Thursday, March 21, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - DAY 7 / 8

3 Mac 2013 - HARI KE TUJUH [hari ke 4 di Mekkah]
Sedar tak sedar... hari ni adalah hari ke 4 kami berada di Kota Mekkah. Hari ini adalah aktiviti bebas. Tiada ziarah atau lawatan yang dilakukan hari ni.

Selesai sahaja solat subuh, saya dan suami membawa emak melihat persekitaran kota Mekkah. Kami berkesempatan melihat tempat burung merpati. Disini...tanah haram ini...terdapat banyaknya burung merpati. Di sepanjang jalan ada terdapatnya taburan gandum2 untuk merpati ni makan. Kita haram untuk memburu atau membunuh merpati ini. Ketika melihat merpati yang banyak, terdetik di ingatan saya dan suami akan burung2 merpati yang banyak di rumah yang akan datang setiap pagi dan petang untuk makan. En suami setiap minggu akan membeli gandum dan jagung hancur untuk diberi kepada merpati yang jinak itu. Dan syukur, disini juga kami dapat melihat merpati yang banyak..sekurang-kurangnya...terubat juga rindu kami pada merpati2 di Ipoh...hehehe...

Ditepi2 jalan terdapat penjual yang menjual gandum untuk diberi kepada burung2 merpati ini.

Rasa terhibur melihat gelagat burung2 merpati ini.

Kami juga berkesempatan untuk melihat sendiri jualan2 lelongan di tepi2 jalan. Terasa sangat meriah ketika itu. En suami sempat membeli 2 kotak kecil anggur hijau yang beharga 5riyal sekotak. Kami menyusuri kedai2 yang seawal pagi telah dibuka kepada jemaah yang baru balik dari menunaikan solat subuh. Ada yang jual dari atas lori la...bermacam-macam ragam. Namun terus terang saya katakan...seperti di Madinah..saya memang tak ada mood untuk membeli. Cumanya..di Madinah..saya dan suami banyak membeli kurma sewaktu kami berkunjung ke Ladang kurma. Last day berada di Madinah..malam itu..barulah saya belikan sesuatu untuk adik beradik perempuan dan emak mertua saya.


Sempat membeli buah anggur ini daripada peniaga di kaki lima jalan.

Kami membawa emak untuk sarapan pagi di Safwah Mall... emak memilih untuk makan roti canai yang harganya 5 riyal di D'saji restoran....teringin katanya..... Saya memilih untuk makan nasi mandhi kambing [share dengan mak dan en suami] dan jus strawberry fresh tanpa yougurt. MasyaAllah...sangat sedap okeh. Berselera kami makan. Sekali sekala tukar selera. Jadinya kami tidak mengambil sarapan di hotel hari ni.... hehehe... Saya tengok emak pun berselera makan. Kami menikmati hidangan sambil berbual2 mesra.. Ya Allah...best betul masa tu.

Dimana-mana pun mmg ada banyak ais krim baskin robin nih.

Roti nih sangat sedap... just nice je rasa dia... tak manis sangat.

Jus yang wajib di order kalau anda ke sini. Jus strawberry..sangat sedap... yummy sangat2. Fresh strawberry without yourgurt / milk

En suami sedang beratur untuk belikan mak roti canai di gerai D'saji 5 riyal sekeping

Inilah nasi mandhi kambing. Sangat enak... habis 3 orang makan. hehehe...

Kami kemudian terus ke Bin Dawood Mall dimana barangan di mall itu sangat exclusive. Semua jenama terkemuka terdapat di situ. Kalau kat M'sia ni...mcm Pavillion la... hehehee... dibawah mall itu terdapatnya kedai2 yang menjual jubah dan sebagainya. Sekali lagi kami hanya menjamu mata melihat gelagat para pembeli dan penjual.

Satu lagi pengalaman yang berguna yang Allah tunjukkan kepada kami semua. Semasa makan tengahari di Hotel, tiba-tiba kami dikejutkan dengan esakan tangisan seorang pakcik yang sama pakej dengan kami. Pada mulanya saya, emak dan suami tidak tahu pun cerita sebenar kenapa pakcik tu menangis.

