Thursday, September 28, 2017

TEMPAHAN QUILLING CARD - ANNIVERSARY CARD

Hye korang.

Kakak terima tempahan anniversary card dari my regular customer. Boleh katakan....every year adik ni tempah dengan kakak....

Permintaan kali ni nak color purple.
Ada lah adik ni bagi contoh kad yang dia nak....
Bestnya.... adik nih antara customer yang palinggggg tak cerewet.
Dia akan ikut je pendapat kakak asalkan hasilnya tu nanti nampak cantik.

Kakak akan ikut corak asal seperti yang diminta....
Cuma saya ubah dari segi bunga2annya.




First time cuba buat bunga nih......ehhhh menjadi pulak......
Kakak tgh belajar nak buat versi bunga yang lain......harap2 dapat memberi hasil yang terbaik untuk my lovely customer.....







Dan....kakak dapat siapkan tempahan seperti yang dijanjikan....
Seperti biasa...adik tu suka....alhamdulillah....
Happy anniversary buat adik comel dan suaminya...
Moga kekal bersama hingga ke jannah....Allahumma aminnn...


Terima kasih kerana membaca entry ini!

Wednesday, September 27, 2017

TEMPAHAN QUILLING BOOKMARK

Ok...beberapa bulan yang lepas.....saya dapat tempahan untuk 20 bookmark.
Permintaan daripada kawan seopis tetapi lain unit.

Memula kakak yang menempah tu minta saya buatkan kad birthday.
Untuk 20 keping kad...mungkin mengambil masa yang agak lama....
[Boleh buat....tapiii kena ambil masa yang lama nak fikir 20 corak yang bebeza. Kebetulan masa tu, saya agak sibuk jugaklah dengan hal2 kerja dan hal2 peribadi...so...agak berat jugak untuk cakap tak boleh buat.....but still nak cuba.....ehehehe]

At last...ntah macam mana...kakak tu ubah fikiran....katanya...cukup sekadar bookmark sahaja....soo..laju je lah saya buat memandangkan.....stok bookmark saya ada lah banyak jugak......

Laju tak laju lah..... ada lah beberapa minggu jugak...sebab kakak tu kata....
Tak pe..take your time.....so...ada masa keselesaan.....
Walau macam mana selesa sekalipun.....wajib siapkan tempahan seperti yang dijanjikan.

Alhamdulillah...dapat siapkan seperti yang dijanjikan...dan kakak bagi extra sekeping dua bookmark tu selain potongan harga....[sebab ambik banyak] dan kakak tu adalah regular customer saya yang paling tak cerewet.....=)))

Jom tengok hasilnya...






Plastik cover tu...beli kat daiso.....so...nampak kemas sikit kakak punya bookmark di dalam plastik tu.....hehee...

Alhamdulillah....akhirnya berjaya jugak siapkan tempahan...... tqqqqq kakak yang menempah...harap penerima bookmark tu...suka dengan hasil kerja tangan saya nih.....InshaaAllah...dilain masa...saya akan buat corak yang lain pulak untuk bookmark saya.....kena ambik sedikit masa untuk buat yang lain....sebab...masa kakak sangat limited lately niii....yang penting......tunggu meja kerja kakak kat mybaiti jannati siap sepenuhnya....baru lah ada feel nak buat benda2 baru nihhh.....=)))

Sementara ni....saya agak sibuk sikit jaga abah saya....so...masa banyak habis kat rumah mak saya....cuma sesekali je balik ke my baiti jannati........agak kelembapan sikit nak siapkan apa2 tempahan pun.....=)))

Kita jumpa di next entry pulak okeyyy....=)))


Terima kasih kerana membaca entry ini!

Tuesday, August 1, 2017

TEMPAHAN QUILLING KAD UNTUK HARI GURU

Hye uolls..

Hari ni kakak nak share tempahan kad quilling untuk teachers day yang dah lama terperam dalam folder komputer kakak...
Hari ni baru ada kesempatan.

Kakak dapat tempahan ni last minit.
Lagi beberapa hari nak ada sambutan hari guru kat sekolah anak hadik nih......baru beliau teringat nak tempah kad....

Ok..kakak sedaya upaya cuba memenuhi tempahan hadik nih.....owh ya.... adik nih jugak bakers yang berjaya ok...selalu jugaklah kakak order memacam makanan pada dia.....semuanya sedap ok....

Ok...berbalik pada tempahan...[kalau sebut pasal makan....kemain excited......ahahahaaa...]
Adik ni tempah 3 kad untuk guru anaknya.

Jenuh jugak memikir nak buat corak macam mana kat kad tu...yang simple but cantik katanya.....

Dan....alhamdulillah.....akhirnya...terhasillah 3 kad untuk hari guru.... 

Dibuat khas untuk 3 orang guru kesanyangan anak adik nih.

Kakak tolong tuliskan kat sampul sekali ok....



Kad pertama yang saya buat untuk guru kelas kesayang anaknya.
Saya pernah buat kad ni sebelum nih....
Kali ni kita guna tona yang lembut dan tambahkan butterfly kat situ bagi nampak lagi menarik....=)))



Kad ke 2 kakak buat bentuk LOVE... 
Bukan orang bercinta je boleh bagi love tau.....
Yang ni khas kakak buat love untuk cikgu kesayangan....
[dengan harapan agar cikgu dia suka la hendaknyaa.....=)))]



Yang ke 3
Kad bentuk LOVE jugak....=))
ada ladybird kat situuuu....
Simple je...

Harap2 cikgu cikgu yang menerima kad ni semuanya sukaaa......
Kata adik yang menempah tu...... beliau bagi sekali dengan brownies tak silap saya lah....
sweet sangat...=)))

Harap adik tu tak serik tempah kad dengan kakak lagiii....

Tq atas tempahan...nanti tempah lagi ok.... =)))






Terima kasih kerana membaca entry ini! 





Tuesday, July 25, 2017

QUILLING CARD - HARI RAYA KAD

Hola!

Hari ni kakak nak share kad hari raya yang kakak buat khas untuk mak dan pak mertua.
Ni je satu satunya kad raya yang kakak buat tahun nih. Itu pun untuk mama dan pakcik.



Memula sesaja cuba2 je nak buat bunga quilling tu.... sekali jadi daaa.....cantik le pulak tu [ehhhh].....

Lepas tu terus terfikir nak buat kad.

Kebetulan pulak, kakak terima banyak tempahan cookies. So...sekali harung kakak buatkan untuk mak mertua cookies tu....memang every year...kakak akan buatkan sebalang besar untuk mak kakak dan sebalang besar untuk mak mertua....

Ingatkan tahun ni tak berbuka puasa di KL...so...ingat nak pos sekali cookies dengan kad tu....

Aturan Allah itu juga yang sangat sempurna....kebetulan mak kakak buat major operation utk cyst.... terlanjur dah ke sana....haruslah singgah ke rumah mertua....kita bagi by hand....dan memang nampak terpancar wajah kegembiraan mak mertua menerima cookies dan kad raya.....

Pernah bagi sebelum ni kad....lepas tu skip...beberapa tahun lepas tu baru bagi....ni yang kedua.....hehehe....

Terus mak mertua kata...

"kad yang lia bagi dulu....baru je mama tengok balik semalam.....hari ni...dapat lagi kad dari lia......terima kasih...mama sukaa..... cantik sangat.....mama akan simpan elok2....."

ececeecee...terus menantu tersenyum riang....
Mak mertua kakak nih....dapat macam gitu pun dia sangat2 appreciate...buat kakak terharuuu sgt........dan...mak mertua dan bapa mertua saya antara peminat cookies & kek oren no 1 saya.....=)))

Jom tengok kad yang kakak buat khas untuk mertua kakak.


Memula buat bunga nih seketoi macam gini..... terasa macam cantik sangat..... kakak terus decide nak buat kad raya..... semangat sangat bila nampak benda cantik.....=)))








Dan inilah kejadian kad raya nih untuk mak dan pak mertua kakak.

Alhamdulillah...mereka suka...
Tanda ingatan anak menantu pada mereka...

"Selamat hari raya mak dan pak mertua....maaf zahir & batin....." 😘



Terima kasih kerana membaca entry ini!



Monday, July 24, 2017

PEMBEDAHAN PEMBUANGAN OVARIAN CYST

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.



