Monday, February 22, 2016

RESEPI KUIH BUAH MELAKA @ ONDE ONDE

Assalammualaikum dan salam kasih sayang.

Hari ni nak share resepi kuih yang paling senang sangat untuk dibuat. Yang paling2 senang....beli dan makan terus kannn....hehehe..... Tapiii disebabkan mood kerajinan tetiba datang....maka terus rasa nak mencuba buat kuih nih....

Bahan2nya pun memang dah ada kat rumah....bukak je peti ais...terus ada bahan2 dia....kemainnn....Cuma daun pandan tu je..kena ambik kat luar rumah.....hahahaa...



Jom cuba resepi nih

Bahan-bahan

2 cawan tepung pulut
[depend pada bancuhan, kalau nak banyak boleh je tambah lagi]
5 helai daun pandan - di blander dan di ditapis jus nya.
Sedikit air kapur
sedikit garam
Sedikit air masak
[kalau air pandan tak cukup...boleh je campurkan dengan sedikit air masak]


Intinya

Gula melaka yang di potong dadu

Kelapa parut + sedikit garam



Cara membuatnya;

Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau nak ada aroma wangi pandan.... boleh simpulkan 2 helai daun pandan dan campakkan masukkan ke dalam periuk yang berisi air tadi. Sementara nak tunggu mendidih tu....jom kita bancuh adunan.

Satukan tepung pulut, sedikit garam, air kapur dan pes/jus pandan serta air masak sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan. Kalau bancuhan masih lembik sebab tersimbah tertaruh air masak banyak, boleh lah di tambah sedikit tepung sehingga bancuhan tidak melekat2 kat tangan.

Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan sedikit, kemudian letak gula melaka yang dipotong dadu tadi dan tutupkan adunan dengan kedua tapak tangan sehingga menjadi bebola cinta kecil yang cantik dan comel.



Bebola2 yang dah ready nak di masukkan ke dalam periuk....

Setelah air mendidih, masukkan bebola bebola tadi ke dalam air yang tgh mendidih tu. Bila bebola tu dah timbul....maksudnya dah masaklah tu kan.....bolehlah dikaut dengan menggunakan penapis.

Toskan air dan campakkan masukkan ke dalam bancuhan kelapa parut + garam.

Goncang2kan golek-golekkan sehingga semua bahagian bebola bersalut kepala kelapa....dan bolehlah dihidangkan.

Sedia untuk dimakan.....


Mudah sangat kan....



Sedia untuk di nyum nyum nyum...
Suka dgn color original pandan nih.....


Maaflah....saya tak ada kerajinan nak ambik gambar2 cara2 membuatnya....hehehe.... kalau nak tahu tutorial buat kuih nih...boleh refer pada blog

Puan Azie Kitchen
Tutorial yang sangat complete....=)))

Resepi yang sama...cuma saya tambah sedikit garam pada bancuhan doh.

So.... apalagi.... jom cuba....resepi nih mudah dan sgt sesuai untuk orang yang "rajin" macam saya....heheheee....




Selamat mencuba =)))

























Terima kasih kerana membaca entry ini =))

No comments:

Post a Comment