Allah Maha Besar... rupanya pakck itu menemui adiknya yang telah lama terpisah dengannya sejak usia adiknya 20 tahun lagi. Cuba bayangkan. Akhirnya mereka bertemu di kota yang suci ini. Subhanallah.

Pada awalnya orang TH travel menemui pakcik ni berkeliaran di kaki lima hotel tanpa ada pengenalan diri. Bila ditanya, pakcik itu hanya tahu cakap..saya dari kuantan Malaysia. Disebabkan perkataan Malaysia itu, petugas TH travel terus membawa pakcik itu tadi naik ke atas untuk menikmati makan tengahari. Disebabkan dalam kumpulan kami itu ada seorang pakcik dari kuantan, Pahang, jadi pakcik itu tadi terus sahaja berbual dengan pakcik yang tersesat tu tadi. Rupanya pakcik yang tersesat itu dah 2 bulan berada di kota Mekkah. Puncanya dia tersesat tidak tahu mencari hotel tempat tinggalnya ketika melakukan urmah 2 bulan yang lepas. Dan disebabkan itu, dia terpaksa mengemis di tepi2 jalan bagi mengisi perut.....subhanallah.

Sembang punya sembang....rupanya pakcik yang tersesat itu tadi adalah adik kepada pakcik yang satu kumpulan dengan kami. Apalagi..menagis lah mereka berpelukan... mana tidaknya dah berpuluh tahun tidak berjumpa..akhirnya Allah temukan mereka di sana. Dahulu, mereka ada sedikit salah faham, jadi pakcik yang tersesat ni tadi merajuk dan membawa diri tanpa memberitahu apa2 berita kepada keluarganya. Namun..benarlah... air dicincang tidak akan putus... begitulah ikatan adik beradik.. lambat dengan cepat, bila kita berdoa dan memohon padaNya...pasti Dia akan menunaikan permohonan kita.... Allahuakhbar. Dan akhirnya pihak Tabung Haji menguruskan perjalanan balik pakcik tersebut.

Betapa besarnya kuasa Ilahi.... semuanya ini banyak menyedarkan saya.... ya Allah....

Malam - Selepas solat Isya' dan makan malam - saya dan suami keluar semula bagi menikmati keindahan kota Mekkah yang tidak pernah kurang dengan kehadiran para jemaah. Kebetulan ketika saya dan suami sedang beriringan jalan menyusuri jalanraya yang agak sibuk itu, kelihatan sekumpulan jemaah yang ramai dari negara Indonesia baru sahaja sampai untuk melakukan umrah wajib. Perasaan seronok dan gembira melihat begitu ramai umat Muhammad mengerjakan umrah. MasyaAllah....

En suami membawa saya ke Bin Dawood Mall. Katanya untuk bersiar dengan saya sambil menikmati suasana malam di Kota Mekkah. Alhamdulillah..rupanya disebalik ajakan itu..sebenanrnya en suami ingin membelikan sesuatu untuk saya. 2 pasang jubah dihadiahkan kepada saya [mmg saya tak terlintas pun nak beli jubah disana...kerana harganya agak mahal dan jujur saya katakan mood saya mmg betul2 hilang utk shopping....] Jubah yang sangat cantik... Ya Allah... hati saya berbunga-bunga gembira. Satu pasang jubah untuk dipakai ke masjid ketika bacaan yassin setiap malam jumaat. Dan sepasang lagi untuk dipakai ketika ke majlis2 keraian [kata en suami la...]... sangat cantik....Ini kejutan kali kedua untuk saya. Yang pertama, ketika kami berada di Kota Madinah.... dimana en suami menghadiahkan saya sebentuk cincin bertahtakan batu2 permata... di sana..en suami dapat harga yang paling istimewa..kerana peniaga di Madinah..mengatakan saya berbangsa Yamen...walaupun berkali2 telah saya dan suami jelaskan...saya dari Malaysia.... beliau masih mengatakan emak / abah saya pastinya berbangsa Yamen...manakala suami saya dari Thailand..... macam-macam kan.... apa-apa pun terima kasih en suami.....really appreciate it....Ada juga saya beli sepasang jubah di Madinah...memenuhi permintaan mak yg nak saya pakai jubah tu....kata mak saya nampak cantik kalau pakai jubah tu.....ok mak....saya beli lah satu....sedondon dengan mak... hehehe...

