Thursday, March 21, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - DAY 1


25.02.2013 - Isnin - 4.55petang

Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya selepas 8 jam berada di dalam penerbangan, akhirnya kami tiba di Lapangan terbang Madinah. Cuaca pada ketika itu agak dingin dan nyaman. Segala urusan luggage dan imegresen berjalan dengan lancar. Saya nasihatkan kepada anda pembaca di luar sana... Bila berada disini..di Kota Barakah ini... jangan la kita kedekut untuk mengucapkan/memberi salam kepada sesiapa sahaja... baik petugas emigration mahupun pembantu2 yang mengangkat beg, kerana kadang kala atas ucapan salam itulah yang akan meredakan tekanan kerja mereka yang banyak dan seterusnya satu senyuman ikhlas akan terpancar di wajah mereka.

Kami akhirnya menaiki bas-bas yang disediakan oleh Th Travel untuk ke tempat penginapan hotel kami iaitu Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang mengambil masa selama lebih kurang setengah jam perjalanan.


Syukur padaMu ya Allah.. akhirnya sampai juga hambaMu ini ke bumi yang Barakah ini...

Di sepanjang perjalanan, ustaz yang bertugas menjelaskan kepada kami tentang kota Madinah. Masih terngiang2 dalam ingatan saya kata-kata ustaz berkenaan..

"bila kita berada di kota madinah ini... kita akan jatuh cinta dengan kota ini...."
Selain menjelaskan kepada kami semua tentang jadual perjalanan dan lawatan kami di Madinah..ustaz juga menjelaskan tentang jejak2 dan tempat2 bersejarah tinggalan Rasulullah saw yang kebanyakkannya telah pun dibuat pembangunan seperti jalan raya dan sebagainya. Boleh dikatakan di setiap tempat di Madinah terdapatnya jejak2 Rasulullah saw dan tinggalannya yang amat bermakna.

Kami akhirnya tiba di hotel penginapan kami. Kebetulan sesampai sahaja kami di hotel, azan maghrib berkumandang. Dan kelihatan ramai umat manusia memenuhi dataran dan ruang di masjid nabawi. [Kebetulan hotel kami betul2 membelakangi masjid nabawi]. Dalam keadaan sebegitu hati mula menjadi sebak mendengar laungan azan yang jelas dari Masjid Nabawi. Terasa seolah mimpi...akhirnya saya kini berada hampir dengan nabi kita yang telah banyak bekorban demi menegakkan agama Islam. Terasa sedikit terkilan kerana tidak dapat berjemaah di masjid nabawi pada hari pertama kami sampai. Namun saya bertekad...pasti akan bertemu dengan Rasulullah selepas sahaja selesai urusan bilik dan sebagainya. Kami bersolat di hotel sahaja.

Baginilah gambaran Hotel Anwar Al Madinah Movenpick Madinah..... [sekali lagi saya tegaskan...gambar2 ini sekadar perkongsian kepada anda yang akan ke sini mengikuti travel pilihan anda...manalah tahu kalau2 anda menginap di hotel ini....maka inilah perkongsiannya..... tak tahulah kalau2 dah beberapa tahun berlalu ada perubahan di sana sini......]


Lobi hotel



[Disini saya share keadaan dan situasi bilik yang disediakan di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick....saja suka2 sebab tak ada kerja jom kita cari kerja......]


Bilik emak. Duduk berdua tapi ada extra bed














Ni bilik saya dan suami... ;))



Alhamdulillah...penginapan selama 4 hari 3 malam ini sangat selesa ;)) [boleh la sekadar nak melelapkan mata kan.....]

Selesai segala urusan bilik dan makan malam...syukur juga kerana emak dapat 2 sebilik dan lebih teruja rakan sebiliknya adalah ustazah yakni petugas Th Travel itu sendiri.... , lewat jam 9.30 malam, saya, emak dan suami berjalan kaki ke masjid nabawi. Di kiri kanan disepanjang perjalanan itu, terdapatnya jualan2 di kaki lima jalan. Namun perasaan pada ketika itu hanya satu....untuk bertemu dengan kekasih Ilahi.... Kurang 5 minit, kami telah pun sampai di perkarangan masjid. Dalam kedinginan malam yang sejuk itu..sekali lagi hati merasa sebak. Diri semakin hampir dengannya. Kami memasuki pintu 9 [an nisaa] dan berjanji dengan suami saya akan bertemu semula di pintu 9 juga selesai solat sunat.

Saya dan emak memasuki masjid yang mula lengang dengan orang. Beg saya dan emak di periksa oleh kakitangan masjid wanita yang berpurdah hitam. [Kami semua telah diingatkan oleh petugas2 Th Travel untuk tidak membawa hp ke dalam masjid. Ini kerana kakitangan yang mengawal keluar masuk jemaah sangat tegas...mungkin ada juga yang terlepas pandang dan membawa masuk...ikut nasib la...dan pandai2 sendiri di mana nak sorok hp tu....hehehe...ada ramai jugak la yang saya nampak berposing di dalam masjid ambik gambar... ok jee...tapii saya tak berani...ikut je la prosedur mereka yaa...hehe].

