Wednesday, March 20, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - NIAT DAN REALITINYA

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk menulis di dalam blog ini untuk menceritakan perjalanan saya dalam mencari redha Ilahi. Keindahan itu terasa apabila kita merasakan diri kita terlalu dekat denganNya. MasyaAllah...indahnya hanya DIA sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Disini saya akan menceritakan perjalanan saya day by day bersama insan2 yang tersayang yang bersama disamping saya semasa berada di Kota Madinah dan Mekkah.

Sejujurnya... tujuan saya menceritakan perjalanan umrah saya ini BUKAN untuk menabur riak atau ingin menunjuk2 yang saya dah sampai ke sana..[Ini perjalanan pertama kali saya bersama suami dan emak di kota Haramain yang penuh indah....dan saya abadikan di dalam blog ini]. Tujuan asal saya untuk memberi sedikit petunjuk atau bayangan kepada anda semua diluar sana yang akan pergi atau berniat untuk pergi supaya penulisan dan jalan cerita ini akan lebih menarik hati anda untuk ke kota yang penuh kedamaian dan keindahan itu. SubhanAllah...percayalah... hati ini masih melonjak ingin ke sana semula.... kerinduan....kesayuan semuanya masih terasa di lubuk hati yang kecil ini. In shaa Allah..saya akan cuba yang terbaik untuk memberikan jalan cerita yang menarik... =)) Mungkin ada secara kebetulan anda yang mengikuti travel lain yang duduk di hotel yang sama...boleh juga melihat atau membuat rujukan pada gambar yang saya akan share kan..... juga bukan bertujuan untuk menunjuk tetapi sebagai informasi dan bayangan ketika berada di sana.... sebenarnya tempat tidur dan cara bagaimana...itu tak penting....yang penting ibadat dan nawaitu kita untuk ke sana..... saya hanya memberi gambaran....bukan menunjuk.....ulang 100x... Allah tahu niat saya.....saya ikhlas....

Saya dan suami memilih Pakej Umrah di Th Travel sebagai pilihan utama kami mengikut cadangan yang diberikan oleh abang saya untuk mendapat kemudahan yang terbaik ketika kami berada disana. Dan ternyata ianya sangat berbaloi. Tapiii rasanya kalau ikut travel mana-mana pun...pastinya ianya akan memberi yang terbaik....yang penting ibadah kita diterima.....dan kita mendapat umrah yang mabrur....InshaaAllah....

Segala urusan Passport dan visa diuruskan sendiri oleh pihak Th Travel dan tiada apa2 masalah mengenainya. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya dan Suami mengambil bilik berdua manakala emak ditempatkan bersama jemaah lain [bilik ber 3 / ber 4] - tetapi request dari kami suami isteri supaya bilik emak tidak ditempatkan terlalu jauh dari kami dan alhamdulillah... Th Travel sangat memahami.

Selesai menyertai kursus2 anjuran Tabung Haji di Ipoh [perlu request dari pihak Th Travel dan perlu menghubungi pihak Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat kursus di Ipoh] dan memahami tentang umrah, hukum dan sebagainya, serta segala barangan/hadiah / cenderahati dari pihak Th Travel juga telahpun kami perolehi.....Alhamdulillah...Allah permudahkan segala-galanya bagi kami.

Kami menerima barangan seperti Telekung, kain ihram, beg galas, beg kecil dan buku serta akan dibekalkan dengan 10 liter air zam zam setiap seorang.

Seminggu sebelum perjalanan kami untuk mencari redha Ilahi bermula, segala jadual dan itinerary perjalanan telahpun di emailkan kepada kami bagi memudahkan rujukan kami. Kami perlu berada di KLIA seawal jam 8.00 pagi untuk proses pendaftaran dan sesi taklimat yang akan diadakan oleh pihak Th Travel.

Sebelum keluar rumah...jangan lupa lakukanlah solat sunat musafir dan berdoalah agar segalanya berjalan dengan lancar dan apa2 yang kita tinggalkan di sini [M'sia] semuanya akan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. [Semuanya ada tertulis di dalam buku yang dibekalkan oleh Th Travel dan mungkin travel yang lain juga ada....soo amalkan perkara yang baik itu]

Seawal 6.30 pagi - saya, suami dan emak dihantar oleh abang, anak saudara dan abah saya sendiri ke KLIA untuk pendaftaran jemaah. Ibaratnya...jasad sahaja berada di sini..hati dan fikiran saya sudahpun sampai ke kota Madinah untuk menemui kekasih Ilahi.... nabi kita....


abang saya dan anak saudara yang hantar kami sampai la kami masuk utk check in


sementara menunggu utk taklimat yang akan diberikan oleh pihak TH Travel


Abah pun turut hantar kami ke airport..masa ni mmg sedih sangat nak tinggalkan abah [setiap kali teringat kat abah mesti menangis.....doa dalam hati semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik pada abah....]