Sebagai membalas keikhlasan suami saya kepada saya....[masyaAllah]...saya menghadiahkan sebentuk cincin batu delima kepada suami saya. Untuk pengetahuan.... suami saya tidak suka memakai apa2 aksesori kecuali jam tangan sahaja. Atas kehendak saya dan sunnah Nabi katanya...akhirnya en suami bersetuju untuk saya belikan cincin batu delima untuknya... dan istimewanya...saya mendapat harga yang istimewa dari peniaga arab berkenaan... ;)))

Kami mencuba fast food di sini pula. Di dalam mall Bin Dawood.

Disebabkan ada tersedia kaunter untuk wanita, jadi sayalah yang akan membeli set kebab ini..


sangat sedap dan harganya juga sangatlah berpatutan. Ruginya tak bawak sos cili dari rumah..kalau tak mesti saya akan menjadi semakin tembam.. selera makan bertambah2 disini. Yang diberi sekali adalah sos tomato....so..redha jelah....=))

Sudah pastinya...kami mencuba ais krim ini. Kalau disini snickers dan mars ni coklat kan.. tapi disana dibuat ais krim..mmg sangat yummy yummy okeh..wajib cuba..Yang ni ketika malam hari...en suami keluar sensorang tengah2 malam pergi ke kedai kat depan hotel..kiranya macam seven eleven kat sini...katanya nak beli kudapan.....ais krim yang dibelinya......hmmm....


4 Mac 2013 - Isnin HARI KE LAPAN
Hari ke 5 berada di Kota Mekkah. Selesai Minum Pagi, kami dibawa ke Ladang Unta untuk menikmati susu unta. Kelmarin kami tidak berpeluang untuk melihat unta di Jabal Rahmah...tetapi hari ini peluang untuk kami bermain dengan unta2 ini terbuka luas. Kelihatan di tepian jalan terdapatnya penternak2 unta bersama-sama dengan untanya yang dikandang. En suami sempat minum susu unta dimana harganya sebotol 5 riyal. Susu unta berkhasiat untuk usus kita. Ada yang berpendapat, susu unta 3 kali lebih berkhasiat dari susu lembu dan macam-macam perkara baik tentang susu unta ni. Yang pasti...saya tidak mencubanya kerana saya tidak suka minum susu...huhuhuu... en suami belikan sebotol untuk saya tetapi disimpan sahaja di dalam peti sejuk di hotel... at last..susu tu pun basi...sorry dear.

Ibnu Sina, penulis kitab Al-Qanun (panduan ilmu kedoktoran), “Ketahuilah bahwa susu unta adalah ubat yang bermanfaat. Kerana susu unta mengandungi zat yang dapat melarutkan secara halus dan juga mengandung zat-zat khusus yang bermanfaat. Hal ini telah dicuba kepada orang yang ditempatkan di negeri Arab.”

Mutawif juga menerangkan kepada kami tentang khasiat air kencing unta. Katanya air kencing unta berkhasiat untuk menghilangkan penyakit2 kronik seperti kencing manis, barah dan sebagainya.

Kami sempat bermain2 dengan encik2 dan puan2 unta di ladang tersebut. Yang betina di letakkan di dalam satu kumpulan manakala si jantan duduk di luar kandang. Yang betina sukakan kepada jemaah lelaki manakala yang jantan suka pada jemaah perempuan. hehehe... seronok betul bermain dengan unta2 nih. Satu sifat unta yang diterangkan oleh mutawif... mereka tidak akan berkahwin dengan anak mereka sendiri. Hebatkan... dan sekiranya kita mencederakan dia sekarang....dan lagi 5 tahun kita bertemu dengannya semula..kemungkinan besar... masa itu, dia akan mencederakan kita pula. Ingatan mereka sangat kuat dan tajam. Subhanallah...



al unta ini kemam tangan en suami saya... hehehe


bergambar dengan al unta jantan ;))


Beginilah caranya susu itu dijual..

En suami minum susu unta

Sedap katanya... hihihii
 
Selepas puas bermain unta, kami akhirnya dibawa ke Masjid Hudaibiyah untuk Miqat Umrah yang 3. Di situ juga suami menyalin pakaian ihram dan kami berniat umrah dan ihram di sana.


