Hye uolls...
Alhamdulillah....lately ni memang banyak jugaklah tempahan yang saya terima.
Salah seorang yang membuat tempahan dengan saya........beliau dah pun pergi mengadap Ilahi pada awal March lepas.
Jujurnya....arwah kakak ni antara customer saya yang paling baik. Semuanya terserah pada saya nak buat corak dan bentuk macam mana pun asalkan cantik....tu je syarat nya....
Kad ni ditempah untuk birthday en suaminya pada Januari 2018. Dan tak sangka...ni adalah kad terakhir tempahan dari kakak nih...
Jujurnya...saya memang ketandusan idea....so...kita refer pada pinterest untuk mencari corak2 yang boleh dijadikan contoh. Itupun ikut kemampuan saya jugaklah....tak semua corak dan bentuk boleh saya buat sebab setiap corak dan bentuk....dia ada teknik dia tersendiri....so...kita ikut kemampuan kita....
Alhamdulillah.....
Kad dapat disiapkan mengikut tarikh yang dijanjikan.
Jom tengok hasilnya...
Saja nak cuba kelainan selain daripada bunga...... nak asah bakat sendiri.....rupanya tak susah sangat nak buatnya....cuma perlu teliti dan pandai mainkan warna....
Disebabkan arwah kak sarimah ni baru je beberapa bulan berumahtangga dengan pasangannya.... saya assume....pasangan ni masih lagi dalam mood honeymoon......so...saya pilih LOVE untuk nampak macam lebih romantik gituuu....
Pertama kali jugak buat bentuk2 macam gini....percubaan yang agak berjaya jugaklah.....walau tidak sesempurna mana.....
Masa saya bagi gambar2 kad yang dah siap tu pada arwah.....bukan main gembira lagi dia.....tak henti2 bagi pujian pada hasil quilling saya tu......[memang begitulah arwah setiap kali kalau beliau menempah kad dengan saya].
Masa ambil kad tempahan.....punnn....arwah masih memuji dengan hasil kerja tangan saya tu...... happy sangat arwah masa tu.....teruja sangat nak bagi kad tu pada suaminya......tak henti2 kata cantiknyaaa....mesti suami kita suka......perkataan tu keluar dari mulut arwah sambil tersenyum2 tengok kad tu....[tetiba saya sebak nih......]
Beberapa minggu lepas tu...dapat tahu kata arwah nak menjalani pembedahan pembuangan air di kepala....dan pembedahan itu berjaya sebenarnya....cuma....siapa yang boleh melawan kuasa Ilahi..... apabila ujian MRI dilakukan.....rupanya ada tumor jahat yang melekat di saraf tunjang yang menyebabkan arwah tidak dapat diselamatkan akibat daripada beberapa komplikasi yang akan berlaku sekiranya pembedahan pembuangan tumor itu diteruskan.
Saya dapat menziarahi arwah seminggu sebelum arwah dijemput Ilahi.... masa tu keadaannya masih stable.....masih boleh mengukirkan senyuman walaupun masa tu arwah tak boleh bercakap pun.....tapiii setiap org yang datang menziarahinya....setiap kali itu kepulangan kami dihadiahkan dengan senyumannya....bila tanya....kak sarimah sakit tak.....masa tu dia mengelengkan kepala...... Ya Allah tetiba sebak bila teringatkan arwah........orang yang baik....selayaknya ditempat yang terbaik juga.......
Sahabat kecintaan Ilahi sekalian.....
Jom doakan agar roh kak Sarimah binti Abdul Karim ini di tempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan berada di dalam taman2 syurgaNya....Allahumma Amin....
Terima kasih kerana membaca entry ini!
selamat pagi
ReplyDeletesinggah pagi isnin
hasil yang sgt kreatif