Assalammualaikum dan salam kasih sayang sahabat kecintaan Ilahi.
28.12.2017
Hari ni birthday mak saya yang ke 70 tahun.
Alhamdulillah.... dengan usia sebegini....seorang mak masih kuat kederatnya untuk melakukan tugasan2 harian di rumah.
Ujian demi ujian Allah berikan padanya....namun beliau kuat dalam menempuh setiap getir ujian tersebut.
Saya tidak pernah ceritakan bagaimana liku2 perjalanan seorang yang bernama emak yang saya tuturkan setiap hari....
Emak pernah mengalami kemalangan teruk pada tahun 1992 dan kemalangan itu hampir meragut nyawa emak dan bapa saya....
Bagaimana ketika itu kami adik beradik struggle untuk satu kehidupan yang kami kecapi sekarang.
Dan bertitik tolak dari situ......saya belajar berdikari..... tahu buat semua kerja rumah....pergi ke pasar sendirian, tahu masak dan banyak perkara yang saya tahu buat ketika usia 12 tahun....
Biarlah ujian itu menjadi kenangan penuh bermakna dalam hidup kami sekeluarga...... yang pasti bertitik tolak dari itu...ujian itu menjadikan kami manusia yang menghargai dan bertanggungjawab pada kedua ibu dan bapa.
Semua orang ada kisah sedih....semua orang ada kisah yang memberi pengalaman dan pengajaran.....dan saya percaya..... pengalaman2 itu banyak mengajar kita untuk jadi lebih baik kini dan akan datang. Semoga ianya diteruskan dengan kebaikkan demi kebaikkan.....
Mungkin saya hanya berkongsi cerita di blog kesayangan bagaimana seorang mak yang ketika itu berusia hampir 65 tahun berjaya melawan arus ujian yang berat dimana beliau terpaksa menjalani pembedahan bypass....dan pada ketika itu....saya terfikir sejenak....jika saya di tempat emak...adakah saya mampu untuk menghadapi ujian getir itu......tapiiii kelihatan wajahnya amat tenang dan redha.....dan kerana redhanya itu....Allah mempermudahkan segala urusan...bukan sekadar urusan emak....tetapi...Allah lancarkan segala urusan kami adik beradik dalam menjaga emak.....
Sekali lagi Allah menguji emak dengan cyst pada pertengahan tahun ni. Dan sekali lagi major operation dilakukan pada tubuh badan mak..... hati bagai tersiat2 apabila melihat kesan2 pembedahan di tubuh badan emak..... [kesan jahitan2 akibat kemalangan di kaki dan tangan, kesan jahitan daripada pembedahan bypass dan terkini....kesan jahitan pembedahan cyst] masa tu terdetik di hati saya.... Allah menguji emak dengan banyak perkara termasuk yang memberi kesan2 tersebut....namun masih kelihatan wajah tenang emak tanpa merungut...tanpa mengaduh sakit......sedangkan saya....Allah uji sedikit.....saya dah menangis.....aduhaiiiii kuatnya seorang yang bernama emak!
Emak seorang yang akan menenangkan anaknya walau ketika itu hatinya turut gusar... Emak yang selalu memberi positive vibes pada anak2nya dan selalu mengajar untuk memandang pada sisi kebaikkan dan kelebihan seseorang dan menjadikan sisi kelebihan dan kebaikkan itu sebagai contoh ikutan yang bermanfaat..... selalu berpesan pada kami semua.....jaga hati....bersihkan hati......sehingga kini walau semua anak2nya dah berkeluarga..... walau ketika sedang terlantar sakit tiub wayar di sana sini....walau ketika saat saat untuk di tolak masuk ke operation room.....emak masih sempat berpesan yang baik2 pada kami adik beradik......
Ni pertama kali saya meluahkan tentang seorang mak....walau sehingga kini saya tidak berkesempatan menjadi seorang emak....namun....doa emak saya senantiasa ada untuk saya.....beliaulah yang banyakkkkk memberi kata2 semangat kepada saya sehingga saya mampu berdiri hari ini sebagai seorang isteri tanpa zuriat......dan setiap persoalan diajukan kepadanya tentang saya dan zuriat....beliaulah insan yang akan menjawabnya dengan ayat2 yg positif.....antara kata-katanya....rezeki Allah itu sangat luas....bukan hanya sekadar anak.....menjaga kedua ibu dan bapa itu juga rezeki......alhamdulillah.....saya dapat nikmat rezeki itu......
Walau emak saya tidak mungkin membaca blog ni.....namun....saya tetap nak ucapkan....terima kasih kepada emak saya atas setiap pengorbanannya pada kami adik beradik....
Masa ni...saya bagi surprise kat mak...terus bawa mak ke butik SK nih.....mmg mak nak beli tudung kat situ kebetulannyalah......so...masa ni terus minta mak pilih telekung mana yang mak suka.....terniat terus nak bagi telekung ni sebagai hadiah birthday.....tapi saya bagi awallah dari tarikh sebenarnya hari nih...... terus sebelum nak masuk kete....mak request nak ambik gambar ni...kemain tauuu.....hehehe...[walau di depan kedai.....tapiii itulah best moment bila setiap kali melihat senyuman seorang emak...]
Walau macam mana sekalipun.........
Hadiah teristimewa anak kepada kedua ibu dan bapanya adalah anak soleh dan solehah yang akan menadah tangan dan berdoa memohon pada Ilahi akan kesejahteraan kedua ibu dan bapanya dan memohon untuk sama2 melangkah masuk ke dalam syurgaNya.....Allahumma aminnn...
Selamat hari lahir buat emak tersayang yang ke 70 tahun.....Doakan emak saya diberi kesihatan yang baik dan senantiasa berada dalam pelukkan kasih sayangNya di dunia dan di akhirat.....Allahumma aminnn.....
Sayang emak sampai syurgaaa......

Terima kasih kerana membaca entry ini!
No comments:
Post a Comment