Sesi taklimat yang diberi oleh Ketua Pengurusan Th Travel

Proses pendaftaran dan taklimat terasa seolah bergerak perlahan manakala hati sudah tidak sabar untuk ke destinasi yang selama ini menjadi idaman saya dan suami. Bagaimanalah keadaannya....itulah yang senantiasa bermain difikiran saya.... Ya Allah... tak sabarnya nak bertemu dengan kekasihMu. Mungkin inilah nikmat yang Allah kurniakan kepada semua hambaNya yang akan menjadi tetamuNya. Nikmat keterujaan untuk bertemu dengan Nabi yang telah banyak mempertaruhkan nyawanya demi umatnya. Itulah Rasul kita.
 Penerbagan MAS CATER MH8000 delay selama 1 jam [nasiblah 1 jam..bukan berjam-jam...]. Namun kesabaran itu adalah perisai yang paling utama. Bukan mudah untuk menjadi tetamuNya.


melencong dulu ke dalam KLIA jungle board. Tengok pokok2 hutan sementara menunggu waktu berlepas yang delay selama sejam



Dan akhirnya tepat jam 12.30 tengah hari, pengumuman untuk penerbangan ke Madinah diumumkan. Alhamdulillah...keterujaan semakin memuncak untuk segera sampai ke kota Madinah.

8 jam berada di dalam flight MAS....hanya Allah saja yang tahu walaupun sememangnya tempatnya sangat selesa..... [hakikatnya saya memang tak suka naik flight....huhuhuu..... memang rasa mcm nak menangis.....sob sob sob]

PENTING - untuk makluman semua..pastikan anda semua tanya kepada ustaz / ustazah yang bertugas cara-cara untuk menunaikan sembahyang hormat waktu. Ini adalah kerana waktu kita akan mengalami perbezaan yang amat ketara. Kami berlepas dari M'sia jam 12.30 tengah hari dan dijangka sampai ke Madinah jam 4.30 petang. So...kita akan solat hormat waktu zohor di dalam kapal terbang.
Bosan2 dalam kapal terbang....tak ada kerja kan..... kita ambik gambar makanan2 yang dihidangkan.... tapii sebenarnya tak ada selera pun nak makan dek kerana dah tak sabar nak jejakkan kaki ke kota Madinah..... Jom layan gambar kebosanan saya nih.... =))


Kacang masin sebagai snack kami


Makanan kami dalam flight. Ni utk makan tengahari Menu pilihan saya dan Mak


Ni Menu pilihan en suami.



Ni Menu utk minum petang - Menu pilihan kami bertiga.

Disaat2saya menanti ketibaan ke Kota Madinah... saya terasa sebak kerana akhirnya Allah memakbulkan segala hajat dan permintaan saya dan suami. Syukur padaMu Ya Allah... terasa seolah mimpi tetapi...inilah realitinya... terima kasih Ya Allah... terima kasih Ya Allah..... terima kasih kerana menerima kami sebagai tetamuMu.




PERSEDIAAN UMRAH

Assalammualaikum dan salam ceria...salam kasih sayang dan salam penuh kemaafan dari saya... 
Dah berminggu-minggu tak hupdate blog...dan hari ini barulah berpeluang untuk menjenguk blog ini. Maaflah kalau terlambat membalas komen2 anda ye... =))

Jom kita mulakan hari kita dengan doa yang baik2..semoga hidup kita dipenuhi dengan barakah Ilahi.... 


رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)


Alhamdulillah kerana akhirnya terpilih untuk menjadi tetamuNya. Kegembiraan berganda apabila berpeluang untuk melakukan umrah bersama-sama dengan orang2 yang tersayang iaitu en suami dan emak. Malangnya..abah tidak dapat ikut serta kerana keadaan kesihatan abah tidak mengizinkan. Namun saya masih bersyukur kerana hajat untuk melakukan umrah bersama insan2 istimewa dihati saya akhirnya dimakbulkan Ilahi [what a wonderful experience...thank you Allah]

Sebelum saya ceritakan perjalanan saya hari demi hari..disini saya nak share sedikit sebanyak persediaan yang perlu kita lakukan sebelum kita melakukan umrah. Dalam kursus yang saya hadiri...tidak menjelaskan secara detail keperluan2 yang perlu dibawa sebagai persediaan untuk kesana. Penjelasan dan penerangan itu lebih kepada cara melakukan tawaf dan saie serta ihram.