Syukur..akhirnya hajat untuk menunaikan solat di dalam masjid nabawi akhirnya terlaksana. Saya dan emak sempat melakukan beberapa solat sunat pada malam itu. Sedang saya sibuk melihat keindahan senibina islamiah di dalam masjid sementara menunggu emak selesai solat, tiba-tiba kedengaran suara halus wanita..

"ibu...ibu....ya ibu.... habis....habis......ya ibu...habis...."
saya mencari2 suara tersebut.

"Ya ibu....kami mahu tutup..mahu cuci....2.30 pagi nanti baru buka.... sekarang raudhah.....raudhah....." sapa seorang wanita berpurdah yang fasih berbahasa melayu indonesia dari belakang saya.

Emak ketika itu masih bersolat. saya hanya mengganggukan kepala sambil menunjuk isyarat tunggu sehingga emak habis solat sambil mengukir senyuman ke arahnya.

selesai emak melakukan solat...saya mengajak emak keluar.

"syukran ya ukhti....assalammualaikum..." ucap saya sebelum beredar masih sempat melemparkan senyuman kepadanya.

"afwan....w'salam...malaysia mmg bagus...." jawabnya.

Dia tahu saya dari Malaysia melalui tag nama yang saya dengan mak pakai. [tag nama itu menggantikan passport kami disana - jadi kemana sahaja kami pergi..wajib pakai tag nama berkenaan...hehehe....itulah yang dijelaskan oleh pihak Th Travel kepada kami semua....ikut je la....].

Saya dengan mak menunggu suami di tempat yang dijanjikan sambil menyaksikan kunjungan manusia ke masjid itu tanpa henti dan lori2 yang menghantar air zam-zam. Sempat memerhatikan gelagat anak2 kecil bermain2 ketika penghantaran air zam2 itu dilakukan. Leka dan saya tersenyum sendirian..... sambil2 tu melihat kecantikan Masjid Nabawi yang mana sebelum ni saya lihat hanya di dalam TV....kini Allah tunaikan hajat saya untuk melihat sendiri dengan mata saya dan bersolat di dalam masjid yang indah ini.... syukur sangat2....


beginilah keindahannya Masjid Nabawi yang tidak pernah lekang dari kunjungan umat Nabi Muhammad saw. Dibawah kubah hijau itulah terletaknya makam Rasulullah saw.... MasyaAllah... indahnya.....


Lori yang membawa tong2 yang diisi dengan air zam-zam.
 
"Ya Hajjah....zam-zam.... minum...minum...sedappp...." 
sapa seorang lelaki arab kepada saya dan emak sedang saya dan mak menanti en suami....saya berbual dengan mak..... macam2 yang kami bualkan..... kadang2 saya ketawa..... mak ceritakan pengalaman mak ketika berada di masjid nih..... ya Allah....indahnya.....

Bila di sapa oleh hamba Allah itu......Masa tu baru saya teringat untuk merasai air zam-zam. Pada asalnya..saya kurang suka untuk minum air zam-zam... sebabnya..selalunya di Malaysia..kalau rasa air zam2..rasanya agak payau... mmg tak teringat langsung nak minum....sehinggalah hamba Allah ini menyapa saya dan emak untuk minum air zam-zam. Dan akhirnya apabila saya rasa segelas air itu.... tekak seolah terasa sangat nyaman dan segar.... MasyaAllah...sedapnya....dan terus saya mengambil untuk kali kedua. Betul...sangat sedap.....hanya orang yang pernah merasainya di sana je yang tahu betapa sedapnya air zam-zam itu.

Hampir setengah jam menanti en suami..akhirnya wajah itu muncul dihadapan mata kami tanpa berselipar. Rasa nak tergelak pun ada. Hari pertama datang dah hilang selipar. En suami menjelaskan... dia masuk dari pintu lain dan terpaksa keluar ikut pintu lain kerana berpeluang untuk bersolat di raudhah dan berkesempatan untuk memberi salam kepada Rasullullah. Pintu yang dia masuk tadi telah pun ditutup...hehehe... [tapii at last esoknya...jumpa balik kasut dia..... jangan risau...tak hilang lahh....]

