Tuesday, January 9, 2018

SANDWICH TUNA TELUR

Hye uolls...
Sapa peminat sandwich kat sini sepp sikit.....


Saya dan suami ni antara peminat sandwich. Tapiiii pastikan sandwich tu rasanya sedap dan nampak menyelerakan ok.....

Dua tiga minggu sudah ada kelapangan dan kerajinan....kebetulan masa tu keluar dengan en suami ber window shopping.....terus teringat nak buat sandwich...sebab dah jemu asyik melantak nasi je kannn.....so..sesekali kita try makanan simple semacam itu.....

Apalagii.....terus la kita membeli bahan2 simple untuk buat sandwich...sekali beli barang....berkali kali boleh digunakan....jimat sangat....=)))
Ok...ni antara bahan yang saya beli untuk buat sandwich nih.... yang tular sekarang ni... sandwich telur yang dicampur mayonis..... tapiii ikut kerajinan dan bajet sendirilah nak tambah apa kat dalam bancuhan sandwich tu.....so...saya guna tuna yang pedas tu dengan telur rebus....

Rasa dia tidak mengecewakan..... wajib cuba....sangat sangat2 sedap...
dah la senang nak buat.....lepas ni confirm saya akan buat berkali kali....


Antara bahan2 campak2 saya...

Bahan-bahan
[Tanpa ada sukatan]

Bahan untuk bancuhan sandwich

Tuna pedas
Telur rebus - saya guna 3 biji
Mayonis
Lada hitam
Lada Putih
Secubit garam
Sedikit perahan lemon


Roti gardenia
Butter - digunakan untuk sapu pada roti
Tomato
Salad
Cheese
Bawang / timun - kalau nak taruh boleh, tak nak taruh pun tak pe


Telur rebus tadi, dilenyekkan di dalam mangkuk


Masukkan tuna pedas....saya buang cili2 dia.


Masukkan mayonis, lada hitam dan lada putih


Gaul sekali dan taruhlah sedikit garam


Last sekali, masukkan sedikit perahan lemon....kalau tak taruh pun tak pe....


Penyediaannya

Sapukan butter di atas roti
Letakkan bancuhan sandwich tuna telur tadi
letakkan Salad dan hirisan tomato atau segala mak nenek sayur yang korang nak taruh lah....letakkan cheese...letak roti lagi satu lapisan...... then belahkan dua....siap....


Hasilnya di pinggan saya...


sedap ya amat.....tapiiiiiii.....maafkanlah pada presentation yang ala kadar je tu [tepi roti pun kakak tak potong hehehee..] yang penting sedap dan sesuai dikala waktu2 kemalasan....






Selamat mencuba....







Terima kasih kerana membaca entry ini!


2 comments: