Friday, November 8, 2013

NEW BORN QUILLING CARD FOR MY DEAR FRIEND

Kali ni entry quilling kad new born yang saya buat special untuk sahabat baik saya yang baru sahaja melahirkan seorang baby comel lelaki. Syukur alhamdulillah. Ini anaknya yang ketiga. Soo..saya tumpang gembira je....



Oleh kerana sahabat saya tu mendapat baby boy... jadinya saya pun secara automatik memilih color biru kerana selalunya baby lelaki sinonim dengan color biru dan baby girl sinonim dengan color pink.





Oh.....guna tulisan saya yang ehemmmehemmm tuu....ahahahaa.....









Comel je bila tgk hasil tapak kaki kecil baby dari kertas ni. Dan ternyata sahabat saya gembira menerima pemberian tak seberapa ni.

Yang penting..semua hasil dari kerja tangan dan jari jemari saya ni saya akan lakukan dengan penuh kasih sayang supaya si penerima pun akan berpuas hati dan rasa gembira apabila menerima hasil kerja tangan saya ni....





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

QUILLING FLOWER FRAME [TEMPAHAN DARI MY DEAR FRIENDS]

Assalammualaikum dan salam jumaat yang penuh rahmat...salam ceria..salam penuh kasih sayang.
Alhamdulillah...permulaan hari yang sangat indah...sekali lagi perjalanan saya ditemani oleh titisan hujan rahmat yang mendamaikan minda.

Dari sehari ke sehari saya nak sangat2 masukkan gambar-gambar hasil quilling saya....alhamdulillah...hari ni di beri kesempatan untuknya.

Sejujurnya... hari-hari saya agak sibuk dengan tugasan harian dan membuat tempahan quilling serta cookies. Syukur alhamdulillah..rezeki kurniaan Ilahi... ;)))

Ini antara frame yang ditempah oleh sahabat-sahabat saya dan ini juga percubaan pertama saya.....

First sekali adik saya Safinas membuat tempahan untuk combination color hijau....katanya..buatlah macam-macam mananya pun...janji cantik...yang penting nak color hijau kete savvy.

Sememangnya saya tak pernah buat frame apatah lagii nak letakkan kelopak2 bunga tu diatas frame gambar. Namun saya suka mencabar diri saya sendiri agar berani mencuba..kalau tak cuba tak tahu kan... soo..apa salahnya kita cuba dan tengok hasilnya.

Gigih la saya memadankan kombinasi color yang sesuai dan akhirnya terhasillah frame gambar ini. Dan bila diberi kepada Safinas... Alhamdulillah..dia suka.

Frame yang sama juga ditempah oleh sahabat saya Liana. Syukur alhamdulillah... frame ini telahpun sampai ke penerimanya. Bukan untuk mereka..tetapi mereka tempah untuk dihadiahkan kepada sahabat mereka. Dan hasilnya...sangatlah membanggakan diri sendiri...hehehee.... Tak sia-sia kita mencuba kan.... ;))))

Frame: Size 4R 
[ikut pada permintaan & stock frame - sebab saya guna frame yang ready made yang jual kat kedai utk jaminan kualiti yang baikkk.....frame jugak tidak semestinya frame yang sama....ikut pada permintaan...kadang2 frame yang kita nak tu tak ada....al maklumlah...bukan pasaran kita kannn...pasaran diaorang.....hehehee.......w/macam mana pun.....saya akan pastikan frame yang saya guna berkualiti ok.....]

Frame color: White Pearl

Color: Hijau tua dan Hijau pucuk Pisang 
[color juga bergantung kepada permintaan..... kadang2 color yang biasa kita guna tu....tak ada...atau kehabisan stock....sooo...kena tukar color lain....]

Requested by customer, nak butterfly dengan apa2 color pun. So..saya padankan dengan color purple



Kombinasi color hijau pekat dan hijau pucuk pisang dan dinaikkan dengan seri rama-rama bewarna purple.



setakat ni saya hanya tahu membuat bunga bercorak ini sahaja. InshaaAllah..akan belajar corak bunga yang baru [jika ada kesempatan]










Sahabat sepejabat juga turut menempah frame yang sama tetapi color frame yang berbeza.

Frame: Size 4R
Frame color: Black
Color: Red and Pink

Kali ni customer menyerahkan kepada tuan tanah untuk memilih sendiri kepada saya untuk memilih color yang sesuai untuk dipadankan ke frame yang color hitam tu. So..si tuan tanah ni memilih combinasi color seperti di dalam gambar.



Saya memilih color merah dan pink kerana selalunya warna merah akan terserlah jika dipadankan dengan hitam. Oleh kerana frame bewarna hitam... saya perlu memilih color yang terang bagi menyerlahkan lagi bunga quilling. Dan ternyata hasilnya tidaklah menghampkan saya dan pelanggan saya.




 
 Butterfly bewarna biru. Kenapa biru? Ehhh..suka hati saya lah nak taruh warna apa pun kannn... hehehe..

Sebenarnya...color biru ini menaikkan lagi color2 yang ada disekelilingnya. Warna merah dan pink dah sweet dah... tapii...sepastinya..saya tidak akan menggunakan color yang sama untuk hiasan sampingan.

Soo... butterfly biru itu sebenarnya penyeri kepada frame gambar ini.







Syukur alhamdulillah... pelanggan saya merangkap sahabat sepejabat saya ni sangat berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya nih. Sebenarnya... frame ni dia nak hadiahkan kepada isterinya yang tercinta.

