Thursday, March 21, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - DAY 5 / 6

1 Mac 2013 - Jumaat HARI KE LIMA
Hari kedua berada di Kota Mekkah. Saya dan suami sempat keluar bersama-sama meninjau di Kota Mekkah. Oleh kerana pembinaan yang sedang dijalankan, keadaan sekeliling sedikit berhabuk. Saya nasihatkan... beberapa tahun ni, kalau ada rezeki untuk menjadi tetamuNya, bawalah mask yang tebal sedikit dari sini dan pakailah disana. Hotel sememangnya ada menyediakan mask untuk para jemaah. Pada sesiapa yang tidak tahan habuk....wajib memakai mask. Cuaca agak panas tetapi tidak lah seterik kita disini. Saya dan suami masuk ke Safwah Mall. Sebenarnya tiada mood untuk membelipun, sekadar menjamu mata dan melihat sendiri keadaan penjual disini. Seperti di Madinah, kebanyakkan peniaga disini fasih berbahasa Melayu Indonesia. Kami akhirnya, naik ketingkat 3 mall tersebut untuk mencari makanan yang lazat disini. Selera saya dan suami bertambah2 ketika berada di Madinah dan Mekkah. Ingin mencuba masakan disini. Terbaca dalam beberapa blog mengatakan nasi mandhi dan nasi briayani di kota Mekkah ini semuanya lazat dan enak. Saya dan suami mencuba nasi briayani ayam disini. Ya Allah...memang sangat sedap. Selain kesemua stall menjual makanan arab...terdapat juga stall d'saji yang menjual masakan melayu. Teh tarik, teh ais, roti canai dan kuih muih melayu kita.

Kami membungkus untuk emak dan dibawa balik ke hotel. Bilik emak dan saya hanya bertentangan. Jadi sangat mudah jika berlaku apa sahaja. Disepanjang perjalanan kami untuk balik ke hotel, ramai jemaah yang telah bergegas ke masjid, lelaki dan perempuan. Ya Allah..kami hampir terlupa yang hari itu adalah hari Jumaat. Kami bergegas berjalan sepantas yang boleh untuk segera sampai ke hotel. En suami menyuruh saya solat di hotel sahaja. Kerana keadaan orang yang terlalu sesak dan emak pula kurang sihat pada hari itu...[mungkin penat sehari suntuk berjalan dan berjaga]. Saya akur dengan apa yang dikatakan oleh en suami walaupun sedikit terkilan untuk buat solat jumaat....... tapiii kena dengar cakap suami kan....akur je lah....


Nasi briyani ayam yang sangat sedap. Banyak ni boleh makan 3 -4 orang. Sangat banyak dan padat.

Pihak hotel menyediakan bas shuttle untuk ke masjidilharam. Kalau nak diikutkan jarak antara hotel dan masjidilharam tidaklah jauh sangat. Lebih kurang 10 minit je kalau jalan kaki. Tak terasa sangat kerana dikiri dan kanan jalan..terdapatnya deretan kedai yang menjual pelbagai barangan cenderahati....lagipun jalan terus je....terus sampai ke pintu utama masuk ke Masjidilharam....pintu King Abdul Aziz.... Namun...oleh kerana kami membawa emak dan keadaan persekitaran yang berhabuk, kami perlu akur untuk menaiki bas sepanjang berada disini kecuali jika saya dan suami keluar berduaan.


Inilah bas yang banyak berjasa kepada kami yang menghantar dan mengambil kami setiap kali sebelum dan selepas solat. Beroperasi 24 jam sehari.


Keadaan dalam bas yang senantiasa dipenuhi dengan jemaah. Dengan satu tujuan iaitu untuk bersujud kepadaNya. Di dalam bas ini jugalah saya berkenalan dengan makcik2 dari indonesia... dari Jordan yang begitu baik dan hampir2 nak kena cium dengan makcik Jordan... [memori yang sangat indah]

Bila berada di Mekkah dan Madinah... satu nikmat yang paling saya tidak boleh lupa dan rasanya perlu diamalkan disini ialah..ucapan salam... ketika berada dalam lift..sesiapa sahaja yang baru masuk, pasti akan memberi ucapan salam..ketika naik bas..ketika bertemu di perjalanan. MasyaAllah...seronoknya... tak kira dia tu kaya atau miskin...bila ucapan salam diberi ..itu tandanya kita ni sama sahaja...dan kita ni bersaudara.