Disebabkan keadaan cuaca ketika kami ingin mengunjungi Madinah agak sejuk... en suami banyak Google tentang persediaan2 sebelum ke umrah ni. Saya yakin ianya amat berguna kepada saya dan kita semua yang ingin berkunjung ke rumah Ilahi ini. So..saya sharekan youtube mengenai detail persediannya...



Antara barangan yang perlu dibawa mengikut apa yang ada dalam listing saya la.. :-

a) Bag pakaian perlu ada tali pengikat khas bag tu [boleh didapati dimana2 kedai luggage] atau paling tidak..bila tiba di airport...balutlah bag tu...kalau kat KLIA harga untuk sekali balut satu bag RM10 macam tu tak silap saya. Ini kerana... saya melihat sendiri bagaimana kerja mereka di airport semasa proses pengagihan bag dijalankan.... ada bag yang terburai...ada yang terkoyak... so.. sebelum kita hilang mood... pastikan keadaan bag kita dalam keadaan yang baik...

b) 3 pasang telekung. Kalau di Madinah [masa saya pergi] musim sejuk... 1 telekung utk 3 hari sudah memadai. Baju pun tak perlu nak salin banyak2 kali kerana kita kurang berpeluh. Tetapi keadaan di Mekkah [masa kami sampai] cuacanya mulai panas.. terpaksa salin pakaian dan jubah banyak kali kerana berpeluh especially semasa melakukan ihram. So..perlu salin dan tukar telekung dan pakaian.  

c) 2 pasang kain ihram. Di Mekkah... PASTI ada perkhidmatan dobi... so..lepas guna sepasang kain ihram... terus hantar dobi dan kita boleh guna lagi sepasang..kalau nak buat umrah setiap hari... sepasang 2 kali guna [atau senang bawa 3 pasang]. Pastikan sidai kain ihram tu agar bau hilang....senang hantar dobi je la.... =))

d) Pakaian persalinan - Pengalaman saya... saya hanya bawa 4 pasang jubah / 3 seluar panjang untuk dipakai bersama jubah. Di Madinah..saya kurang salin jubah/ baju kerana cuacanya sangat nyaman dan kurang berpeluh..saya yakin baju tak kotor. Tetapi di Mekkah..kerana cuaca terlalu panas dan pembangunan yang sedang dijalankan..banyak debu dan kita akan berpeluh... hari2 perlu menyalin pakaian tambahan saya dan suami melakukan umrah selang sehari. so..tak berbaloi bawa sikit...terpaksa beli jubah yg lain sebagai persalinan. Takpe kalau bawak lebih baju..tak rugi pun...hehehe...

Bagi lelaki - baju melayu 3 pasang / lepas tu saya pasti mereka akan beli jubah yang murah dan berkualiti di sana.... hehehe... kalau nak beli pun untuk kegunaan sendiri 2- 3 pasang sudah memadai... =))

e) Sarung lengan [untuk perempuan] - 3 pasang

f) Stoking [untuk perempuan] - 4 pasang atau lebih - pastikan yang tebal tak nampak kulit. Senang beli yang sport punya. Confirm tak nampak kulit. Macam saya...saya pakai 2 lapis stoking..hehehehe...

Lelaki - tidak memerlukan stoking sepanjang melakukan ibadat tambahan masa ihram.... =))

g) Beg  / sarung kasut - paling tidak pun plastik... supaya kasut tak hilang. Masa tawaf..pastikan ingat no pintu dan rak yang kita letak kasut tu... 

h) Krim / lotion - sebenarnya seperti yang pernah saya katakan sewaktu ingin mengunjungi Korea...rawatan untuk kulit kering dan sebagainya semuanya ada di negara tersebut yang bersesuaian dengan cuaca di sana. Untuk sementara ni... bawalah lotion nevia , lotion utk tapak kaki dan baby oil.. dah 2 - 3 hari...guna jelah lotion yang dibekalkan oleh pihak hotel kerana kita akan dapat merasai keberkesanan lotion mereka dengan kulit kita. 