Tiba-tiba rasa bangga pulak apabila hasil tangan kita diberi darjat sebagai hadiah istimewa kepada insan yang tersayang. Apa2 pun syukur alhamdulillah kerana mereka juga menyokong saya dalam menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Terima kasih sangat2 kepada yang menempah frame dengan saya. InshaaAllah..dari semasa ke semasa saya akan memperbaiki lagi segala kelemahan dan akan cuba mencari idea yang terkini bagi menghasilkan sesuatu yang bukan sahaja cantik...tetapi berkualiti dan disayangi. InshaaAllah.

Lebih membahagiakan..apabila reaksi mereka tidak menghampakan. Syukur padaMu Ya Allah...permulaan yang indah bagi saya dalam dunia quilling nih...

Bagi yang ingin menempah..bolehlah menghantar email kepada saya : alia1602@yahoo.com

;))))





Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Monday, August 26, 2013

KAD RAYA FOR MAMA AND HUBBY

Hari ni saya nak update pasal kad-kad raya yang saya buat khas untuk mama [ibu mertuaku] dan en suami.

Tema yang sama iaitu ketupat...[nak buat mcm mana kan...tu je yang tahu...hehehee....]. Jom kita layan gambar ye...











Alhamdulillah...mama call inform kata kad yang cantik dah sampai......... 
[terus menantu tersenyum simpul....] =))) 


Ok.. terlanjur saya buat kad untuk mama... sepastinya...saya akan buatkan kad khas untuk boyfriend saya kan. Temanya masih sama berkonsepkan ketupat..yang membezakannya adalah warnanya sahaja.

Oleh kerana boyfriend saya tu sangat sukakan color black n white...[hitam putih kehidupan...hehehe].. jadi... saya harus lah mengikut warna kesukaannya. Ketupat hitam putih...Bila sekali pandang..nampak mcm ok je kan.... macam papan chess.....

Dah siap semuanya...nak dijadikan cerita..konon2 nak bg surprise la kat boyfriend saya tu..so...address la kat office dia... Memang dia tak tahupun saya buat kad raya untuk dia kan...

Bila mama call bgtahu kata kad dah sampai... excited sangat...dan rasa mcm ehh..cepatnya...semalam pos..hari ni dah sampai...PJ pulak tu...yang kat satu negeri dan daerah ni senyapp je...saya jadi pelik la 100x. Tengok en boyfriend saya tu relax je...senyapp je..tak ada reaksi... Jadi..dengan keterpaksaan..saya pun bertanyalah...

"awak ada dapat surat apa2 tak?"

"tak...kenapa..ada surat penting ke utk saya..." [dia pulak tanya kita kan...]

Dengan keterpaksaan....masa sembang2 dengan mama dalam phone..en suami tu ada kat sebelah kan... soo...terbuka la cerita... konon nak bg surprise..rupanya saya yang tersurprise...hahaha... kat office dia orang yang menerima surat tu cuti..so..kalau nak dapat apa2 surat atau kad...selepas raya la jawapannya.... hmmm... ok la kan...hopefully dapat...dan dia tahu saya dah bagi kad untuk dia...cuma dia tak tahu mcm mana rupa kad itu kan.... hehehe...



















Bila en suami dah terima kad ni...balik rumah..mukanya menyengih je...
Suke le tuuuu.....

Saya tersenyum macam kerang busuk...hehehe...=)))






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))








Monday, August 5, 2013

QUILLING -LATEST CARDS AND BOOKMARKS

Hye... rasanya dah lama tak update pasal my quilling... sebenarnya... memang saja suka2 je nak try buat quilling ni... tapiii akhirnya...menjadi hobby yang sangat2 best. Percaya atau tidak... saya akhirnya berjaya dapatkan paper Shredder..susah jugak la nak dapatkan mini paper shredder nih...dan ada sesetengahnya menjual dengan harga yang agak mahal jugak... tapiii.... akhirnya...atas usaha gigih en suami....tahu2 dah sampai je ke depan muka pintu rumah saya.....wahhhhh....sangat teruja...

Dan gigih jugaklah saya membuat quilling untuk memenuhi kehendak diri sendiri. Dalam kepala otak ni ligat nak bagi kat orang itu..orang ini...disana..disini...disinun......

Untuk kali ini....saya nak tunjukkan hasil kerja tangan saya untuk beberapa kad dan bookmark yang berjaya saya hasilkan...



kad-kad yang dihasilkan untuk sahabat2 saya









 
Kad yang saya hasilkan untuk tempahan eryn









Birthday card and bookmark untuk tempahan dari kawan saya eryn kepada sahabat dia... hopefully sahabat dia suka.. combination biru dan oren nih... =D







Anak saudara saya zara... mintak tolong saya buatkan kad utk birthday kawan dia... so..nak happykan dia... saya buatkan satu kad simple utk dia...

"kawan adikkk sukaaa....." 
seronok dengar bila dia bercerita... mulutnya pot pet pot pet...macam saya jugak kan...hehehe...










Special request dari sahabat merangkap adik - Putri utk diberi kepada sahabat dia... Bookmark..combination color pink and green... =D



Last but not least... buat untuk diri sendiri. combination color pink and purple.. dua-dua tu my favorite colors...

Okey...kita jumpa di entry yang akan datang ya... ada banyak lagi sebenarnya tapiii seakan2 sama je semuanyakan... hehehe.... =D






Terima kasih kerana membaca entry ini =)))