Malam- selepas solat isya' - sekali lagi saya dan suami keluar sebentar untuk mencari kebab. Entah kenapa..perut asyik lapar dan minta diisi. Ada je makanan yang kami nak cuba. Kebetulan di tepi2 jalan untuk ke hotel kami, ada gerai2 fast food yang menjual burger dan kebab. Apalagi..kami pun mestilah nak mencubakan.... hehehee... di sepanjang jalan tu....ada sahaja orang2 arab, jordan dan turki yang suka bersedekah.

"Assalammualaikum hajj....hajjah....please take....sadakah...sadakah...." sambil menghulurkan satu bekas kekacang yang dibawa dari negara mereka. Tanpa ragu..saya dan suami mengambil sedikit untuk menyampaikan hajatnya tadi. Terasa nikmat. Kami beriringan sambil tersenyum... inilah bumi barakah...bumi yang hidup sepanjang masa. Tak kira di masjid lagi. Tengah duduk berzikir, tiba-tiba jatuh 2 biji buah kurma di riba saya..seolah gugurnya buah dari langit. Rupanya ada hamba Allah yang bersedekah... syukur alhamdulillah. ;)).. selepas tawaf...tengah solat sunat tawaf.... ada pasangan ini sedekah tasbih...dan macam2 lagii yang indah yang tidak dapat kita lihat dan nikmati di negara kita..... hihihi...


Restoran fastfood ni betul2 berderetan dengan hotel penginapan kami.


antara deretan kedai2 disepanjang jalan menuju ke Masjidilharam dari hotel penginapan kami




Inilah 2 bungkusan yang di order oleh en suami... sebelah kiri saya punya..sebelah kanan en suami punya.


Nilah kebab daging... sedap la jugak... tapiii kalau bawak sos cili dari M'sia.. mesti lagi sedap ;))


Burger ayam en suami yang punya....

Makan je kan.....jujurnya...memang sangat berselera disana....kalau di Malaysia...saya sangat kurang makan...selalu tak ada selera....tapii berbeza ketika berada di sana....asyik nak makan...bila hantar gambar2 melalui whatsapp kat adik beradik....diaorang kata saya dah bam bam.....ehhh...saya sukeeee.....hehehee....



2 Mac 2013 - Sabtu HARI KE ENAM

Hari ni kami melakukan ziarah luar. Tempat pertama - kami dibawa melihat sendiri Jabal Thur.

Kami tidak berkesempatan untuk mendaki Jabar Thur kerana ianya memakan masa 2 jam untuk naik dan turun. Namun, masih kelihatan ramai umat Nabi yang mendaki Jabal thur ini untuk melihat sendiri dan merasai bagaimana payahnya Nabi pada zaman dahulu untuk mendaki Jabal ini. Subhanallah.


Saya dan emak mengabadikan gambar kenangan berlatar belakangkan Jabal Thur. Kalau di perhatikan dari bawah ni..kelihatan ramai juga jemaah yang mendaki Jabal Thur ini. Kalau lah ada kesempatan..saya pun mmg teringin sangat nak daki.. tapii belum ada rezeki lagi..In shaa Allah..mungkin satu hari nanti kan...

Kemudian kami dibawa ke Jabal Rahmah. Tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah lebih kurang 100 tahun terpisah, akhirnya mereka ditemukan di Jabal ini. Saya dan suami sempat mendaki Jabal Rahmah ini. Berpeluh la jugak.Lebih sukar kerana saya memakai jubah. Oleh kerana keinginan yang amat sangat, saya gagahkan juga. Dengan bantuan suami yang menyambut tangan saya setiap kali melalui batuan yang besar, akhirnya saya dan suami sampai juga ke Jabal Rahmah ini. Laluan pendakian melalui tangga disediakan namun, terlalu ramai jemaah yang menggunakan laluan itu... tak salah sekadar mencuba. Dulu zaman Nabi adam dan Hawa tak ada tangga pun... hehehehe...


