Thursday, May 16, 2013

PERCUTIAN KE SINGAPORE DAY 3

26 April 2013 - Jumaat

Hari ni hari terakhir kami berada di Sentosa Island. Seawal pagi en suami sudah menyediakan milo panas dan maggie cup untuk saya dan anak2 saudara yang lain....[tq awakkkk]. Kesemua beg diletakkan di dalam bilik kami dan saya memastikan segala barangan telahpun dimasukkan ke dalam beg tanpa ada satupun yang tertinggal.

Kami menaiki bas shuttle untuk ke Michael Hotel dan seterusnya pergi ke SEA Aquarium. Kami juga diberi kesempatan untuk memasuki Maritime Museum bagi melihat sejarah2 perdagangan yang datang berdagang ke negara Singapore. Menarik juga la...hihihii...

Maritime dengan SEA Aquarium terletak sebelah menyebelah saja..  


 "mari...mari..mari...satu sposen...satu sposen...." hihihi..macam2 la suami saya nih...
 Dua beradik
Kumpulan dari negara Uganda...

sempat juga budak2 ni main permainan ni...

Kemudian kami terus sahaja memasuki ke SEA Aquarium. Kami disambut oleh pelbagai jenis spesis ikan-ikan yang hidup di dalam laut dalam. Ketika itu terasa sangat teruja. Tak silap saya lah..SEA Aquarium ini adalah Aquarium yang terbesar di Asia... [tak silap saya lah kan....]. Dulu pernah jugak masuk ke SEA Aquarium di Langkawi... sama hebat juga dengan SEA Aquarium di sini...bezanya..di sana ada Penguin..tapi di sini ada dolphin... sama2 hebat la... 

Jom layan gambar2 kami ye... 


Bolah rasa tapak sulaiman... anak saudara saya kata "Patric"
Dolphin yang buat pelbagai aksi menghiburkan para pengunjung... 

Obor obor





Kedai cenderahati..

Sempatlah meronda dalam cafe ni ada kedai hard rock jenguk2 dan belek2 baju...hihihi
Barangan yang berjenama banyak di jual di dalam mall ni...

Kami akhirnya balik semula ke hotel untuk check out. Kami meminta pihak hotel menghubungi limo untuk membawa kami ke Airport. 

 Muka sedih nak balik dah...hihihii

Lebih kurang 40 minit perjalanan..kami akhirnya sampai ke Changi Airport....charge yang dikenakan USG60=RM150. Selepas urusan check in bag..jam pun dah menunjukkan ke angka 12.30 tengah hari.. maka perut2 budak2 tu pun dah berkeroncong memainkan pelbagai versi lagu dan irama...hehehe... kami akhirnya mencari kedai2 makanan halal yang terdapat di dalam terminal berkenaan. Dan akhirnya kami singgah ke kedai makanan Central Thai yang menyediakan makanan halal. 

  Ermmm...kat sini ada cerita lawak... kami melihat menu2 yang ada...dan kemudian sekeping menu diberikan kepada saya.... Terdapat set-set makanan dengan harga yang murah. Pemahaman saya... kalau disini [Malaysia] sekiranya set2 itu ditunjukkan di dalam menu..bermaksud...kesemua set itu bernilai pada harga yang tertera. Jadi...saya dengan yakinnye... menyuruh en suami order set berkenaan khas untuk 6 orang makan dengan harga USG28 [wahhh masa tu terasa macam...ehh... murah la pulak....kihkihkih...]
Melihatkan pada makanan yang sampai ke meja... hati mula lah berdetik...ehhh...betul ke nih.... 
kami semua makan dengan sangatlah berseleranya. 

Lemon juice

 Hidangan yang terdapat dalam set itu...sangatlah membuka selera bagi kami yang kelaparan ini... hihihiii...



Hidangan akhir ialah desert... wahhh tersangatlah sedap okeh...ubi kayu disirakan dengan pati santan.... [memang hidangan makanan Tahiland].