Ubat ni sentiasa ada dengan mak saya dari selepas pembedahan hingga sehari selepas masuk ke wad biasa. Bila terasa sakit...mak akan picit satu punat disediakan dan ubat ni akan masuk terus ke dalam darah mak....
Doktor yang merawat emak....sangat2 friendly
Dannnnn cantikkk jugakkk....hehehe...

Hari ni saya nak share tentang penyakit yang dihidapi oleh emak saya yang menyebabkan kepada major operation pada bulan ramadhan baru ni.

Sejak beberapa bulan sebelum....[mungkin ini antara tanda2 / symptom]

Emak saya mengalami bengkak kaki yang amat menyakitkan. Sehingga saya dan kakak membawa emak ke Pantai Hospital Ipoh untuk rawatan. Pada awalnya...kita sangkakan gout..... bila di buat pemeriksaan darah dan beberapa prosedur oleh Doktor pakar, laporan menunjukkan emak saya tak ada gout dan cuma berlaku radang sendi dan urat saraf sahaja. Pemeriksaan ini dilakukan 2 kali [2 kali buat pemeriksaan darah] dan alhamdulillah.....result darah mak saya sangat baik mengikut kata doktor [sebab kami pegi ke pakar urat saraf dan sendi / gout]

Sebulan selepas itu, emak mengalami sakit perut semacam gastrik.
Keadaan mak menjadi teruk pada awal ramadhan. Namun semangat beliau kuat. Dalam keadaan macam tu pun...mak saya masih boleh mengikuti tadarus al quran anjuran penduduk setempat selain sembahyang sunat terawih sampai habis.

Bila balik tu....selalunya mengadu sakit perut dan sayalah yang akan urut perut mak...[urut perlahan lahan]. Masa ni memang tak tahu yang mak saya ada cyst. Tapiii itulah antara petanda yang ditunjukkan. Kami tak benarkan mak berpuasa sebab ingat gastrik....dan memang mak saya tak larat berpuasa kerana sakit yang amat sangat katanya.

Kebetulan kakak yang sulung balik untuk sambut awal ramadhan bersama.
Melihat keadaan mak yang tak berapa nak sihat tu.... akhirnya kakak saya bawa mak dan abah balik ke KL untuk rawatan di sana. Sebab...mak saya ni bukan sejenis yang suka duduk diam..... tambahan awal ramadhan.....memacam kerja dia nak buat...antaranya nak tanggalkan langsir lah....bersihkan laman laa....memacam laahhh....padahal...boleh je kalau nak upah orang....dan dah ada pun orang yang diupah tu.......hmmm....

Keadaan mak semakin teruk kerana sakit perutnya berpanjangan. Kakak saya membawa emak ke klinik dan Dr. mengesahkan ada ketumbuhan kat bahagian perut mak saya dan sarankan supaya membawa mak ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Esoknya, mak di bawa ke Pantai Hospital Pandan Indah untuk rawatan selanjutnya dari Dr yang memang pakar dalam sakit puan ni especially cyst.

Beberapa kaedah dilakukan untuk pemeriksaan, antaranya CT Scan dan beberapa prosedur lain. Disebabkan mak saya ada masalah jantung dan pernah buat bypass, jadi benda ni semua berkait antara satu sama lain. Mak saya juga perlu menjalani prosedur stress test. Di prosedur ini, mak saya gagal disebabkan kakinya yang tak berapa nak kuat, jadi Dr terpaksa membuat pemeriksaan lanjutan.

Mak saya juga perlu melakukan biopsy [prosedur untuk pemeriksaan kanser] bagi memastikan samaada ketumbuhan tersebut kanser atau hanya sekadar cyst yang mana di dalamnya ketumbuhan tersebut penuh dengan air....jadinya perlu di buang dengan kadar segera. Cyst tu berukuran 5 bulan baby dalam kandungan. [memang besar]. Emak saya tidak dibenarkan untuk banyak bergerak atau melakukan kerja2 berat.

3 hari result mak dah keluar, dan alhamdulillah, bukan cancer tetapi ketumbuhan/cyst...namun....selepas pembedahan dan setelah cyst dikeluarkan.....ianya akan di bawa juga ke makmal untuk memastikan yang ianya benar2 bukan cancer [procerdur biasa].