i) pelembap bibir - Wajib dibawa kerana dalam apa sahaja cuaca yang akan kita hadapi... pasti bibir kita akan kering... so..ianya sangat berguna. Pengalaman saya - dari dalam flight lagi bibir saya dah kering dek kerana aircond kapal terbang yang tersangatlah sejuk...so...dari dalam flight lagi saya dah pakai pelembap bibir tu...

j) ubat-ubatan - seperti panadol / woods / hacks  atau ubatan/ vitamin harian yang kita ambil. Pastikan dibawa. Kalau dah tak ada, di Mekkah, pharmacy ada dimana-mana dan kita boleh tanya kepada pharmacist yang bertugas. Yang penting..mereka tahu berbahasa melayu =))

k) Disposable panties  - berguna sewaktu melakukan ihram dan kegunaan harian. Pastikan cotton. Ada jual di pharmacy yang berhampiran anda =))

l) Gunting kecil untuk bertahalul / deodorant / krim / pewangi / tali pinggang [utk dipakai bersama dengan kain ihram] / pengetip kuku / pisau pencukur / berus gigi / ubat gigi / shampoo dan barangan yang sewaktu dengannya - pastikan diletakkan di dalam luggage.

m) padlock dan tali pengikat beg - keselamatan perlu diutamakan =))

Sabun mandi yang tidak berbau semua tu rasanya tidak perlu dibawa kerana saya sendiri membawanya tetapi tidak menggunakannya. Ini kerana, sewaktu mengerjakan umrah, ihramnya sangat singkat. 2-3 jam sahaja. Jadi gunakan je la sabun yang dibekalkan oleh pihak hotel.
 
Ok setakat itu sahaja yang terdapat dalam listing saya untuk dibawa ke Madinah dan Mekkah. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda.















Thursday, January 17, 2013

QUILLED BUTTERFLY BOOKMARK

Wahhh...rasa sangat teruja untuk quilling. Kali ni saya buatkan butterfly bookmark. Tengah menggila buat quilling. Masa buat tu banyak idea2 yang datang. Seronok betul bila dapat buat quilling nih... sebab boleh release tension...hilangkan stress kerja yang macam nak menggila....hehehe....

Masih tak tahu lagi kepada siapakah akan diberikan bookmark ini... Tujuan asal nak diberikan kepada semua anak2 saudara saya. Tapii...bila dah ditunjukkan kepada en suami.... kesemuanya dia nak...hehehe.... apa kes tu...

In shaa Allah...sekarang saya akan cuba buat sebanyak yang boleh. So pada sesiapa yang nak dan dah ada dalam listing saya... saya akan agih2 kan selepas kesemua quilling ni siap. Kalau sempat sebelum saya fly fly away....saya akan berikan kepada mereka2 yang berkenaan okeh.... ;))

Kesemua ni masih belum diletakkan riben. Maksudnya belum siap sepenuhnya.



Pastel color. Kombinasi color biru dan hijau lembut. Percubaan pertama dalam membuat quilled butterfly ni. Dan ianya berjaya....yeay!!



Kombinasi pelbagai color. Nampak sangat menarik dan ceria.



Kombinasi 3 color iaitu red, purple and yellow.


 
Penggunaan pastel color dalam 3 warna iaitu kuning, pink dan hijau lumut. Sangat cantik dan ceria.



Simple color combination and simple quilled. But still nampak menarik kan... ramai juga yang request ni... termasuk en suami saya...hehehe



Ini hasil quilled saya jika dilihat dari jarak yang dekat. Dah tak seperti dahulu. Saya menggunakan pencil dan pembaris kemudian gunting satu persatu untuk menghasilkan quilled bunga dan sebagainya. Ternyata ianya kelihatan kasar. Berbeza jika kita menggunakan kertas yang di shredder. Ianya lebih kemas.

Sangat berpuas hati dengan hasil quilling saya..





Utk info dan rekod saya je lah....yang baru nak merangkak2 buat ni....saya main redah je sebenarnya..... kertas background/tapak untuk lekat tu....saya guna kertas2 keras yang terpakai...hehehe...jangan membazir...mana yang boleh kita guna...kita gunakan saja ok.....contohnya macam cover calendar, cover buku A4 paper.....boleh je.....janji nampak cantik......=)))

Semoga insan2 yang menerima hasil quilling saya ni happy......jadikanlah ianya sebagai kenangan dari saya ;)))







Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

QUILLING CARD REQUEST BY MY OFFICEMATE

Hyeee....hari ni update lagi tentang quilling saya. 
Kali ni ianya di request olh opismate saya su. Nak yang besarrrr katanya.... kita cuba lah ye...

