Wednesday, March 20, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - NIAT DAN REALITINYA

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi saya peluang untuk menulis di dalam blog ini untuk menceritakan perjalanan saya dalam mencari redha Ilahi. Keindahan itu terasa apabila kita merasakan diri kita terlalu dekat denganNya. MasyaAllah...indahnya hanya DIA sahaja yang Maha Mengetahuinya.

Disini saya akan menceritakan perjalanan saya day by day bersama insan2 yang tersayang yang bersama disamping saya semasa berada di Kota Madinah dan Mekkah.

Sejujurnya... tujuan saya menceritakan perjalanan umrah saya ini BUKAN untuk menabur riak atau ingin menunjuk2 yang saya dah sampai ke sana..[Ini perjalanan pertama kali saya bersama suami dan emak di kota Haramain yang penuh indah....dan saya abadikan di dalam blog ini]. Tujuan asal saya untuk memberi sedikit petunjuk atau bayangan kepada anda semua diluar sana yang akan pergi atau berniat untuk pergi supaya penulisan dan jalan cerita ini akan lebih menarik hati anda untuk ke kota yang penuh kedamaian dan keindahan itu. SubhanAllah...percayalah... hati ini masih melonjak ingin ke sana semula.... kerinduan....kesayuan semuanya masih terasa di lubuk hati yang kecil ini. In shaa Allah..saya akan cuba yang terbaik untuk memberikan jalan cerita yang menarik... =)) Mungkin ada secara kebetulan anda yang mengikuti travel lain yang duduk di hotel yang sama...boleh juga melihat atau membuat rujukan pada gambar yang saya akan share kan..... juga bukan bertujuan untuk menunjuk tetapi sebagai informasi dan bayangan ketika berada di sana.... sebenarnya tempat tidur dan cara bagaimana...itu tak penting....yang penting ibadat dan nawaitu kita untuk ke sana..... saya hanya memberi gambaran....bukan menunjuk.....ulang 100x... Allah tahu niat saya.....saya ikhlas....

Saya dan suami memilih Pakej Umrah di Th Travel sebagai pilihan utama kami mengikut cadangan yang diberikan oleh abang saya untuk mendapat kemudahan yang terbaik ketika kami berada disana. Dan ternyata ianya sangat berbaloi. Tapiii rasanya kalau ikut travel mana-mana pun...pastinya ianya akan memberi yang terbaik....yang penting ibadah kita diterima.....dan kita mendapat umrah yang mabrur....InshaaAllah....

Segala urusan Passport dan visa diuruskan sendiri oleh pihak Th Travel dan tiada apa2 masalah mengenainya. Semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya dan Suami mengambil bilik berdua manakala emak ditempatkan bersama jemaah lain [bilik ber 3 / ber 4] - tetapi request dari kami suami isteri supaya bilik emak tidak ditempatkan terlalu jauh dari kami dan alhamdulillah... Th Travel sangat memahami.

Selesai menyertai kursus2 anjuran Tabung Haji di Ipoh [perlu request dari pihak Th Travel dan perlu menghubungi pihak Tabung Haji bagi mendapatkan maklumat kursus di Ipoh] dan memahami tentang umrah, hukum dan sebagainya, serta segala barangan/hadiah / cenderahati dari pihak Th Travel juga telahpun kami perolehi.....Alhamdulillah...Allah permudahkan segala-galanya bagi kami.

Kami menerima barangan seperti Telekung, kain ihram, beg galas, beg kecil dan buku serta akan dibekalkan dengan 10 liter air zam zam setiap seorang.

Seminggu sebelum perjalanan kami untuk mencari redha Ilahi bermula, segala jadual dan itinerary perjalanan telahpun di emailkan kepada kami bagi memudahkan rujukan kami. Kami perlu berada di KLIA seawal jam 8.00 pagi untuk proses pendaftaran dan sesi taklimat yang akan diadakan oleh pihak Th Travel.

Sebelum keluar rumah...jangan lupa lakukanlah solat sunat musafir dan berdoalah agar segalanya berjalan dengan lancar dan apa2 yang kita tinggalkan di sini [M'sia] semuanya akan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. [Semuanya ada tertulis di dalam buku yang dibekalkan oleh Th Travel dan mungkin travel yang lain juga ada....soo amalkan perkara yang baik itu]

Seawal 6.30 pagi - saya, suami dan emak dihantar oleh abang, anak saudara dan abah saya sendiri ke KLIA untuk pendaftaran jemaah. Ibaratnya...jasad sahaja berada di sini..hati dan fikiran saya sudahpun sampai ke kota Madinah untuk menemui kekasih Ilahi.... nabi kita....

abang saya dan anak saudara yang hantar kami sampai la kami masuk utk check in

sementara menunggu utk taklimat yang akan diberikan oleh pihak TH Travel

Abah pun turut hantar kami ke airport..masa ni mmg sedih sangat nak tinggalkan abah [setiap kali teringat kat abah mesti menangis.....doa dalam hati semoga Allah terus memberi kesihatan yang baik pada abah....]

Sesi taklimat yang diberi oleh Ketua Pengurusan Th Travel

Proses pendaftaran dan taklimat terasa seolah bergerak perlahan manakala hati sudah tidak sabar untuk ke destinasi yang selama ini menjadi idaman saya dan suami. Bagaimanalah keadaannya....itulah yang senantiasa bermain difikiran saya.... Ya Allah... tak sabarnya nak bertemu dengan kekasihMu. Mungkin inilah nikmat yang Allah kurniakan kepada semua hambaNya yang akan menjadi tetamuNya. Nikmat keterujaan untuk bertemu dengan Nabi yang telah banyak mempertaruhkan nyawanya demi umatnya. Itulah Rasul kita.
 
 Penerbagan MAS CATER MH8000 delay selama 1 jam [nasiblah 1 jam..bukan berjam-jam...]. Namun kesabaran itu adalah perisai yang paling utama. Bukan mudah untuk menjadi tetamuNya.

melencong dulu ke dalam KLIA jungle board. Tengok pokok2 hutan sementara menunggu waktu berlepas yang delay selama sejam


Dan akhirnya tepat jam 12.30 tengah hari, pengumuman untuk penerbangan ke Madinah diumumkan. Alhamdulillah...keterujaan semakin memuncak untuk segera sampai ke kota Madinah.

8 jam berada di dalam flight MAS....hanya Allah saja yang tahu walaupun sememangnya tempatnya sangat selesa..... [hakikatnya saya memang tak suka naik flight....huhuhuu..... memang rasa mcm nak menangis.....sob sob sob]

PENTING - untuk makluman semua..pastikan anda semua tanya kepada ustaz / ustazah yang bertugas cara-cara untuk menunaikan sembahyang hormat waktu. Ini adalah kerana waktu kita akan mengalami perbezaan yang amat ketara. Kami berlepas dari M'sia jam 12.30 tengah hari dan dijangka sampai ke Madinah jam 4.30 petang. So...kita akan solat hormat waktu zohor di dalam kapal terbang.
 
Bosan2 dalam kapal terbang....tak ada kerja kan..... kita ambik gambar makanan2 yang dihidangkan.... tapii sebenarnya tak ada selera pun nak makan dek kerana dah tak sabar nak jejakkan kaki ke kota Madinah..... Jom layan gambar kebosanan saya nih.... =))

Kacang masin sebagai snack kami


Makanan kami dalam flight. Ni utk makan tengahari Menu pilihan saya dan Mak


Ni Menu pilihan en suami.



Ni Menu utk minum petang - Menu pilihan kami bertiga.

Disaat2saya menanti ketibaan ke Kota Madinah... saya terasa sebak kerana akhirnya Allah memakbulkan segala hajat dan permintaan saya dan suami. Syukur padaMu Ya Allah... terasa seolah mimpi tetapi...inilah realitinya... terima kasih Ya Allah... terima kasih Ya Allah..... terima kasih kerana menerima kami sebagai tetamuMu.




2 comments:

  1. salam..sekiranya tidak keberatan, boleh kongsikan kos keseluruhan pakej umrah bersama tabung haji travel? pakej yang u pilih pakej umrah biasa? bercadang untuk menggunakan perkhidmatan tabung haji travel juga for our umrah trip tahun depan.

    thanks :)

    ReplyDelete
  2. W'salam lela nasir

    Untuk tahu jumlah keseluruhan.. Puan boleh rujuk tetus ke laman web thtr.com.my atau terus sahaja menghubungi ke no yang disertakan. Jadual umrah mungkin akan dikeluarkan selepas sahaja selesai musim haji... 😃

    Tq

    ReplyDelete