Pembedahan perlu segera dilakukan kerana bimbang cyst tu akan pecah. Tetapi disebabkan mak saya makan ubat jantung dan antara ubat yang mak saya ambil adalah ubat cair darah....setelah Dr berbincang dengan Pakar2 bius dan pakar jantung terutamanya, jadinya...mak saya dibenarkan untuk sementara stop ambil segala jenis ubat jantung selama seminggu. Dan sementara itu, Dr sarankan mak saya untuk memakai stoking khas [tak pasti la nama dia...tapi banyak ada kat pharmacy]...Tujuannya....untuk memastikan peredaran darah mak saya berjalan lancar.

16.06.2017 -Jumaat
Mak admitted untuk persediaan major operation esoknya.
Semuanya Dr jelaskan kepada abang dan kakak ipar saya.

Dr jelaskan, semua bahagian ovari dan cyst tu akan dibuang kesemuanya memandangkan faktor usia mak saya.
 Dan 2 hari selepas pembedahan, barulah mak saya dibenarkan untuk bangun. Semuanya kerana faktor usia - Ini semua dijelaskan oleh Dr sebelum melakukan pembedahan esoknya.

17.06.2017 - Sabtu

Seawal pagi - Sebelum masuk OT, kami adik beradik berkumpul di bilik mak. Sempat juga berbual ringkas dengan mak. Seperti biasa, wajah mak tenang je. Mungkin sebelum2 ni mak saya dah pernah menjalani pembedahan yang lebih teruk...maka...kali ni mak lebih redha dan tawakal.

Pada awalnya, pembedahan di jangka mengambil masa 6 jam.

Rezeki mak, Dr yang merawat emak meminta bantuan dari sahabatnya yang juga pakar serta berpengalaman dalam pembedahan pembungan cyst ni [yang sanggup datang dari Johor semata2 untuk pembedahan emak] untuk sama2 memabantu dalam pembedahan tersebut [Dr jelaskan kepada kami semua......salah satu sebab...ketumbuhan emak saya besar.... keduanya....faktor usia emak saya dan lebih utama, risiko ketika pembedahan kerana emak saya pengidap sakit jantung] Jadinya, pembedahan pembuangan cyst tu hanya berlangsung selama 2 jam setengah.

Alhamdulillah....Allah mudahkan segalanya....semuanya berjalan lancar dan keadaan mak pun stabil. Syukur sangat2.

Emak saya di letakkan di ICU untuk pemantauan.

15 minit lepas berada di ICU, mak saya dah sedar...alhamdulillah.....
kami bergilir2 masuk melihat keadaan mak.

Malam tu...mak dah sedar sepenuhnya dan dalam keadaan stabil.

Nurse menunjukkan cyst yang dikeluarkan tapi saya tak dibenarkan untuk tunjuk kat medium sosial nih.....cukup untuk keluarga je tengok..... memang besar...adoiyaiii....ngeri pulak tengoknya.... mak saya sendiri pun macam terkejut tgk ketumbuhan sebesar itu dalam perut dia.....alhamdulillah....dah di keluarkan pun....dan harap tak kena pada kita.....

18.06.2017 - Ahad

Pagi
Saya di benarkan masuk dan melihat keadaan mak yang semakin ok.
Katanya tengah hari tu dah boleh di tukarkan ke wad biasa.

Memang semangat mak saya kuat. Mak saya dah boleh bangun dan berjalan sambil dipimpin oleh nurse yang bertugas. Alhamdulillah.

Mungkin kerana semangat mak....dan tak ada patient pun dalam ICU tu melainkan mak saya sorang je....jadinya mak semacam disayangi oleh nurse2 tu....siap peluk2 mak lagi sebelum mak dipindahkan ke wad biasa....kata mereka....mak saya ni antara pesakit yang berumur tetapi sangat kuat semangat.

Tengah hari tu juga mak saya dipindahkan ke wad biasa.
Alhamdulillah...perkembangan mak sangat excellent.

Dr yang merawat hanya akan benarkan mak discharge pada hari Selasa untuk pastikan emak benar2 berada dalam keadaan yang sihat.

20.06.2017 - Selasa

Mak saya dibenarkan discharge dan akan ada rawatan susulan pada 23.06.2017 (Jumaat) 2 hari sebelum raya.