Dari kejauhan kelihatan ramai jemaah yang berada di Jabal Rahmah


Tanda arah Kiblat ini ada dimana2 sahaja di kawasan Jabal Rahmah ini.

Diingatkan....kalau nak berdoa.... perlu mengadap kiblat....bukan mengadap tiang tanda tersebut....sebab itulah....papan tanda ini di buat besar2 bagi mengingatkan jemaah agar berdoa mengadap kiblat....




Alhamdulillah...berada betul2 di puncak Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Di puncak ini terasa kedinginan seolah mengerti perasaan takjub kami diatas tinggalan sejarah yang tertulis di dalam Al-Quran.


Semoga ikatan ini [saya dan suami] serta ikatan adik beradik, sanak saudara serta sahabat handai turut berkekalan seperti kukuhnya ikatan kasih sayang Nabi Adam dan Hawa walaupun hampir 100 tahun terpisah. Disini..doa saya sentiasa ada untuk sahabat2 dan adik2 tersayang yang masih belum berumahtangga..semoga kalian semua dipertemukan dengan jodoh yang terbaik...yang dah berumahtangga...semoga perhubungan dan ikatan yang terbina kekal kukuh hingga ke jannah......amminn...


Takjub melihat kesungguhan para jemaah tidak kira lelaki atau perempuan, tua dan muda memanjat anak tangga untuk ke Jabal Rahmah ini.


Ramaikan....sebab tulah saya tak guna tangga...

Rupanya kamilah satu2nya pasangan yang mendaki jabal rahmah tu. Buktinya, bas menunggu kami sahaja dan kemudian terus ke destinasi yang seterusnya...alhamdulillah..... jemaah yang satu bas dengan kami sangat2 memahami.....kami disambut dengan senyuman dan doa yang baik dari jemaah satu rombongan.

Kami meneruskan lawatan ke Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina. Sayup kelihatan khemah2 putih di padang arafah. Ianya digunakan ketika musim haji. Saya mohon pada Allah...agar saya diberi peluang untuk berada di situ suatu hari nanti bersama-sama dengan suami saya...inshaa Allah....


tak silap saya lah...ini station keretapi laju yang membawa jemaah hanya dari negara arab sahaja. Dan berkemungkinan besar..ianya juga akan beroperasi untuk jemaah2 lain tapi tak tahu la bila kan... hehehe


Inilah kediaman VVIP ketika melakukan wukuf di arafah.


Beginilah keadaan khemah2 untuk jemaah melakukan wukuf....semoga saya dan suami serta keluarga menjadi tetamunya yang akan berwukuf di padanga arafah ini.....aminnnn...

Seterusnya, kami dibawa melawat ke Jabal Nur, tempat letaknya Gua Hira dimana disitulah tempat turunnya ayat yang pertama Iqra'. Sekali lagi..kami hanya melihatnya dari dalam bas. Penjelasan ringkas dari mutawif, pendakian ke Gua Hira' iaitu di puncak jabal Nur, mengambil masa selama 1 jam. Sekiranya kita mendaki di waktu malam sekalipun, pasti kita akan nampak jalan pendakian kita kerana itu Allah telah menamakan bukit itu Bukit Nur. Bukit yang bercahaya walau tiada cahaya lampu sekalipun. SesungguhNya tiada siapa yang dapat menandingi kekuasaan Ilahi.

Sempat jugak saya ambil beberapa keping gambar di sepanjang perjalanan kami...












Ni kete peronda di Mekkah....

Kami akhirnya dibawa ke Masjid Ja'ranah untuk miqat umrah yang ke dua. Disana, en suami menyalin pakaian ihram dan kami berniat umrah dan ihram disana. Saya hanya duduk di atas bas dan memasang niat di dalam bas sahaja. Kami balik semula ke hotel.

