakak tu pilih ayat diatas ni.

Kad / TQ tag ini berukuran 9cm x 13.4cm
dan bertemakan bunga bewarna purple.


Kad yang dah siap di print dan di potong.
Part ni...en suami yang tolong saya buat.....hehehe...tq suami.


color ni nampak agak berbeza sikit sebab pencahayaan....







First step...saya akan matchingkan color2 yang sepadan yang nampak cantik dan sesuai di mata saya.

Mula-mula saya akan buat beberapa sample untuk menampakkan keadaan kad itu bila digabungkan dengan beberapa combination color...
color utama harulah purple.
 
Saya akan siapkan beberapa keping kad untuk saya menilai mana yang cantik kalau diletakkan dengan beberapa cara.

Oleh kerana cucu kakak tu adalah cucu lelaki...saya cuba match kan color biru dan purple... dan kemudian....saya cuba gabungkan purple kuat dan purple perlahan....dan akhirnya yang menjadi pilihan saya adalah purple kuat dan purple perlahan....hehehehe..

Bila dah dapat combination color yang sesuai...barulah diteruskan dengan menggulung kertas dan buat banyak2....Nak siapkan bunga besar dan kecil....mengambil masa beberapa hari jugaklah.....

Bila dah siap bunga2an yang berwarna purple.....nampak sangat cantik dan teruja sangat nak lekatkan kat atas kad.



Alhamdulillah....terhasillah kad goodies atau door gift.
Sizenya agak besar sedikit sebab katanya door gift nya pun berukuran agak besar.
So...kita ikut sahaja permintaan pelanggan ya....hehehe....







Jumlah tempahannya adalah 60 keping dan untuk 60 keping TQ tag semuanya bewarna purple pekat dan perlahan.





Dan untuk 4 keping card extra...saya bagi color biru dan purple nih











Alhamdulillah..... berjaya siapkan lebih awal dari sepatutnya.



Saya serahkan kad2 nih kepada kakak tu....dan syukur sangat2.... beliau sangat menyukainya.... saya pun tak sempat dan tak tahu bagaimana tq tag ini diletakkan di goodies atau door gift sebab saya tidak dapat hadir ke kenduri kesyukuran tersebut.

Yang pasti.... lepas nih ada lagi yang perlu saya siapkan untuk kenduri aqiqah pula...ehhh baby lagiii....hehehe.....alhamdulillah.....








Terima kasih kerana membaca entry ini =))






3 comments: