Thursday, March 21, 2013

PERJALANAN UMRAH 2013 - DAY 3 / 4


27 Februari 2013 [Rabu] HARI KE TIGA
Sedar tak sedar dah hari ke 3 saya berada di kota yang damai ini. Dan sejujurnya... saya dan suami sememangnya telah jatuh cinta dengan Kota yang penuh barakah ini. Tempatnya nyaman...dingin dan sangat tenang. Keseronokkan berada di kota ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Naluri ketika berada disini tidak sama seperti kita berada di negara2 lain.... semua yang ada disini....semuanya indah.....Hati dan naluri hanya ingin bersujud padaNya. Ingin selalu dekat dengan Rasulullah. Kalau boleh setiap detik yang berlalu itu ingin diisi dengan berzikir...membaca al-quran dan berselawat keatas nabi. Hilang segala perasaan ingin membeli itu dan ini..kerana pada saya...[pada saya la...orang lain saya tak tahu....] beribadat itu lagi penting dari semua barangan yang ada di jual atau dibeli...nak sampai ke sini [Madinah dan Mekkah] bukannya mudah. Dan saya pasti ramai yang bersetuju dengan saya...hehehee....


Gambar ini diambil oleh emak saya....hehehe... penorama di luar berhadapan dengan hotel kami.





Saya sendiri hilang segala mood untuk membeli itu dan ini. Elok la macam tu kan... hati akan rasa tenang je untuk buat ibadat tanpa berfikir untuk beli itu la ini la...kalau tak ada barang yang saya nak pun... semua tu tak menjadi masalah besar pada saya. Apa yang penting.... saya tidak lepaskan waktu untuk solat berjemaah di masjid Nabawi atau masjidilharam. Syukur kerana Allah hilangkan semua perasaan itu dari dalam diri saya. Kerana hati saya semakin tenang tanpa memikirkan apa2 perkara duniawi...[ayat ini saya pernah gunakan sewaktu bergurau senda dengan sahabat2 saya...hehehe....].

Beza betul perangai saya ketika berada di kota barakah ini...en suami sendiri mengakuinya... saya menjadi lebih bertabah dan bersabar.... lebih redha dan berserah...banyak berdiam dan tersenyum.....mungkin inilah hikmah dan anugerah Ilahi...mendatangkan perasaan positif dalam diri saya.... ;)))

Di hari ke 3 ini, travel membuat ziarah /lawatan. Adalah satu kewajipan bagi setiap kunjungan ke Madinah untuk pergi ke Masjid Quba'.


Bersedia untuk membuat lawatan tempat2 istimewa di kota Madinah

"Sesiapa yang berwudhuk daripada rumahnya sehinggalah sampai di Masjid Quba’dan bersolat di dalamnya, baginya ganjaran pahala seperti menunaikan Umrah”.
Kami berkesempatan untuk menunaikan solat tahiyatul masjid dan solat sunat dhuha di masjid Quba' ini. Syukur padaMu Ya Allah...




Masjid Quba' adalah masjid yang pertama dibina oleh umat islam di Madinah. Di dalam masjid ini masih terdapatnya mimbar asal Rasulullah yang dulu pada asalnya diletakkan di dalam masjid Nabawi tetapi kini telah digantikan dengan mimbar yang lebih cantik [di masjid Nabawi].

Masjid ini ada disebut oleh Allah swt di dalam al-quran [surah al-Taubah ayat 108 & 109] sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa. Semasa dalam perjalanan berhijrah ke Madinah, Rasulullah saw telah singgah ke masjid Quba' selama 4 hari. . Baginda tidak akan tinggal di satu-satu tempat itu kecuali dengan mendirikan masjid. Atas dasar ketaqwaan baginda Rasulullah saw kepada Allah swt maka terbinanya Masjid Quba'.