Mendengar penjelasan en suami hati menjadi lapang... MasyaAllah...bestnya..hari pertama sampai dah diberi peluang untuk bersolat di raudhah dan yang paling jeles...boleh beri salam betul2 di hadapan makan Rasulullah. Saya mendesak en suami untuk membawa saya ke makam Rasulullah. Ye saya tahu..wanita tidak dibenarkan masuk..dan hanya dibolehkan untuk memberi salam pada jarak yang agak jauh. Siap pasang tali lagi untuk menjarakkan tempat itu. En suami membawa saya dan emak betul2 bertentangan dengan pintu masuk raudhah.... kami mengelilingi masjid nabawi yang besar itu di dalam kedinginan cuaca yang sejuk pada ketika itu. Bila saya cuba menghampiri sedikit ke arah pintu masuk...seorang pegawai yang bertugas datang menyapa kami...

"hajjah...haram....haram...." 
sambil mengarahkan kami beredar jauh sedikit dari jarak berkenaan.

Kami akur dengan arahan yang diberikan. Dan akhirnya hajat untuk memberi salam kepada Rasulullah dapat jugak dilaksanakan pada malam itu juga. Walaupun pada jarak yang jauh...selepas saya membaca ucapan salam dengan berpandukan kepada buku yang dibekalkan oleh Th Travel dengan sepenuh hati dan keyakinan saya....terasa meremang seluruh badan..seolah salam saya itu disambut oleh kekasih Ilahi..dan dengan tiba-tiba air mata berguguran tanpa dipaksa. [hati dan perasaan saya yakin...terlalu yakin...... dan percayalah..ketika disana...air mata memang mudah sangat mengalir.... takjub....syukur dan semua perasaan yang mengagungkan keberasanNya hadir dalam jiwa....]

Sepantas kilat ingatan mula mengenangkan pengorbanan yang besar yang telah dilakukan oleh Rasulullah kepada umatnya sehingga kita mampu menikmati nikmat yang tidak terhingga kini hanya disebabkan oleh pengorbanannya dahulu. Hati mula terasa tenang..setenang yang tidak dapat digambarkan. Lama saya berdiri di situ melihat keindahan dan cahaya dipintu masuk ke makam Rasulullah.

"terima kasih Allah...terima kasih kerana menyampaikan hajatku untuk mengunjungi kekasihMu. Benarlah...NabiMu ini adalah insan yang sangat istimewa......terima kasih ya Rasulullah..." itu saja yang mampu saya ucapkan sambil air mata sememangnya tidak henti mengalir.

Saya berasa puas..kerana tujuan asal ke sana untuk bertemu dengan Rasulullah akhirnya tercapai walaupun mengikut pada jadual...esok baru kami [para wanita] akan pergi ke raudhah seterusnya memberi salam kepada Rasulullah dan para sahabat.


En Suami sempat mengambil gambar mimbar Rasulullah saw dan inilah raudhah. Terlalu ramai orang yang ingin bersolat disini. Namun niat itu PASTI akan ditunaikan oleh Allah kalau kita bersungguh2 memohon padaNya. Tidak kiralah berapa ramai yang berebut pada ketika itu.


Inilah pintu masuk/keluar raudhah. Hanya untuk kaum adam sahaja. Kaum hawa tidak dibenarkan berada berhampiran dengan kawasan ini.


Hari pertama beberapa jam selepas sampai di kota ini dan buat pertama kalinya berada di dalam masjid ini...disinilah tempat saya memberi salam kepada Rasulullah saw. Walaupun jaraknya agak jauh... namun... disinilah air mata ini mengalir dengan sendirinya dan disini jugalah hati tersentuh kerana dapat merasai salam itu disambut oleh Nabi kita... masyaAllah.... alangkah indahnya jika saya boleh ke sini setiap hari untuk berada hampir dengan Nabi... :'(


Bersama insan istimewa ini....syukur padaMu ya Allah kerana memberiku kesempatan untuk bersama-sama emak di kota Barakah ini.


Bersama cinta hati saya mengukir kenangan yang indah di sini. Syukur padaMu Ya Allah...kerana memberi kesempatan kepada kami untuk berada di sini....menyampaikan hajat kami yang lama terpendam untuk ke Kota ini.

Selesai dan puas berada di Masjid Nabawi... kami pergi ke kedai yang berhampiran untuk membeli selipar en suami yang hilang tadi. Disebabkan en suami berkaki ayam... peniaga disitu meletakkan harga yang agak tinggi untuk sepasang kasut selipar... namun setelah membuat tawaran untuk memberi kurang akhirnya berjaya juga memiliki selipar dengan harga 15 riyal. [Disini...peniaga suka kalau kita membuat tawar menawar..dan percayalah... kita akan dapat pada harga yang berpatutan...jangan berpandangan negatif dengan peniaga2 disini ya... mereka semuanya baik2 belaka...]


Keluar dari Masjid, ternampak ini di satu lorong berhampiran dengan masjid Nabawi. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum... simple sangat kan...

Malam itu saya mengukir mimpi yang indah. Harap dapat bertemu dengan Rasulullah lagi dan berpeluang untuk bersolat di raudhahNya esok... 
 
 

[kualiti gambar kurang memuaskan.....maaf ea....=)))]


No comments:

Post a Comment