Mak saya tidak dibenarkan untuk makan pati ikan haruan atau gamat ke atau apa2 product yang dikeluarkan untuk penyembuhan segera pembedahan. Tidak dibenarkan juga untuk makan makanan yang menyebabkan kegatalan contohnya ayam, udang, sotong dan sebagainya.

Seperti biasa, mak hanya makan sayuran segar yang direbus dan ikan serta buah-buahan segar.

28.06.2017 - Rabu

Sebelum mak balik ke Ipoh, last appointment dgn Dr yang merawat emak.
Jahitan mak semuanya ok.

Sekali lagi Dr pesan supaya mak saya tidak mengambil pati ikan haruan atau gamat....menurut Doktor....ianya tidak baik untuk luka dalaman pembedahan dan ianya tidak disarankan langsung.
Dan result makmal untuk ketumbuhan yang dikeluarkan itu confirm bukan cancer. Alhamdulillah.

Selepas ini, rawatan susulan pada Disember 2017 dan setahun sekali perlu menjalani rawatan selanjutnya di hospital mengikut tarikh yang diberi.

Saya tidak arif sangat untuk memberi penjelasan kerana sepanjang prosedur dari awal, hanya kakak ipar, abang saya dan anak sedara yang sulung yang berjumpa Dr dan mendengar penjelasan doctor secara detail. Saya cuma menjaga emak hanya selepas pembedahan sehingga keadaan emak dah beransur pulih [luka jahitan pulih sepenuhnya manakala luka dalaman mungkin mengambil masa 2 bulan utk pulih sepenuhnya kerana faktor usia emak saya]

Perkara yang saya suka tentang Hospital Pantai Pandan Indah ni.

- Dekat dengan rumah abang dan kakak saya...5 minit dah sampai....so...senang nak ulang alik tak payah nak tempuh jem.

- Dr dan nurse yang semuanya sangat2 friendly

- Mungkin kerana tak ramai pesakit yang admitted, maka segalanya cepat.

- Di ICU hanya mak saya sorang je pesakit di dalamnya, jadi perhatian sepenuhnya tertumpu pada emak saya. Masa nak masuk dalam ICU juga diberi kelonggaran kerana emak sorang.....saya dan adik beradik adalah pelawat tetap =))) [tapiii tidak setiap hari dibenarkan masuk sesuka hati....masih mengikut prosedur jugakk...]

- Di wad juga, tidak dibenarkan untuk bermalam disitu, kerana nurse mampu memberi perhatian sepenuhnya terhadap pesakit.

Alhamdulillah..... Allah mudahkan segala-galanya urusan mak dan kami sekeluarga. Sungguh aturannya itu sangat sempurna....

Kos yang dikenakan secara keseluruhannya [sebab mak saya tak ada medical insurance jadi semuanya kena bayar cash] lebih kurang RM30k [termasuk rawatan CT Scan dan biopsy serta rawatan susulan].

Rawatan akhir, Doktor bagi percuma =)))
Dan emak saya diberi keutamaan...kerana patient yang baru melakukan pembedahan tidak dibenarkan duduk lelama.....[soo..kami memang tak tunggu lama untuk dapatkan rawatan Doctor....tqqqq doctor.....=)))]

Boleh rujuk di sini: Ovarian Cyst (Dr Zubaidi)
Boleh juga rujuk disini: Womens Health A-Z Topics Ovarian Cysts
Terima kasih kerana membaca entry ini!

Thursday, June 22, 2017

MACAM2 CERITA

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Sedar tak sedar...kita dah nak sampai ke penghujung Ramadhan dah. Cepat betul masa berlalu meninggalkan kita.

Dah nak penghujung Ramadhan ni.....ada banyak urusan2 yang nak diselesaikan......
Ya ampun...penatnya tuhan sajalah yang tahu......tak pe...semoga Allah gantikan kepenatan tu dengan sesuatu yang lebih baik....=)))

Dalam bulan Ramadhan ni....Sekali lagi Allah menguji kami sekeluarga.
Kita sambut ujian itu dengan hati yang redha. Alhamdulillah.....Allah menguji kerana DIA sayang....PASTI ada ganjaran yang lebih baik untuk setiap ujianNya itu....yakin dan terus yakin.....tambahan....Allah menguji dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.....jadi...jangan berhenti berdoa dan berharap pada DIA.....