Maka ambil la peluang ini untuk mendirikan solat di dalam masjid Quba' ini ;))


Di belakang itulah mimbar asal Rasulullah yang dipindahkan dari Masjid Nabawi dan di tempatkan di dalam masjid Quba' ini









Lawatan kami diteruskan ke Masjid Qiblatain. Masjid yang mempunyai 2 kiblat. Namun kami tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam masjid ini kerana ketika itu kunjungan dari jemaah negara Turki terlalu ramai dan takut bersesak2 di dalam masjid. Mungkin bukan rezeki kami...in shaa Allah..di satu waktu yang lain..kalau diizinkan..pasti kami akan ke sini semula.

Tempat yang ketiga yang kami kunjungi sepastinyalah Jabal Uhud.

JABAL UHUD adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Begitu Nabi bersabda soal Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah.
Ketika berada di Jabal uhud ini... hati tiba-tiba menjadi sayu. Memahami dengan mendalam apa yang diceritakan oleh mutawif menyedarkan saya betapa besarnya pengorbanan Nabi dan para syuhada yang gugur pada ketika itu. Kesuraman terasa apabila kami menziarahi makam para syuhada yang gugur dalam mempertahankan agama Islam. Nabi turut mengalami kecederaan ketika perang ini. Dan ketika itu kelihatan deraian air mata dari seorang insan bergelar suami jelas kelihatan pada suami saya. Mendalami erti sebenar pengorbanan mereka dalam memperjuangkan agama Allah....mereka syahid dalam menegakkan keadilan...mereka berani dan merekalah juga mempertahan rasul junjungan kita. Subhanallah.... Bila berada di sini..secara automatiknya hati menjadi sangat sayu. Ketahuilah...jika kita menghayati dan memahami pengorbanan mereka..PASTI.. kita ingin berada di tempat mereka untuk bersama-sama berjuang mempertahankan agama kita dan Nabi kita.


Jabal Uhud - saujana mata memandang






Disinilah perkuburan para2 syuhada yang terkorban ketika perang uhud. Ketika berada disini..suasana menjadi sangat suram dan perasaan sedih dan sebak menyelubungi diri. Dan disinilah kelihatan wajah suram suami saya dan tertumpahnya air mata seorang insan bernama lelaki. Kata suami saya...alangkah indahnya kalau dia yang berada di situ mempertahankan Rasullullah...pada ketika perang itu berlaku... subhanallah...






Ini antara aktiviti2 jualan yang terdapat di bawah Jabal Uhud. Menjamu mata melihat gelagat pembeli dan penjual disini hehehehe...











Seterusnya kami dibawa ke Ladang kurma. Disini terdapatnya pelbagai jenis kurma yang semuanya segar2 belaka. Kami boleh menikmati pelbagai jenis kurma dengan percuma. Tapi setakat mana pun kita boleh makan kurma dengan banyak kan...hehehe....

Bila berada di sini..terasa seronok untuk membeli kurma. Kerana kualiti kurmanya sangat baik. Bukan sahaja kurma tetapi coklat kurma dan kekacang juga ada juga dijual disini. Kebanyakkan orang yang menunaikan umrah/haji, mereka akan membeli kurma yang segar dan berkualiti di Ladang kurma ini. Harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga yang dijual di pasar2 kurma lain. Namun...saya perlu mengakui..kualiti kurmanya memang terbaik. Tak kisahlah kalau kita terpaksa keluarkan duit sikit untuk sedekah kepada saudara mara atau sahabat handai atau pun menikmatinya sendiri. Kita tidak akan menyesal beli kurma disini [perlu mengakuinya kerana bila pulang ke Malaysia... kualitinya masih sama jika dibandingkan denga kurma yang di beli di pasar kurma... ;))] Selain itu, kita berpeluang menikmati kopi arab / teh arab dengan percuma [saya dan suami tak rasa pun....] selain boleh melihat dengan lebih dekat lagi pokok2 kurma yang di tanam di ladang ini.


Belakang tu la pokok kurma




Jualan yang terdapat di dalam kedai di Ladang Kurma


Pelbagai jenis kurma yang berkualiti.. boleh rasa semua kurma, coklat dan kekacang yang dijual disini.

Kami akhirnya di bawa pula ke Pasar kurma. Apa yang membanggakan...anak melayu Malaysia berjaya membuka sebuah kedai disana. Harganya agak murah berbanding harga di Ladang kurma. Namun, harus saya akui... kesegaran dan kualitinya agak berbeza dari kurma di Ladang kurma. Saya dan suami sempat meneroka ke beberapa buah kedai2 di Pasar kurma yang mana kesemuanya menjual kurma, coklat kurma dan kekacang.




Dan pastilah destinasi seterusnya..balik semula ke hotel untuk menunaikan solat zohor ;)))






Pemandangan di sepanjang perjalanan kami ketika mengadakan ziarah dan lawatan di Madinah..kat sana pun ada subway..... ;))

Selepas solat asar - Kesemua jemaah di beri taklimat mengenai umrah dan perjalanan di Mekkah. Ustaz menjelaskan secara terperinci tentang ihram dan umrah yang akan kami lakukan esok. Termasuklah bagaimana untuk menunaikan solat jama' dan qasar dan sebagainya. Sekurang-kurang kami mendapat ilmu yang sangat bermanfaat dan berguna. Syukur padaMu ya Allah.



28/02/2013 - Khamis HARI KE EMPAT

Selesai solat subuh di Masjid, saya, suami dan emak terus pergi melakukan ziarah selamat tinggal. Di ketika ini, hati terlalu sedih untuk meninggalkan Rasullullah. Hati terus menjadi sebak dan air mata sekali lagi hadir tanpa diundang. "Aku akan terus merinduimu wahai Rasullullah..." dan ketika menulis, hati terus sebak....rindu nak menemui kekasih Ilahi... rindu untuk bertemu denganmu lagi ya Rasullullah..... moga itu bukan kunjungan terakhir saya ke sana.... :'(





Selepas membuat ziarah selamat tinggal. Menahan kesedihan dan kesayuan untuk mengucapkan salam selamat tingal kepada Rasullullah. Semoga ini bukan kunjungan yang terakhir saya ke sini. Rindu untuk ke sini lagi.... ;'(

Selepas solat zohor [zohor yang terakhir di Madinah] dan lunch...[ketika ini...saya tidak berselera untuk menjamah makanan...namun...mengenangkan perjalanan yang bakal ditempuhi ini agak panjang...saya gagahkan juga untuk menyuapkan nasi ke mulut.....], kami balik semula ke bilik hotel untuk bersiap memakai pakaian ihram [bagi lelaki]. Dan akhirnya, dengan berat hati, kami terpaksa meninggalkan kota Madinah yang indah ini. Di dalam bas, mutawif membaca doa selamat tinggal kepada Rasulullah dan menjelaskan sekali lagi tentang perjalanan umrah kami ke Mekkah.

Lebih kurang 10 minit perjalanan, kami singgah ke Masjid Bir Ali untuk bermiqat umrah di sana. Selesai menunaikan solat tahiyatul masjid di masjid Bir Ali, kami terus memasang niat di dalam hati. Niat umrah dan ihram.

"Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamuMu yang istimewa dan permudahkanlah urusan kami"

bergambar kenangan dengan jemaah wanita selepas solat sunat tahiyatul masjid di Masjid Bir Ali


En. suami mengenakan ihram.. ;)))

Setelah segalanya selesai, sebelum beredar, sekali lagi mutawif mengingatkan kami tentang niat dan sebagainya. Selesai segala penjelasan, kami akhirnya bertalbiah...

"Hamba-Mu datang menyahut panggilan- Mu, Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba datang menyahut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian dan ni'kmat serta kerajaan adalah kepunyaan-Mu, tidak asa sekutu bagi-Mu"
Dan ketika ini...hati terasa begitu dekat dengan Allah. Disepanjang jalan, saya berzikir dan memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan umrah dan menjaga ihram saya.