Desert yang sangat sedap.... 

Selesai semuanya menjamu selera dan kenyang.... en suami pun buatlah pembayaran... agak terkejut kerana harga kesemuanya berjumlah USG212 = RM512.50. En suami pun macam redha je la bayar kan... saya macam terdiam sekejap...anak saudara yang sulung [ican] memandang saya dan tersenyum... Rupanya bukan harga utk keseluruhan...tetapi harga untuk seorang... tidak termasuk minuman okeh... sooo..saya la tu yang tak faham dan tak alert... nasib la en suami saya ni sorang yang sangat cool... katanya...tak kisahlah berapa harga yang kena....yang penting kita semua kenyang dan makanan nya sangat enak.... berbaloi dengan jumlah yang dibayar.... [fuhhhhh nasib baik okeh...tapii... bila saya tengok je gambar tu...mesti rasa nak tergelak besar la jugak...atas sebab kelalaian diri sendiri...dan mereka yang menurut perintah queen nih.... kihkihkih].

Semnetara menunggu waktu berlepas... kami meninjau2 kedai-kedai souvenir yang terdapat disitu. Sempat juga lah saya tangkap beberapa pengapit kuku yang tertulis SINGAPORE untuk diberi kepada sahabat2 yang rapat dengan saya. Sementara..anak2 saudara yang lain sibuk memilih souvenir untuk ibu dan ayah mereka.   



Kami akhirnya sampai ke KLIA tepat jam 5.45 petang dan abang serta kakak ipar saya sedia menanti kami. 
Dari dalam kapal terbang lagi sebelum landing...anak2 saudara saya sempat bertanyakan saya... 
"acuuuu lepas ni acuu nak kemana pulak?" 
saya tanya dia balik..."kenapa?"
 dengan tersengih2 haikal jawab.."haikal nak ikutsssss tauuuu...nanti acu bgtahu tauuu..." [haaaa nak ikutttt...budak ni laaa.... hahahaa.... saya ketawa di dalam hati...]
"kami nak pergi RAHSIA...yeahhhh..." jawab en suami saya pulak sambil mereka semua ketawa.

Bermacam2 cerita dari mula sampai ke Singapore sehinggalah balik..mereka tidak henti2 bercerita. Tunjuk gambar la..barang2 yang dibeli la...dan macam2 lagi membuatkan saya tersenyum sendiri. Syukur alhamdulillah..mereka semua gembira dan berpuas hati... InsyaAllah..kalau ada rezeki... boleh la bercuti sekali lagii bersama geng budak sekolah nih..... =)))

Semoga ianya sedikit sebanyak memberi info kepada anda semua tentang percutian singkat di Sentosa Island.

Terima kasih kerana membaca.... salam sayang tulus ikhlas dari saya...=))

2 comments:

  1. Hi ! Perkongsian yang menarik... Terima kasih. :) By the way, if anyone interested to buy Entrance Tickets of Singapore at promotion price - you can also contact me. :) My location in Johor Bahru. All kinds of tickets available such as: USS - SEA AQUARIUM - NIGHT SAFARI - CABLE CAR - SINGAPORE ZOO - MADAME TUSSAUDS - WINGS OF TIME - GARDEN BY THE BAY & etc! Visit Love Travel on Facebook! CLICK here >> www.facebook.com/lovetravel86
    From: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Hi ! Perkongsian yang menarik... Terima kasih. :) By the way, if anyone interested to buy Entrance Tickets of Singapore at promotion price - you can also contact me. :) My location in Johor Bahru. All kinds of tickets available such as: USS - SEA AQUARIUM - NIGHT SAFARI - CABLE CAR - SINGAPORE ZOO - MADAME TUSSAUDS - WINGS OF TIME - GARDEN BY THE BAY & etc! Visit Love Travel on Facebook! CLICK here >> www.facebook.com/lovetravel86
    From: JESSICA HP: +6017-7055381 EMAIL: jessica.travel8686@gmail.com

    ReplyDelete