Kebetulan saya dah dapat kertas shredder pelbagai color. So...dengan rasa seronok berganda2...saya pun buatlah apa yang dipinta oleh su..

Dan akhirnya...inilah hasilnya....




 
Cuba2 buat design macam ni....








Hope su dan yang menerimanya berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya ni.... ;)))
 
 
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =))

NEW BORN QUILLED - BABY GIRL FADHIL

Hai..hai haiii..... salam ceriaa...
Entry kali ni saya nak share simple quilling card khas untuk anak adik angkat saya Fadhil.
Tahniah kepada Fadhil dan isteri kerana dikurniakan baby girl yang sangat comelllll....



So....saya decide buat kad yang simpleni utk little baby girl. First time buat teddy bear.....macam comel je..hehehe

TAHNIAH buat Fadhil dan isteri kerana dikurniakan baby girl.... =)))





Terima kasih kerana membaca entry ini =))

Tuesday, January 15, 2013

RESEPI BAKUL KENTANG UNTUK MINUMAN PETANG

Haiiii...jom kita masak memasak pula ye... Saya pernah beberapa kali cuba buat bakul kentang ni. Sebab sangat simple...dan senang sangat nak buat...almaklumlah orang seperti saya yang "sangat rajinnn" ke dapur pastinya akan mencari satu resepi yang sangat simple dan mudah... hehehe...

Saya dah beberapa kali mencuba resepi ini sewaktu anak2 saudara saya ada di rumah. Dan mereka2 itu sangat suka dengan bakul kentang yang simple ni...[almaklumlahkannnn....seperti kata mak... "orang yang jarang memasak ni mmg kalau sekali masak....sedapp...." hehehe....].

Jom jenguk resepi yang ringkas ni...[maaf tak ada gambar.... huhuhuu...]

Panaskan Oven

Kentang disagat halus, dibasuh dan ditoskan.
kemudian kentang ni diletakkan di dalam loyang acuan. Bentukkan sepeti bakul [mcm buat chess tart tu]


Untuk inti

terpulang kepada selera memasing la ye...

macam saya...saya gunakan telur yang dikacau bersama daun sup, lada hitam, bawang putih dan bawang merah [ditumbuk halus], sedikit garam. Kacau sampai sebati

Kemudian dituangkan bancuhan telur ke dalam kentang yang bebentuk bakul itu tadi dan masuk dalam oven...bakar sampai masak.

atau

Untuk inti juga...bagi yang terlebih rajin tu...dan tak suka telur kan....

boleh juga gunakan daging atau ayam cincang. Boleh ditumiskan separuh masak bersama bawang [tumislah dengan sos black pepper] kemudian dicampurkan ke dalam bakul kentang itu tadi..letak cheese dan di masak di dalam oven...yummy..yummy okeh...

Ringkas kan... tak perlu resepi yang panjang meleret...ikut suka2 je... hehehe....

Selamat mencuba....








Terima kasih kerana membaca entry ini =)))

Wednesday, December 26, 2012

HAPPY NEW YEAR QUILLING CARD FOR PN ANNE

Hye..masih dengan Quilling card. Tapi kali ni saya buatkan khas untuk bos saya...[ketua unit Jabatan saya]. Pn Anne.

Jom tengok hasil kerja tangan saya khas untuk Pn Anne... ;))



Kualiti gambar kureng sikit... guna camera handphone jee...









Letak kat atas meja bos.... bos pun tersenyum manis gituuu....sebab dia tahu staff dia ni mmg suka buat benda2 macam nih.....ahahaa....
Best betul dapat bos yang sporting dan bertimbang rasa macam Pn Anne nih.....Masa mak saya sakit.....boleh dikatakan hari2 Pn Anne akan follow up pasal keadaan mak....bila saya lama bercuti....mesti bos saya ni akan call saya bertanyakan khabar....ehhh...mana nak dapat bos yang baik macam tu kan....berlainan bangsa pulak tu.....lepas tu kita boleh share pengalaman masing2..... sangat sporting...... =)))
 
 
 
 
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))
 
 
Terima kasih kerana membaca entry ini =)))