Di kiri dan kanan highway ke Mekkah, kami dihidangkan dengan panorama padang pasir yang sangat indah. Ketika itu, saya membayangkan bagaimana kehidupan Nabi pada zaman dahulu menaiki unta/ kuda merentasi padang pasir untuk berhijrah menyampaikan syiar2 islamiah kepada umatnya. Bukit2 menjadi saksi akan semua yang berlaku. Buat pertama kalinya saya melihat luasnya padang pasir. Apa yang mereka katakan gurun di padang pasir..semuanya jelas kelihatan di sepanjang perjalanan. Tiada bangunan yang cantik..namun di penglihatan saya semuanya terlalu indah. Kelihatan sekumpulan unta2 sedang duduk di tengah2 padang pasir itu. Lebih membuatkan diri ini terlalu kerdil..apabila tiba waktu maghrib, kelihatan deretan kereta2 berhenti di pergigian jalan dan kelihatan beberapa keluarga berhenti untuk bersolat jemaah di tepi2 jalan. MasyaAllah.... indahnya kehidupan di sini.


Pemeriksaan oleh polis di Madinah sebelum melepasi sempadan berakhirnya miqat






Inilah pemandangan yang dihidangkan kepada kami disepanjang jalan menuju ke Mekkah..namun saya masih terpegun dengan keindahan saujana mata memandang padang pasir dan bukit batuan. Maha suciMu ya Allah...

Kami kemudian singgah di satu perhentian untuk solat jamak takhir iaitu maghrib kepada isya'. Selesai solat, kami diberi makanan yang dibekalkan dari hotel tadi.

Hampir 7 jam perjalanan, akhirnya kami tiba ke Kota Mekkah. Terlalu sibuk dengan kunjungan jemaah yang tiada henti. Kota ini hidup 24 jam setiap hari. Kota yang panorama malamnya sangat indah. Semua ke sini dengan tujuan yang sama. Untuk beribadat kepadaNya. Untuk mendekatkan diri kepadaNya...

Kami dibawa ke hotel Al-Shohada [hotel penginapan kami selama berada di Kota Mekkah]. Selesai segala urusan bilik dan sebagainya. Kami sekali lagi dijamu dengan hidangan makan malam. Dan kami diminta untuk berkumpul semula di lobby hotel untuk melakukan umrah wajib. Tawaf dan saie bersama-sama ustazah, ustaz dan mutawif yang bertugas.

Ini saya kongsikan gambar hotel tempat penginapan kami di Mekkah sebagai gambaran kepada anda yang akan menginap di hotel ini nanti..... jarak nya hanya 100meter sahaja ke Masjidilharam.. nak jalan kaki pun boleh... nak naik bas shuttle pun boleh....hotel sediakan bas utk jemaah yang menginap di hotel ni....tapi pusing jauhlah sikit...kena lalu 2 terowong..... kalau nak jalan kaki memang tak jauh.....


 
Ni la hotel penginapan kami di Mekkah. [Gambar ni diambil beberapa hari berada di kota Mekkah ini]








 
Di bawah ni gambar2 di lobi hotel Shohada ni.






En suami buat perangai.....hehehee..








Banyak ruang untuk lepak santai di hotel ni.

Lewat jam 11.00 malam - masih ramai jemaah. MasyaAllah..terlalu ramai. Kebetulan hari itu adalah hari khamis, dan untuk pengetahuan semua, hari khamis dan jumaat adalah hari percutian mingguan orang Arab. Dan ketika inilah mereka ramai masuk ke kota Mekkah untuk melakukan umrah. Kami berjalan beriringan bersama jemaah2 yang lain sambil bertalbiah. Akhirnya kaki melangkah masuk ke dalam masjidilharam. Hati semakin berdebar-debar. Saya memegang emak dan mengikut sahaja langkah suami. Dan kami berhenti betul2 bertentangan dengan kaabah...subhanallah....pertama kali melihat kaabah dengan mata saya sendiri....kelihatan ramai jemaah yang tawaf [mungkin kerana kepenatan di dalam perjalanan dan badan telah hampir lesu] saya hanya mengikut langkah suami sambil tangan memegang emak. Bersesak dengan orang yang terlalu ramai, namun hati bagaikan tenang melakukan sehinggalah selesai saie dan bertahalul. Selesai melakukan umrah wajib lewat jam 3.00 pagi. Saya, suami dan emak mengambil keputusan untuk duduk sahaja di masjid sementara menantikan solat subuh yang hanya beberapa jam sahaja lagi. Seperti biasa, saya berjanji dengan suami tempat yang mudah untuk berjumpa semula.


