Thursday, March 21, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - DAY 9 / 10


5 Mac 2013 - Selasa - HARI KE SEMBILAN
Hari ini hari ke 6 kami berada di Kota Mekkah. Terasa begitu cepat masa berlalu meninggalkan kami. Kesemuanya menjadi kenangan yang sangat indah buat saya dan suami. Bersama-sama emak dan kami bertiga sama-sama melakukan ibadat kepadaNya. Emak banyak memberi nasihat2 bergunanya kepada kami. Inilah hikmahNya yang sangat indah ;))

Pengalaman saya ketika menunaikan solat isya' di masjidilharam.

Selesai mendirikan solat tahiyatul masjid, saya bangun semula untuk menunaikan solat sunat yang lain. Selepas mengangkat takbir yang pertama, tiba-tiba datang seorang wanita arab lalu ditepi saya. Badan saya sedikit terpaling. Entah kenapa, saya agak marah ketika itu. Mungkin wanita itu menyedari saya marah, dia lantas terus mengusap tangannya di lengan saya. Ketika itu saya beristigfar dan terus beristigfar.

Tiba-tiba datang seorang wanita...yang datang dari arah depan saya... dengan pantas, terus melintasi saya. sekali lagi badan saya terpaling dan selendang wanita itu terus menutupi wajah saya dan ianya berbau wangi. Ketika itu saya tidak henti2 memohon ampun dari Ilahi... Inilah balasan yang saya terima akibat dari sifat kurang sabar saya dan amarah saya. Subhanallah... saya bersyukur kerana Allah membalasnya sekejap itu. Saya terus melakukan solat sunat taubat dan memohon keampunanNya.

Selesai melakukan beberapa solat sunat, saya duduk berzikir dan ketika itu, hampir sepuluh orang melintasi di bahu saya sedangkan di sebelah yang lain terdapat ruang yang lapang untuk dilintasi. Dan saya redha... inilah balasan yang perlu saya terima... saya hanya tersenyum..dan dalam hati tidak henti2 berzikir dan besyukur kepadaNya hehehe... itulah pengalaman saya yang sangat bermakna... so..kena banyak bersabar.... tak boleh nak marah2 orang...

Saya ceritakan pengalaman itu kepada en suami saya. En suami hanya tersenyum kerana dia lebih mengenali isteri dia nih.... hehehehehe...Allah nak uji saya.....alhamdulillah.....




Kami mula teringat kat Tabby. Kebetulan di kota Mekkah terdapat banyak kucing... sekurang2nya terubat rindu dengan si notty tu... hehehe....


Di menara jam. Mengabadikan kenangan bersama emak tersayang ;))


Di hadapan hotel Shohada. Masa ni kami baru je balik dari solat ;))


En suami dan pekerja di hotel Shohada [Security Guard] yang sangat sporting ;)))




6 Mac 2013 - Rabu - HARI KE SEPULUH

Seawal pagi, kami diberi taklimat tentang jadual waktu berlepas kami ke Malaysia.

Sedar tak sedar kami dah pun nak pulang ke Malaysia. Rasa macam tak puas duduk di kota Mekkah yang terlalu indah ini. Cuaca panas bukanlah alasan utama untuk kita tidak beribadat disini. Sebaliknya, disebalik cuaca yang panas ini, sebenarnya Allah telah memberi perlindungan kepada kita dari cahaya terik ini ketika kita melakukan ibadat kepadaNya.. cuma kita antara sedar dengan tidak sahaja. Hati saya mula sedih untuk meninggalkan kota ini. Rasanya belum puas untuk saya melakukan ibadat kepadaNya..untuk sujud kepadaNya..melihat kaabah yang dimuliakanNya.

Hati mula berasa sayu. Hanya Dia yang tahu. Disini, saya memperolehi ilmu yang bermanfaat. Membetulkan kesilapan2 diri yang selama ini dianggap betul. Hati telah dicuci dengan ilmu2 yang bermanfaat disini. [Setiap hari dari di Madinah lagi hinggalah ke Mekkah ustaz2 dari pihak travel senantiasa mengadakan tazkirah setiap hari selepas waktu Asar..... banyak ilmu yang dicurahkan kepada jemaah dan itu jugalah peluang untuk jemaah bertanya apa sahaja persoalan mengenai ihram dan sebagainya..... ]

Mendapat pengalaman yang sangat indah yang tidak akan diperolehi dimana-mana. Disini berkumpulnya kesemua umat islam dari seluruh negara. Disini saya mengenali insan2 dari negara lain dan bangsa lain yang berinteraksi dengan saya hanya menggunakan bahasa isyarat. Disini juga saya disayangi oleh makcik2 dari Jordan, Turki ketika di dalam bas..ketika di masjid... MasyaAllah... inilah kenangan indah buat saya. Disini juga Dia memperlihatkan kepada saya tentang keajaibanNya... Maha SuciMu Ya Allah... :'(

Segala yang ada disini adalah sesuatu yang indah yang tiada dimana2 sekalipun. Semoga segala ibadat saya diterima oleh Yang Maha Esa.

Antara gambar2 yang sempat diambil ketika dalam perjalanan ke Masjidilharam dari Hotel [menaiki bas yang disediakan]




Rumah2 diatas bukit batu


dekat kota ini banyak terowong2 dibawah bukit batu... ;))


Ini suasana di malam hari ketika saya dan suami berjalan kaki balik dari masjid.


Gambar2 keindahan di Masjidilharam yang akan terukir indah di dalam hati saya ;))


Syukur..pada ketika ini, saya dan emak dapat bersolat di hadapan kaabah. Hanya Allah yang tahu betapa gembira dan terharunya perasaan saya. Sesungguhnya..jika kita melihat kaabah sahaja..kita mendapat pahala.


Senibina yang sangat indah.


Saya akan merindui jam ini..dan lebih akan merindui suara bilal melaungkan azan dan akan terus tersemat di dalam hati saya suara imam Syeikh Maheer al-Muaiqly mengalunkan ayat2 Ilahi.








Senibina-senibina yang sangat cantik yang terdapat di dalam Masjidilharam.


Gambar ini diambil oleh en suami saya di tingkat paling atas Masjidilharam. Hanya jemaah lelaki sahaja yang dibenarkan naik ke tingkat atas ini.


Beginilah keadaan di baitullah setiap hari, setiap waktu dan ketika sepanjang kami berada di sini. MasyaAllah... terlalu ramai yang datang ke mari dengan tujuan yang sama iaitu untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Namun...dalam ribuan umat manusia ini... PASTI ada tempat untuk kita...


Beginilah suasananya ketika selesai sahaja solat. Namun semuanya masih saling hormat menghormati dan bertimbang rasa....kita disini semuanya saudara.

Saya masih berharap agar esok tidak menjelma untuk saya pulang ke Malaysia... namun realitinya... saya perlu balik ke tempat asal saya dan berharap agar saya diberi kesempatan untuk ke sini lagi.


Mengabadikan kenangan di depan kaabah di malam terakhir kami berada di Masjidilharam. Hanya Allah yang tahu perasaan kami di ketika ini.








Jumpa di entry seterusnya.... =))








No comments:

Post a Comment