Selepas solat zohor, kami terus melakukan umrah yang kedua. Kali ni saya melakukan berdua bersama-sama dengan suami saya tanpa bantuan mutawif. Walaupun kami melakukan ketika cuaca panas, namun, kepanasan mentari tidak dapat menandingi kekuasaan Ilahi yang melindungi kami dari cahaya panas terik itu. Dengan tenang saya dan suami melakukan 7 pusingan tawaf. bermula dari penjuru Hajar aswad [di situlah ada tanda lampu hijau di penjuru kanan] Disetiap langkah..di setiap pusingan..saya tidak henti2 berdoa dan terus berdoa... Ya Allah... terasa sangat tenang. Tiada yang menolak..tiada yang mengasari..tiada kekalutan..semuanya berjalan dengan lancar... masyaAllah..inilah nikmat yang Allah kurniakan...Dia mempermudahkan segala-galanya.

Benarlah..sebagai tetamuNya...Dia akan melayani kita sebaik2nya...jadi..janganlah kita ragu2 untuk ke sana....Dia akan memudahkan segala kesukaran kita jika kita senantiasa mengharapkan belas kasihNya.

Selesai tawaf, saya dan suami melakukan solat sunat tawaf. Kami pergi ke satu sudut yang tiada orang..tempat itu lapang.... Kami bersolat berduaan di situ... MasyaAllah..sekali lagi Allah tunjukkan kekuasaanNya kepada kami.... tempat solat kami itu betul2 berada di dalam kawasan Multazam..tempat dimana doa kita sangat mustajab disitu. Saya terus sujud dan berdoa.. terasa sangat nyaman... air mata menitik membasahi marmar yang sejuk itu tanpa henti. Saya menangis dan terus menangis... memohon kepada Allah keinginan terpendam dihati saya.

Ya Allah..ketika itu...saya merasakan hanya saya seorang sahaja yang berbicara dengan Allah... tiada gangguan..tiada yang menolak.... Puas saya mengadu nasib dengan Allah... akhirnya saya perlu memberi ruang kepada orang lain untuk merasainya juga. En suami mengusap kepala saya...sambil mengucap rasa syukur padaNya dihadapan kaabah yang Allah muliakan..... Air mata saya sekali lagi mengalir laju. Selepas minum air zam2 dengan mengadap kiblat.... badan terus bertenaga untuk melakukan saie. Kami beriringan ke Safa dan Marwah. Terus terang saya katakan....saya tenang...sangat tenang..... itulah nikmat yang tidak terhingga yang Allah kurniakan kepada setiap hamba-hambaNya yang menjadi tetamuNya.

Air mata terlalu mudah untuk mengalir ketika berada di Madinah dan Mekkah. Itulah kenikmatan betapa kita sedar kerdilnya diri kita disisi Ilahi...

Sekali lagi kaki pantas melangkah melakukan saie. Disini..saya menghayati dengan sepenuhnya bagaimana pengorbanan Saidatina Hajar terhadap anaknya ismail.... semoga..saya berpeluang untuk menjadi seorang ibu yang memahami kasih sayang ibu terhadap anaknya. Terasa kesayuan di setiap langkah saya. En suami turut melakukan lari2 anak [sunat] di lampu hijau sebagai panduan dan akan menanti saya di satu sudut dan seterusnya kami akan jalan beriringan. Damai dan ketenangan...itulah yang saya rasai... Walaupun beribu orang pada ketika itu..namun..sedikit pun tidak merasai kesesakan..Ya Allah..inilah nikmatNya...

Kami selesai saie betul2 ketika masuknya waktu solat Asar. Kami berkesempatan untuk solat Asar di Marwah. Selesai solat berjemaah di Marwah...barulah saya dan suami bertahalul. Alhamdulillah..selesai umrah kami yang ke 2. Syukur padaMu Ya Allah. Kami beriringan balik semula ke hotel, membersihkan diri bersiap sedia untuk ke masjid semula untuk solat maghrib dan Isya'.



Jumpa di next entry jom.... =))









No comments:

Post a Comment