Alhamdulillah kerana kami dapat menempuhi ujian itu dengan kesepakatan kami adik beradik.....

Kadang kala....dalam tawa...tersembunyi kedukaan yang sukar untuk di ceritakan..... ada orang suka bila melihat kita berduka......ada orang tak suka melihat kita gembira.....itu lumrah kehidupan.....namun....saya bersyukur kerana dalam menghadapi ujian ini.....Allah tiupkan keredhaan dalam hati kami semua......dan kerana itu....Allah permudahka segala-galanya.....tanpa kita sedar......segalanya berlaku dengan begitu pantas...dan alhamdulillah.....sekarang dalam proses pemulihan sepenuhnya.

Hidup ni simple.... tak perlu nak balas membalas.... tak perlu nak ambil hati sangat......sapa yang bertanya khabar dan siapa yang tak.... kami ni bukan sejenis yang nak kutip semua benda....awak tanya....kami cerita....awak tak tanya.....tak perlu cerita....tu je....hehehe...tak tu pun.... orang yang sakit tetap sakit dan perlu melalui procedure yang di tetapkan oleh Doctor...no excuse....so...awak ambil tahu ke tidak ke.....that procedure tetap perlu diteruskan.......tawakal je lah.....

Kita teruskan je dengan kehidupan kita dan jalankan tanggungjawab kita pada yang sewajibnya....yang penting...kita berharap hanya pada DIA.

Alhamdulillah....Allah mudahkan segala urusan kami semua.......

InshaaAllah....nanti saya kongsikan sedikit info atau maklumat tentang penyakit tersebut yang Allah uji kepada insan tersayang...iaitu EMAK saya......

Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak raya....

Segala persiapan semuanya dibuat last minit.....tak la last minit sangat.....kali ni segala kelengkapan semuanya beli terus dari kedai....tak sempat nak beli online.....untungnya boleh fitting......tak payah nak return ke apa ke....sesuai...terus je ambik....so..sekali harung.....sambil menjaga orang sakit....sambil kita tengok2 kelengkapan raya......seronok sangat sebab apa yang diidamkan.....akhirnya dapat jua.......

Kuih muih....kali ni buat satu jenis je....tak de buat macam tahun2 lepas berjenis jenis...sebab tak ada geng nak buat biskut raya....geng saya...iaitu EMAK saya dah tak sihat......Kakak saya pula dah seronok buat biskut raya......alhamdulillah.....biskut raya dia berpuluh2 botol jugak orang order....presentation dia cantik.....dan haruslah isi dalam pun sedap......hehehe...

Tahun ni....saya ambil tempahan buat berpuluh puluh botol goodies dari satu syarikat ni......jenuh jugak nak siapkan cookies, tart nanas [kakak saya yg buat] dan goodies....Alhamdulillah....semuanya dah siap dan dah pun diedarkan mengikut tempoh yang ditetapkan.....dan tak ganggu masa saya untuk menjaga EMAK saya......rezeki datang tanpa diduga.....dan Allah mudahkan segalanya....mungkin...inilah ganjaran yang Allah beri atas ujian yang DIA turunkan......alhamdulillah....


Ni goodies yang saya buat untuk tempahan.....
alhamdulillah....customer sukaaa....

Saya tak pernah ceritakan tentang cookies saya......sebenar benarnya....saya ni ambil tempahan cookies.....memula buat biasa2 je.....lepas tu ada banyak permintaan.....kekadang tak cukup masa nak buat....tapiii sedaya upaya cuba penuhi permintaan....selalu akan siapkan tempahan weekend sahaja....sebab itu sahaja masa yang saya ada......hehehe.....InshaaAllah....ada kesempatan...nanti saya akan ceritakan di sini.....

Harap Allah mudahkan perjalanan kita semua.... yang nak pulang ke kampung halaman....sila berhati-hati dalam pemanduan.....macam saya.....saya ni pulang ke bandar......InshaaAllah....raya pertama akan beraya di PJ.....