Dalam perjalanan untuk ke masjid Hudaibiyah..saya sempat snap gambar padang pasir nih... hihihi

Masjid Hudaibiyah

Sekali lagi saya dan suami melakukan umrah bersama-sama. Syukur kerana dapat sekali lagi melakukan umrah bersama-sama dengan orang yang paling saya cintai...suami saya. Sekali lagi, kami melakukan nya di tengah hari Isnin itu. Niat dihati kuat untuk mencium hajaraswad..namun disebabkan oleh orang yang terlalu ramai, saya dan suami terpaksa melupakan hasrat berkenaan. 
 
Namun di dalam hati ketika melangkah untuk tawaf...saya senantiasa berdoa... 
 
"Ya Allah.... berilah ruang kepadaku untukku mencium hajar aswad Mu itu... namun jika tidak berkesempatan....Engkau berilah aku peluang untuk berada hampir dengan kaabah yang Engkau muliakan ini dan melihat sendiri dengan mataku hajar aswadMu itu....."
 
Tidak berapa lama kemudian, suami saya mengatakan kepada saya... bahawa saya dan dia dengan mudah terus berada hampir dengan kaabah... MasyaAllah....kaabah betul2 berada di sebelah bahu kiri saya.... Ya Allah.... sekali lagi air mata saya tertumpah disitu. Ketika itu harum semerbak [yang sangat wangiiiii] menusuk masuk ke rongga hidung saya. Itulah wanginya kaabah. Saya cuba berjingkit2 untuk melihat hajar aswad yang dikerumuni oleh ramai jemaah...namun saya hampa kerana tidak dapat melihatnya dengan jelas. Mungkin bukan rezeki saya. Selain saya juga turut dapat menghampiri Makam Nabi Ibrahim [Tinggalan kesan tapak kaki Nabi Ibrahim].

Alhamdulillah..sekali lagi saya dan suami dapat bersolat sunat dan berdoa di multazam... ya Allah... hanya Dia yang tahu perasaan saya. Syukur padaMu Ya Allah. Sekali lagi air mata ini tertumpah di hadapan kaabah. Terdetik rasa syukur yang sangat amat kerana Allah memberi peluang ini kepada saya dan suami. Segala perasaan ini hanya Dia sahaja yang tahu... masyaAllah... hebatnya kasih sayang Ilahi. Syukur padaMu Ya Allah... inilah kenangan yang terindah yang tidak akan saya lupa disepanjang hayat saya. Ketenangan....kesabaran yang diberikan..semuanya atas kekuasaanNya..... terima kasih ya Allah... :'(

Seperti biasa, selepas tawaf, en suami pasti akan mengambilkan saya air zam-zam dan kami bersama-sama minum mengadap kiblat. Minum sahaja air zam-zam.. diri seolah bertenaga semula untuk melakukan saie. Kami sempat melakukan 5 kali pusingan saie dan tiba masa untuk solat zohor di safa. Selesai solat zohor di Safa, kami meneruskan saie kami . Semuanya dipermudahkan. Saya bertahalul manakala en suami nak bertahalul di hotel sahaja. Nak botak terus katanya...hehehe... jadi kami ambik keputusan untuk botakkan di hotel sahaja.


Di bawah 4 kelompok sulam emas di sudut tepi itulah letaknya hajar aswad dan di sudut yang bertentangan dengan itulah [disebelah kanan] adanya lampu hijau tanda bermulanya tawaf.


Di salah satu pintu2 di safa dan marwah

Alhamdulillah..dapat solat zohor di safa.

Inilah bukit safa. Kalau dulu ianya tidak di kandang dengan cermin ini. Saya yakin PASTI ada sebabnya. Yang penting kami masih diberi peluang untuk melihat sendiri bukit yang menjadi saksi pengorbanan seorang ibu [siti hajar] terhadap anaknya [Ismail]

Inilah bukit marwah.

Batu di bukit marwah

Dalam proses nak botakkan kepala... ;))

Tukang gunting ini sangat sporting dan juga seorang yang sempoi.

En suami saya dah botak....berdiri di depan kedai gunting rambut di dalam hotel penginapan kami.

Jumpa di entry seterusnya ------> =))

No comments:

Post a Comment