Alhamdulillah..inilah pertama kali saya melakukan saie. Walaupun jam sudah menghampiri ke angka 2 pagi, namun masih ramai jemaah yang tidak henti2 datang.


Ya Allah...ketika ini selesai umrah wajib bersama emak. Syukur padaMu Ya Allah...terasa sangat tenang.....

Selesai mengambil wuduk, saya dan emak memilih tempat solat yang betul2 bertentangan dengan kaabah. Tepat jam 4.30 pagi, kedengaran azan pertama berkumandang. Di ketika itu, air mata terus mengalir tanpa henti. Saya menangis tersedu2 sambil melihat kaabah. Dalam tak sedar saya merintih sayu....."ya Allah...aku dah berada dekat denganMu. Aku kini berada di rumahMu...di tanah haramMu... berada dekat dengan kaabah yang Engkau muliakan....Ya Allah...aku dapat melihat kaabah dengan jelas... MasyaAllah.... seolah mimpi...aku dah pun melakukan umrahku yang pertama.... terima kasih ya Allah.....kerana sampaikan hajatku untuk kemari....." saya menangis dan terus menangis.... saya bersujud kepadaNya..seolah tidak mahu bangun....besar sungguh kasih sayangMu Ya Allah...... Emak mengusap belakang saya. Syukur, akhirnya Allah menerima saya sebagai tetamuNya. Dan ketika ini...hati terasa sangat tenang.... ketenangan yang saya rasai melebihi dari segalanya.

Selesai solat subuh, saya, emak dan suami, kembali semula ke hotel. Sarapan pagi disediakan dan ramai jemaah yang satu kumpulan dengan kami pelik tengok suami saya yang masih berpakaian ihram... hehehe...

Kisah hari pertama berada di Masjidilharam - Seperti biasa, kami ke masjidilharam untuk menunaikan solat maghrib. Seperti yang saya katakan tadi, hari khamis dan jumaat adalah hari cuti orang arab dan kebanyakkan mereka akan berkunjung ke sini untuk melakukan umrah dan sudah pastinya, ketika solat maghrib juga sesak dengan jemaah2 yang lain. Saya sememangnya nak sangat sembahyang menampakkan kiblat. Datang awalpun, masih ramai jemaah. Bak kata emak... "dah macam musim haji ramainya umat manusia"... tempat dan ruang seolah tiada untuk kami. Dalam hati, saya berdoa..."ya Allah...Engkau berikanlah ruang untukku dan ibuku bersolat di sini..." dan secara tiba-tiba...terbuka ruang yang cukup2 untuk saya dan emak duduk. Padahal tadi memang langsung tak ada....MasyaAllah... Bila kita menjadi tetamuNya...Dia akan melayani kita sebaik2nya... terima kasih Ya Allah.







Jumpa di entry seterusnya.. ;))








2 comments:

  1. Alia ; Terlebih dahulu tidak terlewat akak ucapkan tahniah atas menjadi tetamu Allah. Seronok baca tiap detik dan pengalaman yang ditulis.Baru ni ada kesempatan nak baca blog ini. Moga satu hari akak juga mendapat rezeki untuk kesana jika diizin Allah.

    ~ kak haneem ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih kak... lia doakan semoga akak dapat ke sana...aaminn... InshaaAllah....jika kita dah ada niat... pasti Allah akan makbulkan permintaan kita...lambat atau cepat je... kita doa sama-sama ye..semoga kita dapat menjadi tetamuNya...=)))

      Delete