Semoga Allah mudahkan segalanya urusan kita semua dan moga di hari2 terakhir ramadhan...kita pertingkatkan lagi amalan kita dan berharap agar....kita dapat bertemu dengan malam lailatul qadar..... dan semoga kita dapat bertemu kembali di ramadhan yang akan datang dengan izinNya.....Jom kita kejar redha Allah......PASTI kita tidak akan dikecewakan.......Allahumma Amin....


Terima kasih kerana membaca enrty ini!

Monday, June 5, 2017

KUIH NONA MANIS TANPA TELUR

Hye uolls

Hari ni nak share resepi Kuih Nona Manis Tanpa Telur.


First time buat...memang nampak sangat kehodohannya ituuu......kat mana nampak manisnya pun entahlahh......hehehe...
saya mengaku....saya memang failed buat kuih muih lembut2 nih.....
tapii masih mahu mencuba....=)))


dah nampak dah di mana silapnya.....yang bancuhan putih tu dah terlebih masak....berketul2 pulak dia kat dalam acuan tu......hahahahaaa...

Sebelum tu nak cerita dulu.

First time buat....memang hodoh sangatlah rupa kuih nona manis saya nih....nak tergelak pun ada....tapiii boleh dimaafkanlah...sebab baru pertama kali cuba kann...... ada je orang yang sekali cuba dah cantik kejadiannya......tapiii tidaklah saya....untuk kuih yang lembut2 macam gitu.....memang bukan kemahiran saya lah....

Disebabkan mendapat pujian sedappppp walaupun hodoh rupanyaaa.....terus rasa teruja nak buat lagi. Kali ni buat sekali 2 bancuhan....dan akhirnyaaa menjadi dengan jayanya......
Tapiiiii agak pucat sikit...sebab saya tak guna pewarna untuk naikkan seri dia....=)))

Actually saya kurang suka nak taruh telur untuk kuih2 yang lembut2 macam gitu...

Tapiiii kebanyakkan nya elok je guna telur.....sedap je rasa dia....cuma saya ni tak pandai bab2 macam tu.......kebetulan dalam adik beradik saya....ada sorang yang pelik...tak makan telur.....so..kita layan kan aje kepelikkan dia dengan buat kuih muih basah macam ni tanpa telur...ada sorang lagi peliknya tak makan susu....so....terpaksa melayan kerenah 2 orang pelik2 dalam adik beradik saya......ahahahaaa....kuih ni tak taruh susu....dia taruh santan je...

Ni resepinya
Resepi daripada : masam manis
[saya olah tak taruh telur ok]

Bahan A

1/2 cawan gula halus
1 cawan santan.
[Saya guna santan kotak jenama KARA- campur air sikit jadikan 1 cawan]
1 cawan tepung gandum

Satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Bila dah siap ketepikan


Campuran tu akan jadi macam dalam gambar ni.


Bahan B

1/2 cawan santan pekat
[saya guna santan kotak jenama KARA]
1/2 cawan air pandan
[5 helai daun pandan dan kisar bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis]
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple (saya tak guna pun)
sedikit emalco pandan (optional)

Ambil 5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air. Kemudian tapis
Satukan air pandan dan santan
Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan ( optional ) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna hijau pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil. Dalam kes ni...saya tak guna pewarna....mmg originally perahan pati pandan sahaja.


Campuran bahan2 tadi akan jadi begini....

Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat


Campuran tu akan jadi berkilat macam ni.... nampak macam jem kaya pulak....roti mana roti.....hahahaa


Satukan Adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

 
Bila dah di campur, bancuhan akan jadi seperti nih.
Kalau nak senang guna blander jerr....



Bahan C

1 cawan santan pekat
[saya guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan]
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam


Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat


Bancuhan yang dikacau atas api sederhana tadi akan jadi pekat begini.


Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di kluarkan
Sedia di hidangkan untuk minum petang anda.


Sebelum di kukus


Selepas di kukus.

Rasa kuih ni memang sangat sedap... tak caya......boleh cuba ok...

Selamat mencuba!!!

P/S: Tq pada makcik [sahabat saya] yang memula bagi saya rasa kuih yang sedap nih.... makcik buat pakai telur....tapii saya makan rasa ok je......sedap jugakkk......hehehe...




Terima kasih kerana membaca entry ini!